Kek Coklat Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Gluten-free Plant-based)

Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
Bandar Baru Salak Tinggi

Santan kehabisan di kedai sebab Raya Haji.

Jadi kita pun cari resipi yang tak pakai susu/santan atau telur.

Mudah sangat. Kacau-kacau kejap je, sumbat dalam oven. Dah siap. Kalau ada tetamu nak datang pun senang 😆

Kek ni boleh ubah jadi kek besar, guna loyang springform 8", dan masa membakar 25-30 minit. Kalau nak buat kek berlapis, boleh gandakan resipi 2-3 ganda.

Kek Coklat Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Gluten-free Plant-based)

24 orang bercadang membuatnya

Santan kehabisan di kedai sebab Raya Haji.

Jadi kita pun cari resipi yang tak pakai susu/santan atau telur.

Mudah sangat. Kacau-kacau kejap je, sumbat dalam oven. Dah siap. Kalau ada tetamu nak datang pun senang 😆

Kek ni boleh ubah jadi kek besar, guna loyang springform 8", dan masa membakar 25-30 minit. Kalau nak buat kek berlapis, boleh gandakan resipi 2-3 ganda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15-20 minit
12 biji
  1. 180 gtepung tanpa gluten (rujuk campuran tepung dalam resipi Double Chip Chocolate Muffins) - boleh guna tepung gandum jika tiada alahan
  2. 40 gserbuk koko
  3. 1/2 sudu kecilgaram Himalaya
  4. 1 sudu kecilserbuk penaik tanpa gluten
  5. 150 ggula tebu organik
  6. 240 ml (1 cawan)air
  7. 15 ml (1 sudu besar)cuka epal atau jus lemon
  8. 90 mlminyak
  9. 1 sudu besarekstrak vanila
  10. Cip coklat untuk ditabur, jika mahu

Cara Memasak

15-20 minit
  1. 1

    Panaskan oven 180°C. Sediakan muffin tray dan lapik dengan cawan kertas.

    Campurkan semua bahan kering, ayak jika perlu. Kalau dah nak cepat tu, pakai whisk je gaul.

  2. 2

    Masukkan bahan basah dah gaul sebati.

  3. 3

    Bahagi rata adunan kepada 12 cawan. Tabur cip coklat.

  4. 4

    Bakar 15 minit dan cucuk kek dengan lidi. Kalau masih melekat, tambah masa bakar 2-3 minit.

  5. 5

    Kalau rajin, boleh buat frosting coklat. Kalau tak rajin, makan gitu je pun dah sedap sangat hehe.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Peneraju When Makcik Bakes.Mak anak 4.Suka baking dan fotografi.Ikuti tips dan resipi bebas gluten di Instagram @whenmakcikbakes atau Facebook Page When Makcik Bakes.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya