Puding Munchy's Cream Cracker

#cookpadworlddessert
Hai korang! Banyak stok cream cracker ke tu? Takkan asyik nak cicah dengan air teh je kan. Maklum la masih tak dapat keluar dari rumah. RMO masih dilaksanakan. Sesekali kita tukar menu. Anak-anak pun suka. Puding Munchy's Cream Cracker ni guna 4 bahan je. Senang sangat. Korang yang memang rajin memadak, alahai.. Sambil pejam mata je korang siapkan. Kenapa saya suka puding warna warni macam ni?. Ha..ha.. Biasala Cikgu Tabika memang suka benda warna-warni. Nampak ceria je. Dah 2 minggu tak dapat jumpa anak murid. Rindu sangat kat diaorang ni. Moga puding warna warni ni dapat menghilangkan rindu!
Cara Memasak
- 1
Rendam biskut dalam air panas sampai kembang. Toskan.
- 2
Masukkan roti, susu dan telur ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. Bahagikan kepada 4 bahagian.
- 3
Satu bahagian, satu warna. Tuang lapisan pertama kedalam bekas dan kukus selama 5 minit. Ulang cara yang sama hingga ke lapisan yang terakhir
- 4
Setelah puding masak, tutup api. Sejukkan. Boleh disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
- 5
Siap untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Mini Cupcake Marble Unicorn Mini Cupcake Marble Unicorn
Day19/366/2020/JanuaryDisebabkan saya peminat Unicorn (siap ada koleksi patung lagik tau 🤭) tu kek pun buat kek unicorn. Warna warni ceria gituu kan. Salina Jalaludin -
Agar-agar Sayangi Malaysiaku Agar-agar Sayangi Malaysiaku
#goldenapron2020#merdeka2020Sayangi MalaysiakuSayangi MalaysiakuTanah Airku (Ini Kita Punya)Sayangi MalaysiakuSayangi MalaysiaSatu Suara Laungkan (Merdeka!)Ini antara bait-bait lagu merdeka bertajuk Kita Punya Malaysia. Terinpirasi dari lagu ni, saya buatkan agar-agar Sayangi Malaysiaku istimewa untuk anak sedara.Wahh! Suka diaorang dengan agar-agar ni. "Mak Long! Jelly ni macam warna bendera laaa." Ha..ha.. Ye sayang. Mak Long sahut cabaran resepi sempena merdeka. Maka dengan muka penuh senyuman menikmati agar-agar Sayangi Malaysiaku. Rose Nani Nizah Nayan -
Merdeka Delight Merdeka Delight
#merdeka2020#goldenapron2020Waktu panas-panas begini elok benar kalau dapat menikmati ice cream bersama jeli perisa buahan. Saya tambah juga dengan yougurt asli untuk mengimbangi rasa manis ice cream dan jeli. Anak-anak pasti suka apabila melihat warna-warni merdeka sambil menikmati keenakan pada ice cream ini. Cuba lah, sangat senang nak buat. Suraini Boli -
Ais Krim Sehati Sejiwa Ais Krim Sehati Sejiwa
#merdeka2020#goldenapron2020Suka makan ais krim homemade kan? Jom buat ais krim ni. Bahan mudah je. Buat warna-warni macam Jalur Gemilang. Tak perlu pun nak putar dengan hand mixer. Saya kisar guna mesin pengisar je (blender).Alkisahnya hand mixer tertinggal kat rumah di kampung. So bila tak ada hand mixer, guna mesin pengisar je lah. Yang penting rasa sedap dan warna cantik. Maklumla sahut cabaran task resepi sempena Hari Merdeka. Sehati sejiwa gitu!Layan ais krim sambil tengok drama kat TV. Feeling la ala-ala makan ais krim kat Cameron Highland. Rose Nani Nizah Nayan -
Telur Dinosaur Cute Versi Merdeka Telur Dinosaur Cute Versi Merdeka
#merdeka2020#goldenapron2020Eh eh dah menetas pulak dah 😆Comelnya laaa mata dah celik bibir munggel merah merah pink.. korang mesti dah tau kan apa gender nya😂.. kakak tak mau sebut😁Pagi ni kebetulan bernasi lemak kita, telurnya kita buat lagi telur dinosaur cute ni.. LayannnnBuat bento untuk kiddos suka kemain ni... warna warni menu kita setiap hari menyemarakkan lagi selera keluarga makan bertambah..Mula-mula buat dorang kata peliknya mama😂 telur ayam pun nak jadikan telur dino warna warni pula tu.. siap letak tangan kat dahi mama rasa temparature, datang yang kecil bawa cek suhu terus, tembak dahi.. baca suhu 36.6 eh mama ok je😂 adoi la anak-anak ragam macam-macam..😆jom tengok resipi semudah sebut ABC ni.. sesuai dimakan dengan apa-apa menu pun.. mana tau macam minsha cakap boleh cooksnap banyak-banyak 🙈🙊 Julia ALeen Aireish -
Puding Laici Merdeka🇲🇾 Puding Laici Merdeka🇲🇾
Mak kata teringin puding..kite buatkan lah puding laici alang² buat sekali untuk #secretchallengemerdekaFirst time buat puding guna serbuk agar² selalu guna agar² tali..takpe kite belajar ye🤭untuk diamond warna warni tu sya guna resepi puding viral.. shazrina -
Puteri Ayu Cheese Merdeka 🇲🇾 Puteri Ayu Cheese Merdeka 🇲🇾
Dah bertahun tak buat puteri ayu ni. Aku bukan la sejenis yang rajin sangat nak buat kuih muih ni. Tapi bila ada contest #merdeka2020 ni tetiba rasa nak buat puteri ayu cheese versi warna bendera Malaysia. 🇲🇾Tapi kecewa sikit sebab tak ada pewarna merah. So kita guna je la warna pink. Takpe la janji semangat merdeka tu ada. 💪Yang seronoknya anak anak la sebab boleh main warna warna ni. Semua berebut nak tolong buat dan letak pewarna pastu picit ke dalam acuan. Sorang 1 warna. Ngam la ada 4 semuanya. Siap buat 2 round ok. 😏Maka hari ni terhasilnya kuih cantik ni. Memang lembut dan gebusss kejadiannya. SELAMAT MENCUBA! 😋#merdeka2020#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Puding Sedut SAJI Puding Sedut SAJI
#saturesipisatupohon #cookpadmalaysiaResipi ini dimasak untuk contest "Saji" (19 Oct 2019). Saya dapat tempat Pertama untuk contest October ni 🥰🎉.Menjadikan detik menikmati “dessert” lebih menyeronokan dan menyelerakan. Hanya perlu sedut dengan straw sahaja. Pastinya menjadikan anak-anak teruja dan lebih berselera. Ditambah dengan warna warni Puding Sedut SAJI sebagai penyeri. Salina Jalaludin -
Puding Roti Pelangi Puding Roti Pelangi
Puding yang berwarna warni.. pertama kali aznie lihat puding ni bila ada teman-teman masak aznie yang buat.. suka tengok tompokan warna dia yang beraneka.. puding ni bukan hanya sekadar rupa ye.. rasanya juga sedap dan wangi.. resepi dari kak Rogayah Ibrahim.. Aznie Khasri -
Puding Karamel Tanpa Telur (Sweet Pink) Puding Karamel Tanpa Telur (Sweet Pink)
Terlebih rajin kot buat terus sekali bubuh warna pink. Anak dara yang kecik suka sangat kalau makan kuih, kek @ puding yang ada warna pink. Jadi Aznie bubuh kedalam acuan telur. Jadi la kan. Senang bubuh dalam acuan ni. Boleh terus makan. Tak perlu potong-potong dah. Terus ngap je.❤️ Aznie Khasri -
Rainbow Waffle Rainbow Waffle
Koleksi resepi dari Aznie.. kalau waffle anak-anak memang suka sangat.. makan pulak dengan nutella memang kejap je habis... selamat mencuba semua.. Aznie Khasri -
Puding sagu cocktail Puding sagu cocktail
#cookpadworlddessertSuami saya suka sangat makan puding kastad. Tapi bagi saya puding kastad tu dah biasa sangat orang masak. Apa kata cuba pudding sagu ni. Desert fusion Puding sagu cocktail ni sedap makan ketika sejuk. Azyyati Zakaria
Lebih Banyak Resipi
Komen