Apam tapai

#goldenapron #minggu6. Menu hidangan sarapan pagi...ada lebihan nasi hari2 letih memikir nak wat buat apa.. Nasib ada stok ragi.. Maka terhasillah apam tapai yang sangat gebus... Kalau makan tak cukup satu
Cara Memasak
- 1
Cara penyediaan tapai nasi. Tumbuk halus ragi dan ayak atas nasi sejuk dan sebatikan. Kemudian masukkan dalam beg plastik dan ikat dengan getah peram 2 hari di luar.
- 2
Cara penyediaan
1.blender semua bahan kecuali eno. Perap 8 jam..
2.Masukkan eno dan asingkan sedikit jika nak apam tu warna warni ke dlm bekas berasingan dgn warna pilihan
3.kacau sebati dan biarkan 5 minit dan berbuih
4.Acuan tidak perlu sapu dengan minyak ya..
5.Pastikan kukusan di panaskan dengan api besar...
6.Balut penutup kukusan dgn kain
7.Tuang adunan penuh dalam acuan dan kukus dengan api besar selama 7-10 minit...
8.Biar sejuk apamnya baru keluarkan dari acuan.... - 3
Adunan ikut warna pilihan
- 4
Biarkan suam keluarkan dari acuan
- 5
Siap dihidang
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Apam Tapai Nasi Mekar @ Apam Legend Apam Tapai Nasi Mekar @ Apam Legend
🧑🍳694🧑🍳🍽️128/2023🍽️#GoldenApron23#Week21#EnoApam Tapai nasi ni apam legend.Jika nak diceritakan apam tapai nasi ini juga salah satu kenangan ummi masa dulu2.Apam tapai nasi ini menjadi salah satu kuih utama jualan ummi.Setiap hari ummi buat Donat dan apam tapai nasi ini untuk diletak dikantin sek.Ummi kerja tapi dalam masa sama ummi tambahkan pendapatan dengan letak kuih muih dikantin sek.Untuk resepi apam tapai nasi ini ianya kena disediakan 2 hari awal sebelum proses memasak.Hari pertama sediakan tapai nasi.perap 1 malam.Hari keduanya kisar tapai nasi dan gula serta air dicampur dengan tepung beras lalu diperap lagi 1 malam.keesokan paginya barulah ianya dikukus/dimasak.Maka tidak hairanlah orang dulu2 sifat sabar dalam menyediakan sesuatu masakan itu sangat tinggi.yelah nak makan apam macamni pun kena hari ke3 baru boleh makan.Ummi suka apam tapai nasi ni sebab teksturnya yang gebu dan rasanya masam2 manis itu memang tak sedar makan.Tak sangka pula berjodoh dengan suami pun suka makan apam tapai nasi ni.Letak depan mata sekejap je licin di ngap 🤭👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Apam Beras Eno Apam Beras Eno
#goldenapron2020 #week23Resepi apam eno ini adalah perkongsian drp mak mentua saya..saya belajar & tengok sendiri mak mentua saya buat drp mula2 buat sampai la siap..dia juga beri tips mudah utk ingat resepi ni, iaitu dgn nisbah 1:2:3 (1=1 cwn gula, 2=2 cwn air, 3=3 cwn tepung beras) sudah banyak kali saya buatnya sendiri..kali ni saya buat lagi sebab kebetulan ada nasi lebih/left over dlm satu cawan..kelapa muda pun ada lagi pemberian mak mentua saya jgk..alhamdulillah apam ini sentiasa mekar/merekah dengan jayanya..saya selalu buat kelainan warna coraknya supaya ia lebih menarik & cantik lagi..Apam ini tidak terlalu manis & di makan bersama kelapa parut muda. Ianya sgt lembut & gebu. Sesuai utk makan sarapan pagi.. Nor Al Fatihah -
Apam Eno Apam Eno
#GlobalApron2024#Putih#NasiputihKelapaparutTepungberasSatu lagi kuih yg berwarna putih yg di buat daripada bahan2 yg berwarna putih juga. Alhamdulillah..seperti biasa apam saya kembang mekar, lembut & gebu..Setia menggunakan resepi daripada mak mentua saya ni.. Anak saya yg umur setahun setengah tu pun suka makan sebab ia lembut je.. Nor Al Fatihah -
Apam Beras Tapai Apam Beras Tapai
Apam tapai nasi sedap ,teksturnya halus lembut dan gebu dengan kombinasi tapai dan eno ,kalau ikut resepi sstur ni rasanya just nice dan tak berapa manisCc cikgogel#GlobalApron2024#Challenge23#Putih#Merdekamonth#beras/nasiputih#kelapaparut#tepungberas#tepunggandum1001/2k Nur Nadiah -
Apam Nasi Lembut & Gebu Apam Nasi Lembut & Gebu
Apam nasi ni selain di jadikan sarapan atau minum petang, ia juga boleh di jadikan potluck untuk perjumpaan beramai2.. Selalunya saya buat apam Eno mekar yg menggunakan tapai nasi resepi mak mentua saya..kali ni saya cuba resepi daripada Youtuber Che Nom yg femes tu pulak..tapi yg ni versi tak mekar & tak menggunakan tapai nasi, tapi di campur dengan yis.. Alhamdulillah..lembut & gebu sangat..rasanya pun manis2 buah je..lagi sedap di cicah dengan kelapa parut.. Nor Al Fatihah -
Apam beras Apam beras
Teringin nak makan. Last makan 2 tahun lepas waktu tu pergi ziarah kawan lama. Kebetulan dia hidangkan kami sepinggan apam beras. MasyaAllah sekali ngap dah terpikat betapa lembut dan gebunya apamnya.Sejak dari itu saya gigihkan juga membuatnya walau telah sedia maklum ianya agak leceh kena perapan dulu dalam 3-4jam. Namun tidak mematahkan semangat. Sekali buat tidak berjaya hasilnya. Kerana ada pantang larang juga membuatnya.Kena tunggu yis dan eno original betul² naik kembang baru boleh kukus. Jika tidak... Adunan akan turun semula sewaktu kukus. Dan texture lebih berat dari sepatutnya. Fauziah Sahadan -
Apam Pandan Tapai Apam Pandan Tapai
#sarapan #goldenapron #mingguke13Kalau cerita tentang apam.. semua pun sedia maklum.. ada pelbagai jenis apam dinegara kita kan.. untuk kali ini aznie buat kuih Apam Pandan Tapai.. Aznie guna tapai nasi je.. Ramai yang tanya kalau tak bubuh tapai boleh ke.. jawabnya boleh.. tapi apamnya cuma apam biasa je tiada keistemewaannya.. suka Apam ni sebab baunya yang wangi serta strukturnya yang lembut.. memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya... selamat mencuba.. Aznie Khasri -
Apam Tapai Nasi Apam Tapai Nasi
#KuihMuihKuih apam tapai nasi ni memang kuih kegemaran emak saya. Zaman dulu-dulu selalu tengok mak saya buat kuih apam ni. Bila mak dah semakin tua, kudrat nak buat kuih pun dah tak larat. Mak akan cakap pada anak-anak perempuan dia kalau dia teringin nak makan kuih yang dia idamkan. Dulu tak nak belajar dengan mak. Nasib baik ada Cookpad, boleh dibuat rujukan dan alhamdulillah terjumpa resipi daripada adik manis @zuita_Aisyah325 , memang tak mengecewakan. ❤️ Dapur Yusfarisyia -
Apam Lenggang Apam Lenggang
#CookEveryPart1#RescueWhatsDyingNasi semalam ada lagi sedikit, sayang nak buang. Jadi saya buat apam lenggang utk sarapan pagi tadi. Saya makan bersama kuah kari yg ada sikit lebihan lauk semalam jugak..sedap & mengeyangkan..apam lenggang ni boleh jugak di makan bersama sambal bilis, serawa, kuah manis, sekaya atau kelapa parut.. Nor Al Fatihah -
Apam Beras Eno Apam Beras Eno
#newyearnewmenuApam eno cooksnap resepi Leeina Qaliena. Mungkin bagi orang lain dah biasa menyediakan menu ni. Tapi akak walaupun suka makan tapi ini lah kali pertama membuanya. Cuma ambik masa untuk penyediaan nya. Untuk penyediaan tapai nasi.Bahkan dah repeat kali kedua dah.#day5denggi Ani Delighted
Komen