Kuih Keria Gula Organik

Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
Parit Buntar, Perak

#goldenapron
Kuih kegemaran ramai. Anak - anak selalu panggil donut juga😅 Disebabkan gula merah asli dah habis kita guna gula organik saja 😆

Kuih Keria Gula Organik

8 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
Kuih kegemaran ramai. Anak - anak selalu panggil donut juga😅 Disebabkan gula merah asli dah habis kita guna gula organik saja 😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kuih Keria
  2. 1biji Ubi Keledek sederhana besar (kukus sampai empuk)
  3. 4-5sudu besar Tepung Beras
  4. 1sudu besar Tepung Ubi Kayu
  5. 1/2sudu kecil Garam Pink Himalaya
  6. Sira Gula Organik
  7. 4sudu besar Gula Tebu Organik
  8. 3sudu besar Air Tapis

Cara Memasak

  1. 1

    Ubi yang telah empuk dan suam sedikit di lenyek. Masukkan semua bahan untuk kuih keria dan uli hingga menjadi doh lembut tapi tidak melekat

  2. 2

    Bentukkan kuih keria mengikut besar yang disukai dan goreng hingga keperangan tetapi dengan api sederhana sahaja.

  3. 3

    Masukkan gula dan air ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga air gula berbuih.

  4. 4

    Setelah itu masukkan kuih keria yang telah siap digoreng dan kacau sebati dengan air gula tadi.

  5. 5

    Kacau dengan api terbuka dalam 1 minit kemudian tutup api dapur tapi terus mengacau kuih dalam kuali hingga gula kering melekat pada keseluruhan kuih keria. Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
pada
Parit Buntar, Perak
Sangat berminat ke arah pemakanan sihat dan homemade.
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya