Sambal Gesek Asam Jawa

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#TakLebih6Bahan #ResepiMudah
Yang tak dapat rasa lagi sambal belimbing hitam tu jangan lah keciwaa..sambal gesek ni pun apa kurangnya..tayah tunggu kena ada pokok belimbing buluh dan tayah tunggu musim belimbing pun boleh buat..

Masa buat sambal hitam belimbing tempoh hari, teringat juga nak buat sambal gesek asam jawa..jadi sebelum masukkan belimbing buluh, Uchu kidnap bahan tumis (bawang,ikan bilis & cili) sebanyak sebesen kecil..😅

Daripada situ, Uchu pun buat pula sambal gesek ni..dapatlah sekuali..bukan nak makan sorang2..tapi teringat keluarga kakak ipar ada kenduri kahwin (dengan kepatuhan SOP), boleh la kirim sambal hitam sedikit, sambal gesek ni juga sebagai tambahan..kalau nak bagi sambal belimbing hitam banyak2 untuk kenduri tu sah lah tak cukup, sebab anak beranak semua dah booking sambal hitam tu!🤣🤣

Seronok rezeki dikongsi..memasak lebih bermakna ye tak..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawanikan bilis (siap kisar kasar)
  2. 2 cawancili kecil hijau + merah (siap kisar kasar)
  3. 2 cawanbawang merah (siap kisar kasar)
  4. 2 cawanasam jawa (dibancuh pekat)
  5. 1 cawangula merah/ gula putih (secukup rasa)
  6. 1/2 cawanbelacan bakar (secukup rasa masing-masing)

Cara Memasak

  1. 1

    Bawang, ikan bilis dan cili dikisar gunakan chopper atau tumbuk berasingan.

  2. 2

    Panaskan minyak. Tumis bawang merah sehingga keperangan.

  3. 3

    Masukkan ikan bilis. Tumis lagi sehingga ikan bilis garing.

  4. 4

    Masukkan cili. Tumis dan kacau lagi sehingga semua bahan kering sebati. (Tukar kuali setelah kidnap bahan tumis drpd sambal belimbing hitam)

    Nota: boleh tambah minyak sedikit2 semasa menumis jika perlu.

  5. 5

    Tambahkan air asam jawa pekat yang ditapis.

  6. 6

    Kemudian tambahkan belacan dan juga gula merah/gula secukupnya. Tumis sehingga agak kering.

  7. 7

    Sejukkan dan bolehlah disimpan. Tahan berbulan2.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (4)

Resipi Sepertinya