Nangka Muda Masak Santan Ringkas

Zue Nurainie
Zue Nurainie @dapur_zue

Resepi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah...

Selamat mencuba 🥰🥰🥰

#dudukrumah

Nangka Muda Masak Santan Ringkas

7 orang bercadang membuatnya

Resepi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah...

Selamat mencuba 🥰🥰🥰

#dudukrumah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Nangka muda 8 hiris
  2. Cili api
  3. 5 ulasbawang merah
  4. 5 ulasbawang putih
  5. 1sudu kecil penuh serbuk kunyit
  6. 1sudu besar gula
  7. 1sudu besar garam
  8. 1sudu kecil ajinomoto
  9. 1 kotaksantan (saya guna santan M&S 200ml)

Cara Memasak

  1. 1

    Mula-mula nangka muda dihiris kecil-kecil mengikut saiz yang dikehendaki, basuh dan rebus bersama sedikit garam sehingga empuk. Selepas sudah empuk toskan dan ketepikan.

  2. 2

    Sementara menunggu nangka muda empuk, kisar bawang merah, bawang putih, cili padi.

  3. 3

    Kemudian panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tumis sampai naik bau, masukkan serbuk kunyit, gula, garam dan ajinomoto.

  4. 4

    Masukkan nangka muda yang sudah ditoskan, gaul sebati dengan bahan-bahan yang ditumis, kemudian masukkan santan. Boleh tambah sedikit air kalau tak nak kuah pekat.

  5. 5

    Biarkan mendidih. Gaul untuk mengelakkan daripada santan pecah minyak

  6. 6

    #petua saya kalau masak cara macam ni, bila dah mendidih sampai di bahagian tengah santan dah masak. Atau boleh rasa sama ada santan dah masak atau tidak. Selamat mencuba saya pun budak baru belajar.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zue Nurainie
Zue Nurainie @dapur_zue
pada

Komen

Resipi Sepertinya