Petai Jeruk

#goldenapron
#1post1hope
Antara hidangan pelengkap yang sangat digemari masyarakat melayu dari zaman dahulu lagi. Walaubagaimanapun ada sesetengah dari mereka tidak menyukainya kerana petai mempunyai bau yang sangat kuat. Boleh dimakan mentah, direbus dan untuk tahan lama boleh dibuat jeruk. Kebiasaannya dipadankan dengan sambal belacan.
Petai Jeruk
#goldenapron
#1post1hope
Antara hidangan pelengkap yang sangat digemari masyarakat melayu dari zaman dahulu lagi. Walaubagaimanapun ada sesetengah dari mereka tidak menyukainya kerana petai mempunyai bau yang sangat kuat. Boleh dimakan mentah, direbus dan untuk tahan lama boleh dibuat jeruk. Kebiasaannya dipadankan dengan sambal belacan.
Cara Memasak
- 1
1. Rebus petai hingga masak, asingkan biji dan kulit.
- 2
2. Sediakan sedikit air, masukkan garam kacau sekejap. Kemudian masukkan petai.
- 3
3. Tambah lagi lebihan air ke dalam bekas dan masukkan cili api, siap.
- 4
4. Boleh disimpan di dalam peti ais untuk lagi tahan lama.
Resipi Sepertinya
-
Petai Jeruk Petai Jeruk
Nampak resepi dari @MasterJamal terus nak cuba,maklumlah sorang je mkn dlm rumah ni,sebelum petai kecut kita buat jeruk bg tahan lama sikit😀 Erma Yusnida -
🍁Jeruk Petai 🍁Jeruk Petai
Ramai pula peniaga yang menjual petai di tepi-tepi jalan di sekitar kawasan perumahan ini. Terasa ingin membuat jeruk petai. Singgah di tepi jalan lalu membeli beberapa papan petai."Petai dari mana ni, dik?""Dari Kedah, bang.""Jauhnya ambil petai, jual di sini?""Petai ni asal dari Kedah tapi saya beli di Chow Kit, bang. Abang nak berapa ikat?""Seikat empat papan jer. Berapa harga ni?"RM10.00 seikat, bang"."Mahalnya. Emmm... ok lah. Bungkus 4 ikat".Sampai di rumah, bermulalah proses menjeruk petai. Dua tiga hari lagi, InsyaAllah bolehlah makan Jeruk Petai itu. Master Jamal -
Jeruk petai Jeruk petai
Hi peminat jeruk petai.Jom kita cuba buat sendiri jeruk petai yg rangup dan tahan lama bila disimpan.#CookEveryPart2 Ziana Chesaad -
Petai Jeruk Petai Jeruk
272/2024 (1825/2K)Petai dari pokok sendiri. Alhamdulillah. Petai jeruk macam ni kegemaran suami dan MIL. Buat sendiri lebih rangup isi petai tu sebab kadang2 yang beli tu isinya lembik dan warna hijau pun dah pudar dan lebam. Sesimple Loralin -
Petai Jeruk Petai Jeruk
#CookEveryPart2:Dapat rezeki Petai segar,ada orang bagi.Nak masak baharu 2 hari lepas masak Sambal Bilis Petai.Tumis Tempoyak Petai pun ada lagi dalam stok.Dibiarkan begitu nanti mengecut,lama-lama buruk,kan membazir.Last sekali teringat Petai Jeruk.Aruah mak selalu buat,Petai tahan lebih lama,tetap rangup dimakan,simpan dalam bekas kedap udara,letak dalam peti sejuk tahan berbulan. ha.lim39 -
Petai Jeruk Petai Jeruk
#goldenapron2020Beli petai hari ni teringat nak buatkan petai jeruk. Google resepi. So kita cuba buat sendiri. Simpan dalam peti sejuk, bila nak makan tinggal nak cedok je. Rose Nani Nizah Nayan -
Petai Jeruk Petai Jeruk
Petai banyak sangat suami beli kat Cameron, sampai satu ikat besar tu RM90..siap jual kat kawan2 & bagi kat jiran2 dah..tu pun masih banyak lagi.. Buat sambal merah petai dah..sambal kari ikan tambang petai pun dah..jadi saya buat petai jeruk pulak sebelum dia masak & jadi warna kuning. Senang & cepat buat jeruk petai ni.. Nor Al Fatihah -
Sambal Udang Petai Sambal Udang Petai
#1post1hope#goldenapronSambal udang yang ditambahkan dengan petai sangat aromatik dan sangat membangkitkan selera makan. Norida Alias -
Nasi Goreng Petai Nasi Goreng Petai
#goldenapron2020Kisah petai. 1 petang, si kera ambik petai ni banyak sangat dari pokok. Kebetulan pulak bila si kera turun dan dia duduk di atas pagar sambil bawa petai untuk di bawa balik ke dalam hutan, suami lalu dengan motor. Terkejut si kera tadi meninggalkan petai-petai tadi di atas pagar. Maka suami ambik petai dan diganti dengan whiskas. Henny Suhaina -
Sambal Tempoyak Petai Sambal Tempoyak Petai
Ini namanya projek memikat suami.. Suami saya penggemar petai.. Jika ada petai pasti bertambah seleranya. Resepi ini amat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba.#goldenapron2020 Syuhada -
Sambal tumis ikan bilis petai Sambal tumis ikan bilis petai
Tengahari tadi balik Dari Taman nampak Ada orang Jual petai. Pakcik ni ambil petai Dari orang asli lepastu Jual. 4 papan Mata besar² rm5 je murah Kan.Dalam kepala ni ligat juga mikir nak jeruk ke nak buat masak sambal. Konon nak buat sambal petai kikis. Sambal ni masak sekali kulit petai tapi kikis dulu lepastu rebus Jap. Tapi baru kikis 3 ulas Aku dah malas! 🤣Jadi moh ler masak Yang biashe biashe je boleh post dekat sini memandangkan ni #minggu1 install apps ni. Di ingatkan lagi sekali ni resepi Untuk orang baru belajar masak Bukan untuk tokey² nasi lemak ye.. hahahah#goldenapron2020 Ayu Rohayu -
Nàsi Bario Sambal Udang Petai Nàsi Bario Sambal Udang Petai
#septemberchallenge#malaysiamonth#jiwamerdekaGabungan masakan borneo , nasi bario dengan sambal tumis udang petai yang sinonin dengan masyarakat melayu. Di tambah pula dengan pucuk ubi tumis dengan ikan masin. Ngam sungguh. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen