Apam beras

Fauziah Sahadan
Fauziah Sahadan @Azie_fauziah

Teringin nak makan. Last makan 2 tahun lepas waktu tu pergi ziarah kawan lama. Kebetulan dia hidangkan kami sepinggan apam beras. MasyaAllah sekali ngap dah terpikat betapa lembut dan gebunya apamnya.

Sejak dari itu saya gigihkan juga membuatnya walau telah sedia maklum ianya agak leceh kena perapan dulu dalam 3-4jam. Namun tidak mematahkan semangat. Sekali buat tidak berjaya hasilnya. Kerana ada pantang larang juga membuatnya.

Kena tunggu yis dan eno original betul² naik kembang baru boleh kukus. Jika tidak... Adunan akan turun semula sewaktu kukus. Dan texture lebih berat dari sepatutnya.

Apam beras

8 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 sudu besartepung gandum
  2. 1 cawannasi
  3. 1 cawangula pasir
  4. 1 1/2 cawanair
  5. 2 cawantepung beras (saya guna cap teratai)
  6. 1 sudu tehyis kering (mauripan)
  7. 1 packetEno (original biru)
  8. Pewarna makanan merah, kuning, hijau, biru
  9. 1 bijikelapa parut (ambil putih saja)
  10. 3/4 sudu tehgaram
  11. 1 helaidaun pandan (dipotong kecil)

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar nasi, gula dan air hingga betul-betul halus.

  2. 2

    Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kisar lagi hingga sebati.

  3. 3

    Tuang adunan ke dalam bekas bertutup dan perap selama 3-5 jam pada suhu bilik.

  4. 4

    Kacau sekejap adunan dan campur eno. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan.

  5. 5

    Sapu minyak pada acuan. Sudukan adunan hingga hampir penuh. Kukus 20 minit dengan api sederhana

  6. 6

    Keluarkan apam dari acuan. Satu adunan saya dapat 27 biji guna acuan bulat lompang ni.

  7. 7

    Kacau kelapa dengan garam dan gula. Letak daun pandan di atasnya dan kukus 5-10 minit hingga wangi. Tujuan kukus supaya kelapa tahan lama. Hidangkan apam bersama kelapa parut

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fauziah Sahadan
Fauziah Sahadan @Azie_fauziah
pada
Saya seorang ibu yg mempunyai 2 orang anak perempuan yg sangat comel. Jadi dengan masa yg ada di rumah, saya mencuba sesuatu menu yg baru untuk juadah anak². Bagi saya ianya satu kepuasan jika insan disayangi dapat makan daripada air tangan seorang ibu. lagi² jika makanan itu telah habis dimakan. Dengan kos taraf ekonomi kini tidak menentu, jadi why not saya masak di rumah bagi menjimatkan kos perbelanjaan harian..Alhamdulillah pada 2021 saya telah menerima tawaran untuk belajar sambung kerja dalam pemulihan cara kerja di Rehabilitation Perkeso Centre di melaka. Saya mengambil kemahiran Kelas Bakeri selama sebulan. Dari situ saya belajar jati bina diri.Cikgu dan pihak keluarga saya menggalakkan saya untuk continue bekerja namun disebabkan faktor tiada pengasuh yg serasi menjaga anak saya serta saya telah pergi temuduga tetapi tidak layak atas beberapa faktor.Kini saya telah berniaga kecilan mengambil tempahan kek pisang di rumah. Doakan saya maju dimurahkan rezeki dan untuk terus bersemangat dalam mencuba pelbagai menu yang baru.Allahumma amiin 🤲🏻😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya