Bingka Roti Planta

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week8

Assalammualaikum...

Resepi ni dah lama saya peram kat sini. Baru hari ini saya uploadkan di laman Cookpad kesayangan ramai ni.

Resepi ini menggunakan roti yang dah hampir tarikh luputnya 😁😁.

Selalunya saya akan buat roti bakar telur atau cicah dengan air macam itu sahaja. Ringkas-ringkas je mudah.

Tapi tekak ini teringin untuk makan kuih muih, maka terhasillah Bingka Roti Planta ini. Roti tidak membazir malah dapat sediakan minum petang untuk keluarga.

Mudah sahaja cara penyediaannya dan semestinya enak. 😊

Sila lah anda mencubanya ya.

Bingka Roti Planta

#goldenapron2020
#week8

Assalammualaikum...

Resepi ni dah lama saya peram kat sini. Baru hari ini saya uploadkan di laman Cookpad kesayangan ramai ni.

Resepi ini menggunakan roti yang dah hampir tarikh luputnya 😁😁.

Selalunya saya akan buat roti bakar telur atau cicah dengan air macam itu sahaja. Ringkas-ringkas je mudah.

Tapi tekak ini teringin untuk makan kuih muih, maka terhasillah Bingka Roti Planta ini. Roti tidak membazir malah dapat sediakan minum petang untuk keluarga.

Mudah sahaja cara penyediaannya dan semestinya enak. 😊

Sila lah anda mencubanya ya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4-5 kepingroti sandwich gardenia
  2. 1sudu besar marjerin Planta
  3. 1 cawansantan kotak
  4. 1 cawanair
  5. 1/2 cawantepung gandum
  6. 2biji telur (saya guna gred A)
  7. 1/2 cawangula pasir
  8. 1sudu kecil esen vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Potong kecil2 atau carik-carikkan roti. Ketepikan.

  3. 3

    Campurkan santan dan air. Kacau sebati. Ketepikan.

  4. 4

    Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan adunan kembang.

  5. 5

    Masukkan esen vanilla dan Margerin Planta, pukul adunan sehingga sebati.

  6. 6

    Masukkan adunan santan tadi ke dalam adunan telur dan kacau sebati.

  7. 7

    Masukkan tepung gandum dan pukul sebati. Guna mixer lebih mudah larut.

  8. 8

    Seterusnya masukkan roti yang telah dicarikkan tadi.

  9. 9

    Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang sudah di sapu marjerin supaya ianya tidak melekat. Boleh juga guna baking paper atau spray. Saya letak baking paper sebagai alas di dasar adunan di dalam loyang dan juga di dinding loyang.
    Saya menggunakan loyang bersaiz 6"x 6".

  10. 10

    Tunggu adunan roti kembang selama 15-20minit di dalam loyang tersebut.

  11. 11

    Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 190-200C selama 10 minit.

  12. 12

    Setelah adunan cukup kembang, masukkan ke dalam oven dan set masa selama 1 jam pada suhu 190-200C atau sehingga masak. Permukaan bingka roti akan keperangan apabila sudah masak. Saya suka permukaan bingka lebih garing seperti dalam gambar ni.

  13. 13

    Siap dah Bingka Roti Planta saya. Dah sejuk nanti bolehlah makan... 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya