Kuih koci labu leleh moden

Hazila Baharudin
Hazila Baharudin @cook_16469801
KUANTAN PAHANG

#goldenapron
#Mingguke21
#saturesipisatupohon
Ceritanya teringin nak makan kuih ni tapi tiada daun pisang. Kita jadikan kuih koci leleh moden jelah

Kongsi

Ramuan

  1. 500 glabu (Buang kulit,potong dan kukuskan)
  2. 1 1/2 cawantepung pulut
  3. 2000 mlair untuk merebus adunan
  4. Bahagian santan leleh
  5. 200 mlsantan pekat
  6. 2sudu besar tepung jagung
  7. 1sudu kecil garam
  8. 1/4 cawanair
  9. Bahagian inti
  10. 1biji kelapa (yang sedang inti)
  11. 1 helaidaun pandan
  12. 2 kepinggula melaka
  13. 4sudu besar gula putih
  14. 1 cawanair
  15. (Masakkan inti dahulu)

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas,potong dan kukuskan labu dahulu. Dah masak lenyek dan sejukkan. Selepas itu masukkan tepung pulut dan uli bagi sebati dan agak tak melekat di tangan

  2. 2

    Dah boleh mulakan ambil sedikit adunan leperkan dan isi inti. Kemudian bulatkan.

  3. 3

    Sementara mengentel aduanan tu boleh panaskan air hingga menggelegak dan masukkan adunan yg dibulatkan tadi.

  4. 4

    Sementara disebelah dapur. Masakkan santan leleh. Kembali pada kuih yg direbus tadi. Dah terapung tu kira dah masak. Angkat dan masukkan ke dalam santan leleh. Kacau rata dan boleh angkat dan di hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hazila Baharudin
Hazila Baharudin @cook_16469801
pada
KUANTAN PAHANG
asalnya suka makan. pastu mencuba resipi google menjadi akhirnya jadi punca rezeki.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya