Roti Sarang Lebah Hari Jadi

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Roti Hari Jadi anak Uchu. Dah jemu makan kek. Permintaan yang tidak kecewakan..Uchu share resepi + langkah rounding roti cara pemalas yang tak amatur apatah lagi pro. 😆

Deko-deko tu just recycle kek hari jadi MinMin haritu. 😆 Abang Wafi tak kisah pun..yang penting sos butterscotch kena mewah.😄

Happy Birthday untuk anak ummi. Semoga Abang sentiasa menjadi anak yang soleh dan berbahagia dunia dan akhirat. Abang lah anak sulong yang mengajar ummi dan abie menjadi ibu dan ayah. Anak sulong lah yang menerima segala kelemahan dan kekurangan ummi dan abie yang dulunya mula belajar dan menimba pengalaman dalam dunia keibubapaan, dan masih lagi sehingga hari ini.

Ini adalah antara sebab Uchu #ChooseToCook, memasak dengan kasih sayang untuk yang tersayang. Rasa lebih bermakna..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 250 mlfreshmilk
  3. 8 gyis
  4. 40 gbutter
  5. 1 bijitelur
  6. 40 ggula halus
  7. 2 sudu besarmadu
  8. 2 sudu besaryogurt perisa asli
  9. Bahan B
  10. 400 gtepung roti
  11. 100 gtepung superfine
  12. 1 sudu tehsuper krim (K-fine Cream Super)
  13. 2 sudu besarsusu tepung
  14. 1 sudu tehgaram
  15. Bahan Sapuan (Glis)
  16. 1 bijitelur
  17. 2 sudu besarfreshmilk
  18. Butter (selepas dibakar)
  19. Topping
  20. Kekacang: almond flakes, pumpkin seeds, sunflower seeds, chiaseed/black sesame
  21. Sos Butterscotch
  22. 1/2 cawangula perang
  23. 2 sudu besarbutter
  24. 1/2 cawanfreshmilk
  25. 1/2 cawanUHT whipping cream
  26. 1/4 sudu tehgaram
  27. 1 sudu tehesen vanila

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan bahan A dalam breadmaker/TM6 bowl. Mix sehingga sebati.

    Tm6:
    2 minit/37c/speed 2

  2. 2

    Masukkan bahan B diakhiri dengan garam. Pilih mode knead. Uli sehingga elastik.

    Tm6:
    8 minit/knead

  3. 3

    Keluarkan doh. Uli sedikit menjadi sebiji bebola doh. Tutup dan perap selama 15-20 minit.

  4. 4

    Bahagikan doh kepada 32 biji x 25 @ 30 gram setiap satu.

    (Kalau doh lembik sikit, sapu tapak tangan dengan sedikit minyak)

  5. 5

    Lipat-lipatkan doh untuk buangkan udara di dalamnya. Roundingkan dan susun dalam loyang yang diglis dengan butter.

    (Cara Uchu yang malas campur tak pandai sangat merounding. Maka, gunalah corong macam ni untuk rounding. 😆)

  6. 6

    Tutup doh biar sehingga mengembang sekali ganda.

  7. 7

    Glis: Sebatikan telur dengan susu. Sapu pada doh yang telah mengembang.

    Taburkan kekacang.

  8. 8

    Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit.

  9. 9

    Keluarkan roti dan sapu dengan butter ketika masih panas.

  10. 10

    Sejukkan atas redai supaya bahagian bawah roti kering dan roti tahan lama.

  11. 11

    Sos butterscotch:
    Cairkan gula perang bersama butter menggunakan api perlahan. Tambahkan garam.

  12. 12

    Apabila gula dah cair sepenuhnya, masukkan susu dan whipping cream. Kacau rata sehingga tiada ketulan. Tambahkan esen vanila.

  13. 13

    Tapiskan sos.

  14. 14

    Roti sarang lebah sedia dinikmati bersama sos butterscotch.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya