Sambal Hitam

Sejenis sambal yang simple tapi memang buatkan nasi bertambah-tambah bila dimakan.
Saya membesar di Johor, memang tak pernah tahu kewujudan sambal hitam makanan tradisi Pahang ni. Bila kakak saya bertemu jodoh dengan orang Pahang, suatu hari dia bawa oleh-oleh sambal hitam hasil masakan iparnya.
Pertama kali saya cuba makan dengan nasi, wah.. sedapnyaaaa! Sejak dari tu saya suka beli sambal hitam dari mana-mana penjual untuk lauk standby jika saya tak sempat memasak. Nasi panas-panas, hidang dengan telur dadar dan sambal hitam, memang terangkat!
Kali ini saya pertama kali cuba buat sambal hitam sendiri. Tempoh hari, jiran sebelah beri seplastik belimbing buluh yang dibawa dari kampung.
Kebetulan lalu pula resepi sambal hitam di facebook. Bahan-bahannya pun cukup semua ada di dapur. Saya pun cuba, alhamdulillah menjadi!
Bahan-bahannya memang bahan-bahan biasa di dapur (kecuali belimbing buluh), dan mudah je memasaknya. Cuma perlukan masa yang agak lama untuk memasak.
Jom, cuba resepi Sambal Hitam!
Sambal Hitam
Sejenis sambal yang simple tapi memang buatkan nasi bertambah-tambah bila dimakan.
Saya membesar di Johor, memang tak pernah tahu kewujudan sambal hitam makanan tradisi Pahang ni. Bila kakak saya bertemu jodoh dengan orang Pahang, suatu hari dia bawa oleh-oleh sambal hitam hasil masakan iparnya.
Pertama kali saya cuba makan dengan nasi, wah.. sedapnyaaaa! Sejak dari tu saya suka beli sambal hitam dari mana-mana penjual untuk lauk standby jika saya tak sempat memasak. Nasi panas-panas, hidang dengan telur dadar dan sambal hitam, memang terangkat!
Kali ini saya pertama kali cuba buat sambal hitam sendiri. Tempoh hari, jiran sebelah beri seplastik belimbing buluh yang dibawa dari kampung.
Kebetulan lalu pula resepi sambal hitam di facebook. Bahan-bahannya pun cukup semua ada di dapur. Saya pun cuba, alhamdulillah menjadi!
Bahan-bahannya memang bahan-bahan biasa di dapur (kecuali belimbing buluh), dan mudah je memasaknya. Cuma perlukan masa yang agak lama untuk memasak.
Jom, cuba resepi Sambal Hitam!
Cara Memasak
- 1
Rebuskan belimbing buluh selama 3-4 jam supaya sambal tahan lama. (Saya rebus hanya 2 jam sahaja sebab tak sanggup tunggu lama 😂) Toskan airnya.
- 2
Kisarkan bawang, cili padi dan ikan bilis dengan suku cawan air.
- 3
Di dalam kuali, masukkan kira-kira 7 sudu minyak masak dan tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan belimbing.
- 4
Gaulkan sambil lenyekkan belimbing. Teruskan memasak dengan gaulkan sekejap-sekejap, jangan biar hangus. Mula-mula sambal berwarna cerah. Selepas 10-15 minit, sambal akan mula bertukar gelap. Perasakan dengan garam dan gula. Masakkan sambal kira-kira 20 minit dan menjadi hitam.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Hitam Pahang Sambal Hitam Pahang
Sambal hitam pahang ni diperbuat dari belimbing buluh. Sambal ini tahan lama. Bila makan tidak boleh nak stop😬😬😬.Kesukaan saya seisi keluarga. #goldenapron Dunia Hanya Sementara Fy -
Sambal hitam Sambal hitam
Sekarang tengah musim belimbing.sesuai dengan tema .masak apa warna hitam,putih,merah jambu.Belimbing yang siap direbus ni tahan lama apabila disimpan.asal ada belimbing rebus bila bila masa saja boleh buat sambal hitam. Lily Suryani Mohd Ali -
Sambal Belimbing Buluh Senang Buat Sambal Belimbing Buluh Senang Buat
Saya dapat resepi ini di internet, masa tu ada banyak stok belimbing buluh dan tak tahu nak masak apa selain masak lemak.1st time masak tak jadi. Kali ke-2 baru jadi. Bahan sangat senang, ia lebih kepada teknik masaknya. Masa peruntukan lama sedikit sebab nak keluarkan rasa masa dari belimbing tu.Sekarang ni saya tak perlu risau jika ada lebihan yg selalu saya dapat sebagai ole ole dari kampung, sambal rasa pedas & masam, makan dengan nasi panas dan telur goreng mata..sedap haii! Ruhaida -
Sambal Belimbing Hitam Warisan Pahang Sambal Belimbing Hitam Warisan Pahang
226/2024 (1779/2K)#MerdekaMonth : Jiwa MerdekaAlhamdulillah..kutip belimbing buluh dari pokok yang ditanam kat kebun. Walaupun tak banyak, dapatlah juga seplastik besar. Cukuplah nak buat sambal belimbing hitam.Berselera makan nasi tengah hariharini..anak2 pun sama. Sampai tengah malam, Uchu dengar anak Uchu bukak periuk nasi. Keluar tgk kat dapur, tersengih anak dara Uchu tengah makan nasi kosong dgn sambal belimbing hitam sahaja tanpa lauk lain. Feveret sangat la tu..Insyaallah..bila jadi pewaris suka makan sambal belimbing hitam ni, nanti besor2 tua, pandailah dia buat sendiri. Sesimple Loralin -
Sambal Hitam Pahang Sambal Hitam Pahang
#bazaarramadan #minggu2 #goldenapron2020 #minggu1 pertama kali buat sambal hitam ni. Biasa beli je. Memang biasa standby. Lagi lagi untuk sahur. Walaupun tempoh penyediaan nya agak lama tapi hasilnya puas hati. Lepas ni dah tak payah beli lagi. Belimbing buluh dekat tepi rumah ni banyak. Boleh buat sendiri je lepas ni. Asz Haniey -
Sambal Hitam Ekspress Sambal Hitam Ekspress
#goldenapron2020Teringin nak buat sambal hitam pahang. Tapi bila fikir nak rebus belimbing tu berjam-jam alahaiii...Bila terbaca dalam Fb ada kawan share resepi sambal hitam ekspress ni, saya pun follow ja.Alhamdulillah, sedap. Suka sangat dengan rasanya.Tapi sambal ni tak tahan lama ya. Sebab tak sempat simpan pun, sat ja habis depa makan 🤭🤭. Norashikin Rahmat -
Sambal hitam Sambal hitam
Dah lama sgt nk buat sambal hitam , asyik bertangguh tangguh.Bila dh dpt buah belimbing ziana terus buat .Resepi sudah semestinya dari sis @lilynurin37 . Resepi mudah , confirm jadi bila recook.#Wajibcooksnap Ziana Chesaad -
Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh
Sedapnya Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan Nora Hj Talib -
Sambal Bilis Belimbing Express Sambal Bilis Belimbing Express
Mana- mana tengok semua pakat buat pelbagai menu dengan belimbing dah tiba musim agaknya,belimbing sambal ni selalu org buat sampai hitam,tp kita tak sempat nak jadikannya hitam,bahan-bahannya pun kita kisar aja😅 Erma Yusnida -
Sambal Hitam Belimbing Buluh Sambal Hitam Belimbing Buluh
Kebetulan.. Jiran kasi belimbing buluh tak tau nk masak apa.. Blur mikir apa nak buat dengan belimbing 2kg ni🤔.. Masam jgn cakap la.. Masak gulai lemak entah berapa biji je yg masuk gulai..Teringat sambal hitam.. Ok lah ON jelah masak sambal hitam ni.. Sabar banyak nak buat ni.. Masaknya lama boleh tahan tau.. Adehhh😅🤭Dah masak tp tak berderai.. Kita ni nk sambal yg berderai.. Kita yg buat dia kan.. Finally buat tambahan dua tiga xtra step dapatlah hasil yg diinginkan.. Janji sabor😁Pertama kali buat sampai siap🥰Hitam ori dan berderai serta less minyak tak bertakung😊.. Nnt kita try makan dengan nasi ye😊Terima kasih sis laling @limited_edition resipi sedap ni..Cookbook Meal Plan challenge#MealPlan Julia ALeen Aireish -
Sambal Belimbing Hitam Pahang Sambal Belimbing Hitam Pahang
#TakLebih6BahanPokok belimbing buluh tahun ni bagi hasilnya yg lumayan juga..tahun lepas tatau kenapa banyak bunganya gugur. Maybe sebab tahun lepas musimnya berbunga ketika fenomena equinox yang memang panas sangat..so tahun lepas dapat buat juga walaupun sikit..Tahun ni, anak Uchu kutip buahnya kat pokok untuk buat jeruk belimbing asam boi, dapatlah 6 kg dia kutip sendiri bahagian bawah2 aje bersama sepupu keciknya. Terkejut Uchu seplastik besar diorang bawak balik suruh buat jeruk..2 kg buat jeruk, 4 kg buat sambal belimbing..dari 4 kg direbus hitam cuma dapat 850g aje siap rebus..bila dah masak2 campur ikan bilis, cili, bawang, dapatlah 2 kg sambal bersamaan 4 balang biskut raya..iskkk tak cukup tu..setakat ni dah abis 2 balang pun!🤣🤣punah diet mak!🤣🤣Tak puas hati, Ahad kelmarin Uchu pergi lagi ke kebun nak amik sendiri buah belimbing buluh ni. Tengok2 dah pun banyak gugur buruk kat bawah pokok..Kami pun pakat anak beranak kutip di pokok, panjat dan goncang pokok..🤣🤣 dapatlah 40 kg lebih..Masa Uchu post sambal yang ni, dalam kawah tengah merebus lagi belimbing hasil hujung minggu baru ni..syoknya..Insyaallah boleh la share dgn adik beradik..hmm dengan korang boleh share resepi dan gamba ajelah..😁Alhamdulillah nikmat Allah..😋 Sesimple Loralin -
Sambal Bilis Belimbing Buluh Sambal Bilis Belimbing Buluh
Resepi ni di adaptasi dari page rasa.my and alang² belimbing buluh banyak saya kutip dari rumah mentua, saya pun baru mencuba dan not bad! Maizatul Akma
Lebih Banyak Resipi
Komen