Tauhu Cendawan Masak Lemak Cili Api. #phopbylinimohd #batch18

sarah azizul
sarah azizul @SarahAzizul

Selalunya tauhu lembut saya masak lemak atau masak bersama sup ikan.Mak saya biasa masak lemak cili api ini dan beliau kawankan dengan kerang. Untuk kali ini, saya kawankan dengan cendawan hitam yang kenyal. Sedapnya. Marilah cuba memasaknya.

Tauhu Cendawan Masak Lemak Cili Api. #phopbylinimohd #batch18

2 orang bercadang membuatnya

Selalunya tauhu lembut saya masak lemak atau masak bersama sup ikan.Mak saya biasa masak lemak cili api ini dan beliau kawankan dengan kerang. Untuk kali ini, saya kawankan dengan cendawan hitam yang kenyal. Sedapnya. Marilah cuba memasaknya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 kepingTauhu Lembut
  2. Segenggam Cendawan Hitam/Fungus Hitam Kecil Kering
  3. Sebiji Bawang Besar
  4. 9tangkai Cili Api
  5. 1 batangSerai
  6. 1 sudu tehSerbuk Kunyit
  7. Segenggam Ikan Bilis yang telah dikupas
  8. 200 mlSantan/1 kotak Santan size kecil
  9. 1senduk Air
  10. 2 cubitGaram Bukit
  11. kepingSekeping asam

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam cendawan terlebih dahulu.

  2. 2

    Apabila cendawan sudah kembang, buangkan tangkainya atau apa apa bahan yang keras pada cendawan.

  3. 3

    Setiap keping tauhu, dipotong 9.

  4. 4

    Bawang, cili api dan ikan bilis, selepas dibilas, ditumbuk hingga lumat.

  5. 5

    Serai juga dititik atau ditumbuk supaya lembut.

  6. 6

    Masukkan bahan bahan yang telah ditumbuk dan serbuk kunyit ke dalam periuk.

  7. 7

    Tambahkan santan dan sekotak air (air diisi dalam kotak santan selepas santan dituang ke dalam periuk)

  8. 8

    Letak periuk atas dapur, hidupkan api dan mula mengacau bahan bahan tersebut.

  9. 9

    Kacau bahan sehingga mendidih. (Mendidih- kuah berbuih buih besar)

  10. 10

    Kemudian, masukkan cendawan hitam yang telah dibersihkan awal tadi.

  11. 11

    Kacau sekata. Masukkan tauhu ke dalam periuk.

  12. 12

    Masukkan air satu senduk jika kuah pekat dan sikit. Masukkan asam keping dan garam. Kacau perlahan lahan. Cara mengacau : senduk kan kuah dan tuang kembali ke dalam periuk. Buat berulang kali sehingga kuah mendidih.

  13. 13

    Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
sarah azizul
sarah azizul @SarahAzizul
pada

Komen

Resipi Sepertinya