Roti Gebu

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#goldenapron
#minggu23
#saturesipisatupohon
Wow! lama tak meroti bila mood datang terus rajin. Roti yang memang sangat gebu, lembut best tau. Paling best masukkan inti sebelum dibakar lagi super sedap. Tak rugi bila boleh buat roti sendiri makan pun puas. Terbuat banyak jom sedekah jiran tertangga, kongsi rezekikan. Sekarang kalau anak-anak minta nak makan roti mamanya buat roti ala seperti ni, kita variasikan dengan inti sahaja.

Roti Gebu

#goldenapron
#minggu23
#saturesipisatupohon
Wow! lama tak meroti bila mood datang terus rajin. Roti yang memang sangat gebu, lembut best tau. Paling best masukkan inti sebelum dibakar lagi super sedap. Tak rugi bila boleh buat roti sendiri makan pun puas. Terbuat banyak jom sedekah jiran tertangga, kongsi rezekikan. Sekarang kalau anak-anak minta nak makan roti mamanya buat roti ala seperti ni, kita variasikan dengan inti sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Roti yang sesuai diletak inti jika suka :
  2. inti kacang merah, inti kelapa dan lain-lain inti ikut citarasa
  3. atau disiram dengan butterscotch
  4. Bahan A :
  5. 1 tspyis kering
  6. 1/2 tspGR superbake
  7. 250 gmtepung roti / tepung gandum [nak cantik guna tepung roti]
  8. 1biji telur - dikocok
  9. 1 tbspgula kastor
  10. 1/2 tspgaram halus
  11. Bahan B :
  12. 150 mlsusu segar/susu cair [dari peti ais]
  13. Bahan C :
  14. 30 gmbutter/margerine
  15. Bahan D :
  16. 1 sudu makanbijan
  17. 1biji telur - untuk glaze/sapu atas roti sebelum dibakar
  18. 1 sudu makanbutter/margerine - untuk glaze/sapu atas roti selepas dibakar

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan semua bahan A ke dalam yang bekas selesa.

  2. 2

    Masukkan bahan B susu segar/susu cair sedikit-sedikit hingga susu habis.

  3. 3

    Akhir sekali masukkan bahan C, uli sekata dan doh memang lembik.

  4. 4

    Tutupkan doh dengan plastik wrap 1 jam doh naik kembang.

  5. 5

    Tabur tepung atas papan pencanai, uli dan bahagikan doh kepada 9 bahagian.

  6. 6

    Sapu tangan kita dengan sedikit minyak, rounding doh cantik, terus letak dalam loyang, rehatkan 1 jam lagi agar doh naik dua kali ganda.

  7. 7

    Kemudian sapu/glaze atas roti dengan telur yang dikocok dan tabur bijan.

  8. 8

    Pastikan oven dipanaskan dahulu, suhu atas dan bawah 170, bakar 30-40 minit atau hingga masak.

  9. 9

    Sejurus sudah siap dibakar sapu/glaze atas roti agar kelihatan berkilat. Bila sejuk lembut gebu sangat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (4)

Reena Ramz
Reena Ramz @cook_22794258
Sorry nak tanya apa tu GR superbake.. Dan Di mana Boleh beli? Thank u

Resipi Sepertinya