Donut Gebu Kentang Tanpa Uli | Mudah & Pasti Jadi

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

Lemau bila berhadapan dengan musuh abadi Mr Yis. Tapi try buat sebab taknak kentang yang dah siap rebus untuk tauhu begedil bazir macam tu je. Tak larat nak masak lately. Tengok ramai kata resipi Ticer Lini Mohd ni memang sedap & mudah giler. Ngam pulak nak bagi Qysha try makan donut. Pastu rasanya resipi ni sesuai untuk mangsa banjir sebab ada kentang. Dapat lebih tenaga untuk kemas. Sambil kemas sambil ngap pun okey. Semoga bermanfaat ya 💗. #CookpadCares

Feedback ikhlas pembenci tegar Mr Yis:
👉🏻 Ternyata memang lembut, gebu & menjadi. Qysha tak berhenti makan. Hilang rasa penat lelah Umie nengok. Alhamdulillah.

Terima kasih cikgu atas perkongsian resipi ni. Thank you jugak @salina_jalaludin & @acik_dapo share resipi ni di Cookpad. MinSha olah sikit sebab tak larat nak sukat betul2 😂.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 Min + 1 Jam (Perap)
20 Mini Donut
  1. 1biji Kentang, rebus + lenyek
  2. 1biji Telur
  3. 2 cawanTepung Gandum
  4. 2sudu besar Susu Tepung
  5. 2sudu besar Gula Kastor
  6. 2sudu besar Marjerin
  7. 1sudu kecil Garam
  8. 1 1/2sudu kecil Yis
  9. 1/2 cawanAir Sejuk

Cara Memasak

10 Min + 1 Jam (Perap)
  1. 1

    Gaul semua bahan KECUALI AIR.

  2. 2

    Masukkan air sikit-sikit sampai tak melekat di jari.

    Note: Kadang-kadang tak perlu guna semua air tu.

  3. 3

    Tutup dan biarkan sejam atau sampai naik double

  4. 4

    Tumbuk untuk buang angin dan ramas-ramas kejap bagi smooth

  5. 5

    Bentukkan macam shape donut atau buat bentuk bebola pun boleh

  6. 6

    Goreng dalam minyak panas atas api sederhana sampai timbul, kemudian flip. Goreng sampai warna keemasan.

    Nota: Flip 2 kali sahaja 👍🏻

  7. 7

    Toskan sebentar dan salut dengan Gula Kastor / Aising

  8. 8

    Siap~ 💗

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen (10)

Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
Sedap sangat dah tu rupanya,gebus terlebih😅

Resipi Sepertinya