Biscoff Cheesecake

Stok biskut tu dah lama beli tapi kan belum berniat lagi nak memprosesnya 🤣.
Alhamdulillah, dek kerana teringin n dah dibuka packaging nya, so kita buat le.
Sedap rupanya ye. Biskut dan spread dia kan dah manis tau, so betul2 kene adunannya, mmg tak pndang lain dah.
Jom buat ✌🏻🥰
Biscoff Cheesecake
Stok biskut tu dah lama beli tapi kan belum berniat lagi nak memprosesnya 🤣.
Alhamdulillah, dek kerana teringin n dah dibuka packaging nya, so kita buat le.
Sedap rupanya ye. Biskut dan spread dia kan dah manis tau, so betul2 kene adunannya, mmg tak pndang lain dah.
Jom buat ✌🏻🥰
Cara Memasak
- 1
Mula-mula kisar hancur biscoff tu.
- 2
Kemudian cairkan butter, guna api paling kecil. Dah cair, tuang ke dlm biscoff kisar td dan gaul sehingga sebati.
- 3
Dah sebati, masukkan dlm bekas, tekan2 bg mampat. Kemudian masukkan ke dlm peti ais.
- 4
Sementara tu kita buat cream nya. Sy guna tatura yg beratnya 250g, guna setengah sahaja. Kemudian masukkan gula, dan pukul bagi ringan dan sebati. Time ni tak brapa manis tau. Dah sebati, ketepikan.
- 5
Dalam bekas yg lain, putarkan fresh cream sehingga betul2 kembang dan ringan.
- 6
Kemudian, satukan fresh cream yg kembang td dengan cheese. Masukkan juga spread biscoff. Kemudian kaup balikkan bg sebati semuanya. Time ni, rasanya dh sedang elok manisnya. Sedap hehehe.
- 7
Dah gaul elok, bolehla topupkan ats biscoff yg dipadatkan td, bubuh rata2 penuh bekas tu ha. Dah siap masukkan dlm peti sekali lg.
- 8
Bolehla cairkan spread biscoff. Akk buh dlm mangkuk tahan panas, then letak dalam kuali kosong je dgn api kecik, lama2 spread akn cair. Dah cair, bolehla tuang ke dlm bekas atas cream cheese td. Pastu topping la ikut sesuka hati hehhe. Dah siap, lehla berebut makan anak beranak smbil2 tgk tv 3 🤣. Selamat mencuba
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi























Komen (9)