Kuih Lopes Pandan + Sirap Gula Melaka

#1post1hope #goldenapron kuih tradisional yang mudah untuk dibuat dan enak dimakan, hanya tanak pulut susu + jus pandan dalam rice cooker je, paling simple sempoi
Kuih Lopes Pandan + Sirap Gula Melaka
#1post1hope #goldenapron kuih tradisional yang mudah untuk dibuat dan enak dimakan, hanya tanak pulut susu + jus pandan dalam rice cooker je, paling simple sempoi
Cara Memasak
- 1
Beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman
- 2
Selain daripada daun pandan untuk aroma, boleh kisar sekali daun pandan suji/serani untuk mendapatkan warna yang #chanteqmenareq
- 3
Kemudian masukkan jus daun pandan, beras pulut, air kapur, garam dan air secukupnya ke dalam periuk nasi elektrik dan tanak seperti menanak nasi sehingga masak
- 4
Bila dah cukup masak, bentukkan guna kreativiti sendiri samada nak letak dalam loyang, dibungkus dengan daun pisang atau pun masukkan ke dalam acuan
(saya guna acuan bentuk bunga rose/mawar) - 5
Hidangkan pulut pandan bersama² kelapa parut putih kukus dan sirap gula melaka
- 6
Pulut tanak digaul dengan kelapa parut putih yang dicampur dengan garam secukupnya - dikukus sebentar untuk mengelakkan kelapa daripada cepat basi
- 7
Bahan-bahan Untuk Sirap Gula Melaka dimasak sehingga pekat dan ditapis
2 sudu besar gula pasir
gula melaka secukupnya
2 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
air secukupnya
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Lopes Kuih Lopes
Fuhh..dah berkurun tak buat kuih lopes ni..last buat tahun 2015. Mulanya saya ikut cara mak mentua saya. Dia tanak beras pulut dengan air daun pandan, kemudian bungkus dengan daun pisang. Lepas tu dia rebus lagi. Tapi kali ni saya ikut cara yang original orang buat, iaitu rendam beras pulut dengan air daun pandan semalam. Kemudian, bungkus dengan daun pisang mentah2, baru di rebus hingga masak. Sedap makan dengan air gula melaka yg pekat2. Kuih lopes ni adalah kuih kegemaran suami saya.. berselera dia makan.. Nor Al Fatihah -
Kuih Lopez Kuih Lopez
#goldenapron #minggu15Keluarga saya sememangnya penggemar pulut. Salah satu menu yang kami suka ialah kuih lopez. Cara buat kuih lopez ini lebih mudah sebab saya masak pulut hanya gunakan rice cooker sahaja. Mari lihat bagaimana cara dan langkah menyediakannya. Mazwin -
Kuih Lopes Pandan Kuih Lopes Pandan
#goldenresipi#semangatmerdeka#masakanselangor#masakannegeriSudah tiga minggu suami teringin kuih lopes,selama tiga minggu tu juga saya pekakkan telinga dengar dia memerli saya.Dua hari lepas mama beri sebungkus beras pulut kepada saya untuk dibawa pulang.Wahhhhh anak saya menjerit “pulut kuning!!pulut kuning”Tiba-tiba saya teringat permintaan suami.Tak apalah,separuh akan saya buat lopes yang dia idamkan dan separuh lagi akan saya buat pulut kuning.Tapi entah bila agaknya mood tu akan hadir.Berbalik kepada cerita kuih lopes,saya percaya kita semua pernah makan kuih lopes tak kira dinegeri atau daerah mana anda berada.Mungkin nama atau cara memasak berbeza.Saya lebih gemarkan cara tradisional dimana nikmatnya rasa pandan dan keharuman daun pisang membuatkan saya menelan air liur terdahulu sebelum lopes sampai kedalam mulut.Kebiasaannya orang lain tidak menggunakan santan,tetapi di daerah saya,orang lama(orang tua-tua) akan campurkan sedikit santan untuk menaikan rasa lemak pada beras pulut.Yang penting penggunaan utamanya iaitu daun pandan segar akan memberi keenakkan rasa sebenar kuih lopes.Tentang bentuknya pula,ada yang berbentuk segitiga,petak dan bulat itu bergantung kepada anda sendiri.Bagi saya asalkan rasanya sedap itu lebih penting dari bentuknya.(Sebenarnya saya tak pandai buat bentuk segitiga) 🤦♀️Saya kongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya supaya anda semua mudah memahami dan bersemangat untuk memasak. Gyna Elenna -
Pulut Manggo 🇹🇭 Pulut Manggo 🇹🇭
Sy olah sedikit cara masak pulut. Resepi asal pulut manggo, pulutnya dikukus.. tp sy derhaka.. sy masak dalam rice cooker je macam tanak nasi... Simple dan sedap sama je rasanya mcm pulut kukus...#cppassport Noor Atika Mahamood -
Resepi Kuih Lopes #Johor Resepi Kuih Lopes #Johor
Kuih lopes yang menggunakan 100% daun pandan. Bau harum daun pandan tu membangkit selera kuih tradisional ini. Tengku RosElyza Raja Muhammad -
Kuih Lopes Kuih Lopes
#saturesepisatupohon #goldenapron Dulu2 kalau nak buat kuih ni mcm susah je nak kena balut2 dgn daun.Bila saya belajar buat kuih ni guna loyang je sangat lah happy hati saya sbb kuih ni mmg kuih kegemaran saya.Saya suka simpan air gula nya dlm peti ais dan mkn sejuk2 kuih ni.Jom intai resepi saya dan cara2 mudah nak buat nya Zieta Ali -
Kuih lopes versi kukus Kuih lopes versi kukus
#bazaarramadan #goldenapron2020#phopxcookpad2020Kuih lopes ni kuih favourite suamiSekali makan ni mau 4@5 keping sorangKalau yg asli kena rebus dalam daun pisang dalam tempoh yg lamaTapi kita nak cepat jadinya kukusAtau nak lagi cepat guna resepi yg sama tapi guna rice cooker Shima Ramli -
Kuih Lopes Pulut Tok Aji Kuih Lopes Pulut Tok Aji
Putih bersih je kan.. 😁Saje tak mau warna ikut satu resipi dalam CP ni, kebetulan belum posting lagi resipi ni terus kita up untuk tema yang ada putih.. jadi kita namakannya lopes pulut Tok Aji😄 sebab nampak putih bersih aje..Masa masak pulut simpulkan daun pandan aje untuk dapatkan aroma harum daun pandan..Wangi.. Sedapnya😋Saya buat cara saya JAA, apabila sudah masak pulut tu terus tenyeh dalam acuan bentuk bulat. Saya guna tutup botol nutella, tutup botol mayonis pun boleh atau apa-apa tools yang berbentuk bulat.. nak bentuk lain pun boleh..ikut citarasaSesekali makan lopes pulut putih sedap pula.. Julia ALeen Aireish -
Pulut Inti Gula Melaka Pulut Inti Gula Melaka
#goldenapron.Kuih pulut inti gula melaka ini adalah kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya. Rasa lemak pulut digandingkan dengan kemanisan gula melaka di dalam bungkusan daun pisang membuatkan kita akan menikmatinya tanpa henti. Zareena Shahmarudin -
Kuih Koci Pulut Hitam Kuih Koci Pulut Hitam
#goldenapronKuih tradisional yang terkenal di Malaysia, Indonesia dan Singapura.Antara kuih tradisi kegemaran ramai. Mawar Wilsa -
Kuih Badak Berendam #phopbylinimohd Kuih Badak Berendam #phopbylinimohd
Kuih tradisional. Enak dimakan ketika sejuk atau suam hajana aziz -
Kuih Lopes Batik Kuih Lopes Batik
Ini versi mudah kukus dalam loyang 10" dapat 32 pcs utk size segitiga mcm saya buat..Kami suka berkuah jadi buatkan kuah santan pekat dgn air gula melaka ..sejukkan kuah baru curah dan makan...fuhhh layan..😊Kuih Lopes Batik.Bagi anda yang suka kuihnya lembut dan padat sikit, boleh ikut resipi di bawah ... Jika suka kuih yang agak berderai bila di makan dan tak terlalu padat, boleh letak 2 cawan air sahaja pada pulut putih ... Maksudnya 1 1/2 cawan santan cair dan 1/2 cawan air pandan. Mawar Wilsa
Lebih Banyak Resipi
Komen