Kuih keria

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#goldenapron #mingguke10
kuih keria atau dikampung orang panggil ni kuih gelang.. Agak lama juga Aznie tak buat kuih ni...kebetulan ubi ada lagi lebihan buat cucur badak baru ni, jadi aznie buatkan je kuih ni..
kalau kuih keria Aznie tak berapa suka gula yang melekat jenis ketul-ketul besar.. Aznie lagi suka buat yang macam ni je.. rangup dan tak keras bila dimakan.. selalu kalau gula terlebih masak baru gula jadi ketul besar-besar.. apa pun ikut selera masing-masing kan..

Kuih keria

16 orang bercadang membuatnya

#goldenapron #mingguke10
kuih keria atau dikampung orang panggil ni kuih gelang.. Agak lama juga Aznie tak buat kuih ni...kebetulan ubi ada lagi lebihan buat cucur badak baru ni, jadi aznie buatkan je kuih ni..
kalau kuih keria Aznie tak berapa suka gula yang melekat jenis ketul-ketul besar.. Aznie lagi suka buat yang macam ni je.. rangup dan tak keras bila dimakan.. selalu kalau gula terlebih masak baru gula jadi ketul besar-besar.. apa pun ikut selera masing-masing kan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan
  2. 1 kgubi keledek
  3. 250 gtepung gandum
  4. 1/2 sudu tehgaram
  5. 1/2sudu besar gula pasir
  6. cara-cara untuk sira gula
  7. 1/2 cawangula
  8. 3/4 cawanair

Cara Memasak

  1. 1

    Cara
    ~Rebus ubi keledek dengan sedikit garam.. (potong kecil supaya cpt empuk)

  2. 2

    ~bila ubi dah empuk.. tapis ubi dan buang airnya..

  3. 3

    ~lenyek ubi semasa masih panas.. lenyek hingga halus.

  4. 4

    ~masukkan sedikit garam dam sedikit gula.. gaul hingga sebati..

  5. 5

    ~kemudian biarkan ia sejuk..

  6. 6

    ~bila ubi dah sejuk masukkan tepung. gaul hingga sebati.. adunan jadi doh yang lembut.. masih juga ada sedikit melekat ditangan. bukan doh yang keras...

  7. 7

    ~sapukan tangan dengan sedikit tepung. ambil doh ubi bulatkan kemudian buat lubang ditengah seperti kuih donat..

  8. 8
  9. 9

    ~buat hingga habis semua adunan.. tangan kena sapu tepung sentiasa untuk memastikan adunan xmelekat ditangan..

  10. 10

    ~kemudian bole la digoreng hingga kekuningan keemasan..

  11. 11

    ~sejukkan dulu sebelum disira ye..

  12. 12

    Cara sira gula
    1. Masakkan air dan gula dalam kuali sehingga berbuih semua tutup api.. (jangan biar lama ia berbuih tu yang buat gula matang jadi keras..)

  13. 13

    2.sambil mengacau sambil kita kikis gula yang melekat dikuali ye.. kerak-kerak gula halus yang melekat dikuali ni yang akan melekat pada kuih nanti..

  14. 14

    3.Pastikan semua permukaan kuih disaluti gula.

  15. 15

    4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

  16. 16

    Jika nak gula lebih sukatan tuk sira 3/4 cawan gula.. 1 cawan air ye..

  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya