Sambal Totok Jawa Mak Mertua (versi paling padu dan asli)

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
Kuala Terengganu

Dah pernah makan sambal totok pelbagai versi, rasanya versi mak mertua ni paling sedap dan padu. Saya orang ganu, kahwin dengan suami yang berketurunan jawa, mestilah sambal ni menjadi feveret dan nyawa suami..haha.. jadi, hampir setiap hari kena buat. Makan dengan nasi panas-panas menambah baqhang...

Note : Maaf ! lupa nak snap gambar masa buat. Hihi

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

Dan kt suami je
  1. 100 gmikan bilis belah dua yang putih(wajib pilih ini,tips MIL)
  2. 20biji cili hijau(wajib cili hijau yang pedas)
  3. 3 ulasbawang putih
  4. Secukup rasa gula
  5. Sedikitt je serbuk perasa
  6. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih ikan bilis dan toskan. Goreng ikan bilis sehingga benar-benar garing. Penting kegaringan disini kalau korang taknak makan sambal liat dan keras ya.

  2. 2

    Tengah-tengah minyak panas tu, tutup api dan masukkan bawang putih dan cili padi. Kacau-kacau dalam 10 saat. Penting tutup api sebab nak kekalkan aroma bawang,taknak bawang yang terbau goreng dan cili yang kering. Lepas 10 saat,angkat. (Hati-hati cili yang meletup)

  3. 3

    Dalam lesung, tumbuk dulu bawang dengan cili sampai separuh lumat. Letakkan bahan perasa dan gula. Gula ni atas korang. Sambal ni rasanya manis-manis pedas juga. Jangan manis sangat..biar balance dengan masin ya. Garam tak oerlu sebab perasa dan ikan bilis dah masin

  4. 4

    Letakkan ikan bilis tadi. Tumbuk sehingga ikan bilis separa hancur. Gaulkan rata.

  5. 5

    Hidangkan kat suami. Tengoklah dia menambah-nambah nasik. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
pada
Kuala Terengganu
Saya suka memasak dan korek tips dan rahsia orang dalam masakan.
Baca lagi

Resipi Sepertinya