Banana oatmeal cake

Antara lain cara menikmati rolled oat. Kek ini kurang manis sebab guna susu oat yang sedia manis. Teksturnya lembut & lembap. Sedap dimakan bersama yogurt atau vanilla ice cream
P/s : jika guna susu segar sahaja, tambah gula sebanyak 50g. Boleh gantikan dengan pemanis seperti stevia atau erythritol untuk lebih sihat. Hepi meneraiiii 😉

Cara Memasak
- 1
Panaskan oven pada suhu 180c. Sapukan butter & alas loyang 10 x 4.5 x 3 inc
- 2
Rendam oat didalam susu suam & ketepikan
- 3
Didalam bekas lain lecek 4 biji pisang. Campurkan dengan telur, secubit garam dan whisk sebati dengan tangan tak perlu mixer.
- 4
Kemudian masukkan serbuk koko, baking powder, baking soda & whisk hingga sebati
- 5
Masukkan adunan kedalam adunan oat & kaup balik hingga elok sebati
- 6
Masukkan adunan kedalam loyang. Tabur kekacang & hiaskan dengan potongan pisang.
- 7
Bakar pada suhu 180 selama 30min atau hingga masak. K’roy airfry pada suhu 160c selama 25-30 min. Guna lidi/cake tester untuk periksa kek sudah cukup masak. Jika belum, bakar lagi 5 minit. Sejukkan dulu baru potong. Hepi meneraiiii 😉
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen