Kek Coklat Lembab Vegan Super Mudah

#nutrifest #resepisihat
#saturesepisatupohon
Resepi kek coklat lembab saya ni sesuai untuk mereka yang sukaaaa kek coklat, tapi jarang baking namun sekali sekala teringin nak buat kek sendiri, bila tengok resepi, kebanyakan bahan yang digunakan takde kat rumah. Atau terlalu banyak bahan sampai rasa malas nak buat lah. Leceh, renyah. Betul tak?
Jom kita buat kek coklat lembab yang tak perlukan bahan yang banyak, atau yang pelik-pelik, tapi tetap lembut dan gerenti sedap.
**Saya olah resepi menggunakan bahan yang lebih sihat. Kalau sesiapa nak cuba tapi takde bahan seperti gula tebu asli organik, contohnya, boleh je tukar guna apa gula yg ada kat dapur tu ye.
Vegan = tanpa unsur haiwan
Cara Memasak
- 1
Panaskan oven 170°C.
- 2
Campurkan bahan kering - tepung, gula, serbuk koko dan baking powder ke dalam mangkuk. Gaul sebati. Ketepikan.
- 3
Dalam mangkuk lain, campurkan sebati bahan basah - santan, minyak dan vanilla.
- 4
Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah, sedikit demi sedikit sehingga habis.
Gaul sebati. - 5
Tuangkan ke dalam bekas yang sudah disapu minyak dan dilapik kertas untuk dibakar. ((Saya guna bekas loaf kaca bersaiz 9x5 sebab tak jumpa loyang bulat))
Boleh juga masukkan ke dalam bekas muffin/cawan kertas.
- 6
Bakar selama 40-45 minit atau untuk versi muffin/cupcake, bakar selama 13-15mins sahaja. Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar, kek sudah masak sepenuhnya.
Sejukkan dahulu di wire rack sebelum dinikmati.
- 7
Nota :
*untuk versi non-vegan dan dairy, boleh gantikan santan dengan susu segar/kotak.
**kalau nak tambah coklat cip, kurangkan gula ke ¾ cawan. Ini untuk mengelakkan kek jadi terlalu manis.
***Kalau dah tambah choc chip dan susu, tak jadi vegan atau dairy-free version dah kek ni ye. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Biskut Coklat Cip Mudah Biskut Coklat Cip Mudah
#goldenapron#week13Terciptanya resepi biskut coklat cip ni sebab nak buat #octoberphonegraphychallenge untuk Day 15. Pastu kebetulan kelas #tutorwithdhuna pun dapat latihan white photography di mana heronya adalah biskut. Ikut hati boleh je pegi kedai beli biskut. Tapi teringat pulak cabaran goldenapron minggu ke 13 ni belum buat.So kita sekali harung aje lah buat sesuatu yang merangkumi ketiga-tiga task. Omputeh kata "Kill 2 birds with 1 stone" tapi saya kill 3 birds terus. Work smart kekdahnyaaaa... Hehe.Nak bagitahu siap-siap - Tekstur biskut ni lebih pada soft cookies ye.. Kalau nak crunchy boleh tukar guna gula castor atau bakar lama sedikit. Memang sedap dan senang sangat nak buat. Selamat mencuba! Aie -
Chocolate Nutty Spread Chocolate Nutty Spread
Tempoh PKP dilanjutkan maka mak pun berjimat. Ada kacang, kita panggang buat sapuan coklat. Tak perlu beli hehehe #1daychallenge #bonuskekacang #glutenfree #tanpagluten #dairyfree #tanpatenusu #vegan Nihadriz Niha -
Kek Coklat Mudah Rice Cooker Kek Coklat Mudah Rice Cooker
Hack Your Rice Cooker!Anak dara tercari-cari kek coklat di tengah malam. Saya menyuruh anak dara saya untuk membuat kek coklat yang mudah dengan menggunakan rice cooker sahaja. Mula-mula dia ingatkan kek yang menggunakan mixer untuk membuat nya, dia agak keberatan nak membuat nya sebab malas nak basuh banyak perkakas kek nanti. Apabila saya memberitahu dia nak buat kek coklat mudah ni tak perlu menggunakan mixer bagai. Nama nya pun kek coklat mudah kan? Akhir nya dia setuju #ChooseToCook kek coklat mudah menggunakan rice cooker #RiceCookHackSumber : Pinterest Dapur Yusfarisyia -
Muffin Pisang Tanpa Gluten Tanpa Tenusu Muffin Pisang Tanpa Gluten Tanpa Tenusu
Beli pisang tapi tak habis.Dahlah pisang mahal.Selain buat cekodok, muffin pisang sedap jugak jadi sarapan hehehehehe.Jom kita buat!#tanpagluten #tanpatenusu #vegan Nihadriz Niha -
Kek Marble Matcha & Coklat (Tanpa Gluten & Tanpa Tenusu) Kek Marble Matcha & Coklat (Tanpa Gluten & Tanpa Tenusu)
Buat semua peminat matcha dan coklat ❤️Mudah sangat kek ni. Lagi-lagi bila ada Bread Mix dari When Makcik Bakes.Marble tiga warna menarik hati 😍Matcha, teh hijau membantu untuk menaikkan imuniti badan. Jadi, cara saya untuk gunakan teh hijau dengan menarik ialah memasukkan dalam kek!#whenmakcikbakes #tanpagluten #vegan #immunebooster #greentea #matcha Nihadriz Niha -
Bai Tang Gao (Apam Tepung Beras Kukus) Bai Tang Gao (Apam Tepung Beras Kukus)
Terjemahan bai tang gao ialah - kek span gula putih.Bahan mudah sangat! Tapi kalau nak menarik, bolehlah letak pewarna hehehe.Di rumah tak ada gula putih, jadi saya gunakan gula tebu organik, warnanya sedikit perang.Resipi tradisional dari China ni selalu dihidangkan dalam menu di restoran dimsum.Jom cuba.#cppassport Nihadriz Niha -
Aiskrim Matcha Tanpa Tenusu (Vegan) Aiskrim Matcha Tanpa Tenusu (Vegan)
Sejak jaga berat ni kan, kadang-kadang nak jugak makan aiskrim versi sihat. Masalahnya aiskrim kat luar sana selalu yang bukan-bukan. Tambah itu ini. Pengawet dan perisa tiruan tu dah jadi perkara biasa.Jadi, inisiatf sendiri, maka berajinkan diri buat aiskrim. Kalau tak ada mesin aiskrim pun ok sajaaa. Memandangkan dah lama mesin aiskrim ni jadi tukun di rumah, kita kasi buatlah aiskrim. Lemak dan berkrim, walaupun tanpa tenusu.Tak perlu mesin membuat aiskrim.#goldenapron #week20 #nutrifest #glutenfree #dairyfree #vegan #aiskrim #icecream Nihadriz Niha -
Muffin Coklat Olimpik (Cara Ku) Muffin Coklat Olimpik (Cara Ku)
Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍#MerdekaMonth #Ogos#WarnaJalurGemilang 🇲🇾Sukan Olimpik Paris 2024 baharu jer melabuhkan tirai nya beberapa hari yang lalu. Sana-sini-situ lalu lalang muffin coklat viral olimpik. Kita pulak memang hantu coklat muffin, takleh jadi ni nak juga cuba buat tapi dengan cara sendiri. Dengar tu ye CARA KU. Jangan ada yang kecam pulak 🙏. Kenapa cara ku? Sebab guna bahan yang ada jer kat kitchen pantry, nak perhabiskan coklat takut tamat tempoh. Kalau ikutkan resipi ada diletakkan coklat yang telah dicairkan ke dalam adunan tetapi saya tak letak. Dan ikutkan resipi, lepas muffin masak dipipekan dengan coklat yang dicairkan atau chocolate ganache tetapi saya ganti dengan cream cheese dan white coklat. Saya juga menggunakan empat jenis coklat yang berbeza di dalam resipi ni, kan awal-awal dah cakap nak perhabiskan coklat sebelum tamat tempoh dan guna apa yang ada jer. Oh lupa nak cakap, resipi ni saya ambik di TT, banyak versi korang boleh cuba. Memang sedap. Disebabkan cabaran 23 ni saya olah ikut bahan pada list Cookpad Magic Pantry.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cream cheese (3) + greek yoghurt (3) + susu segar (1) + tepung gandum (1) + white chocolate (2) Dapur Yusfarisyia -
Kek Coklat Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Gluten-free Plant-based) Kek Coklat Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Gluten-free Plant-based)
Santan kehabisan di kedai sebab Raya Haji.Jadi kita pun cari resipi yang tak pakai susu/santan atau telur.Mudah sangat. Kacau-kacau kejap je, sumbat dalam oven. Dah siap. Kalau ada tetamu nak datang pun senang 😆Kek ni boleh ubah jadi kek besar, guna loyang springform 8", dan masa membakar 25-30 minit. Kalau nak buat kek berlapis, boleh gandakan resipi 2-3 ganda. Nihadriz Niha -
Vegan Chocolate Ganache Vegan Chocolate Ganache
Ganache lebih sihat.Paling best bila ganache ni mudah sangat nak buat. Lepas tu boleh dijadikan topping kek atau brownies, sapu pada roti, inti bomboloni, inti cupcake, makan dengan aiskrim homemade.Eh macam-macamlah lagi.Endless possibilities.Simpan dalam peti dan gunakan bila perlu.Mudah, kan?Penyelamat hidup di kala ketandusan idea nak snacking hahahaha.#goldenapron2020 #week17 #whenmakcikbakes #vegan #ganache #veganganache #chocolateganache Nihadriz Niha -
Kek Span Coklat Kek Span Coklat
Hai... hari ni saya nk share resepi kek span coklat yg dah lama tak buat...ok guys selamat mencuba...#goldenapron2020 Tulip Biru -
Churros Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan) Churros Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan)
#whenmakcikbakes #breadmix #glutenfree #tanpagluten #dairyfree #tanpatenusu #eggfree #tanpatelur #vegan Nihadriz Niha
Komen