Donut Gebu SuperSimpleSedap

hanimaj min
hanimaj min @cook_min86

Sedapnya donut pkp ni...😋😋😋

Donut Gebu SuperSimpleSedap

18 orang bercadang membuatnya

Sedapnya donut pkp ni...😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung gandum
  2. 2sb marjerin
  3. 1biji telur
  4. 2sb gula castor
  5. 1 1/2yis
  6. 1/2sudu garam
  7. 1 cawanair sejuk(air ais,bukan air batu)
  8. Sebiji kentang (rebus dan lenyek)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan 2 cawan tepung gandum. Masukkan marjerin dan ramas-ramaskan bersama tepung. Masukkan gula castor,yis dan garam. Masukkan kentang yang telah dilenyek. Campur kesemuanya dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

  2. 2

    Uli adunan menjadi doh yang tidak melekat. Masukkan dalam bekas dan tutup menggunakan tuala/penutup. Sapukan minyak sedikit untuk mengelakkan doh melekat. Rehatkan doh sehingga doh naik sekali ganda. Apabila sudah naik,uli doh sekali lagi dan potong kepada beberapa bahagian yang kecil.

  3. 3

    Bulat-bulatkan doh dan letakkan di atas kertas minyak yang dipotong2 kecil. Ini untuk memudahkan adunan senang digoreng sekejap lagi. Setelah dibulat2kan,boleh gunakan acuan donut. Tapi sis tak guna acuan. 😅😅

  4. 4

    Rehatkan sekali lagi doh yang telah dibulat-bulatkan tadi selama 10-15 minit. Sebelum direhatkan,boleh la ditekan sedikit. Selepas direhatkan,doh tersebut akan naik semula.

  5. 5

    Kemudian doh sudah boleh digoreng. Gorengkan di bahagian atas dahulu,kemudian terbalikkan.

  6. 6

    Dah siap minum petang kita!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
hanimaj min
hanimaj min @cook_min86
pada

Komen

Resipi Sepertinya