Sup kentang telur

8 orang bercadang membuatnya
Lurve Manja
Lurve Manja @cook_18552979

#goldenapron
#cookpadmalaysia

Mengamit kenangan sup kentang telur ni. Dapat makan ni masa zaman kanak² dulu punya lah suka.

Sekarang makanan kesukaan anak saya yang sulung. Kalau dia jatuh sakit saya sediakan sup light² macam ni untuk bagi dia selera makan. Ok lah ajomm kita intai resepi 😊

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30minit
10 sajian
  1. 10biji - kentang saiz besar(1biji potong 12)
  2. 100 gram- soohoo
  3. 6 keping- tauhu kering(potong kecil²@4segi)
  4. 1biji - bawang besar
  5. 3biji - bawang putih
  6. 4biji - telur
  7. Minyak masak - 2sudumakan
  8. 2 1/2 literAir -
  9. 3tangkai - daun sup(potong halus)
  10. 1 batang- daun bawang(potong halus)
  11. 4sudukecil - garam
  12. 1sudukecil - ajinamoto

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Langkah pertama rendam soohoon dengan air panas sehingga menutupi seluruhnya sehingga kembang. Kemudian rendam juga tauhu kering dengan air sehingga kembang. Bila soohoon dan tauhu kering dah kembang buang air dan cuci dengan air bersih sebanyak 2kali. Kemudian toskan@buang air lebihan. Dah siap langkah ni kita pergi ke bahagian seterusnya.

  2. 2

    Hiris bawang besar dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak dalam periuk. Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna menjadi keemasan sedikit.

  3. 3

    Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Bila air dah mendidih masukkan kentang dan masak sehingga kentang separuh empuk. Kemudian masukkan tauhu kering dan masak dalam 5minit. Selepas tu masukkan soohon dan biarkan mendidih selama 10 minit. Last sekali masukkan telur biarkan mendidih dalam 5minit dan boleh tutup api. Eh eh jangan lupa masukkan garam, ajinamoto, daun bawang dan daun sup kacau² sekejap supaya sebati. Taraaa Ok dah siap 🥰. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Lurve Manja
Lurve Manja @cook_18552979
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan