Bingka Jagung

Dapat call dari kakak ipar, cakap nak datang rumah.
Terus fikir nak hidang apa nanti ya. Tengok kat dapur, ada satu tin jagung manis. Check bahan lain, cukup untuk buat bingka jagung ni.
Dulu, saya memang tak pandai buat bingka walaupun suka makan. Tak pernah rasa nak tengok resepi bingka sebab mindset dah set bingka ni susah nak buat.
Entah macamana masa PKP haritu, teringin nak makan bingka, so nak tak nak kena tengok resepi dan cuba buat. Menjadi!!!
So dari situ, happy dah la sebab boleh buat sendiri dan variasikan rasa dia.
Jadi kali ini, saya buat bingka jagung khas untuk kakak ipar sefamily tersayang.
Jom tengok resepi.
Bingka Jagung
Dapat call dari kakak ipar, cakap nak datang rumah.
Terus fikir nak hidang apa nanti ya. Tengok kat dapur, ada satu tin jagung manis. Check bahan lain, cukup untuk buat bingka jagung ni.
Dulu, saya memang tak pandai buat bingka walaupun suka makan. Tak pernah rasa nak tengok resepi bingka sebab mindset dah set bingka ni susah nak buat.
Entah macamana masa PKP haritu, teringin nak makan bingka, so nak tak nak kena tengok resepi dan cuba buat. Menjadi!!!
So dari situ, happy dah la sebab boleh buat sendiri dan variasikan rasa dia.
Jadi kali ini, saya buat bingka jagung khas untuk kakak ipar sefamily tersayang.
Jom tengok resepi.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Panaskan ketuhar pada suhu 190-200C terlebih dahulu. Sekurangnya 10 minit sebelum memasukkan adunan kita nanti.
- 3
Saya guna jagung manis dalam tin, untuk lebih mudah boleh guna jagung ala krim, tak perlu tapis dan kisar, terus boleh guna. Jika guna jagung manis dalam tin seperti saya, tapiskan dulu jagung dan buang airnya. Kemudian, kisar separa hancur dengan campurkan dengan sedikit air.
- 4
Kemudian, campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan. Kacau sebati.
- 5
Sediakan loyang 8"untuk membakar, loyang 6" juga boleh tapi nanti bingka akan lebih tinggi. Oleskan mentega di dasar dan di keliling tepi loyang.
- 6
Tuangkan kesemua adunan ke dalamnya.
- 7
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 190-200C selama 1jam atau sehingga masak keperangan. Bingka cukup masak apabila ianya tidak melekat pada tepi loyang, cucuk dengan lidi untuk pastikan ianya masak. Serta permukaan dan tepi bingka akan bewarna keperangan.
- 8
Sedia untuk dihidangkan. Saya suka makan ketika ianya masih suam-suam. Memang enak.
Resipi Sepertinya
-
Bingka Jagung Creamy 🌽 Bingka Jagung Creamy 🌽
Teringin nak makan bingka jagung..dah lama tak buat.. Lembut & moist.. Suka bahagian atasnya sikit berkerak, garing2 gitu.. Sebelum ni saya tak campur perisa jagung di dlm adunan, tapi kali ni saya campur untuk memberikan lebih rasa jagung pada bingka ni. Lemak manis cukup rasa semuanya.. Nor Al Fatihah -
Bingka jagung Bingka jagung
Bingka jagung ni inspirasi resepi dari Chef Hanieliza. Tapi saya buat macam agak lembik sikit, mungkin kena bakar lama lagi kot ataupun sebab tertumpah jagung krim lebih.. tapi rasa sedap. Ariey Rieyna -
Bingka Jagung Bingka Jagung
Lama tak makan Bingka Jagung. Teringin pulak rasa nak makan bila dengar seorang teman Aznie makan bingka jagung. Dengan penuh perasaan dia cerita betapa sedapnya bingka yang dia makan😂. Aissssh mengundang betul la kan. Lain kali jangan la buat gitu lagi, tak kesian ke kat teman mu sorang ni haa🤣. Dan-dan rasa nak buat. Nasib la ada jagung lagi setin dalam almari. Ni Aznie buat semalam jugak. Sekarang kalau buat kuih Aznie buat lebih sebab bagi kat mak jugak. Seronok tengok mak ngan anak buah makan.#1stPudingJagung Aznie Khasri -
Bingka Jagung AF Bingka Jagung AF
Bingka Jagung yang lembut, lemak berkrim ni ummi buatkan untuk mil yang kurang sihat.Tiada selera nak makan nasi katanya. Jadi kebetulan Ummi tengok ada jagung cream dalam tin tu ummi terus terfikir nak buatkan bingka @ bengkang kata orang utara.Dengan adanya Air fryer masa membakar tidaklah terlalu lama berbanding bakar dalam oven.Dalam tempoh 35 minit Cukup masak dan garing di permukaannya. Alhamdulillah banyak mil makan.Jom lah cuba. 👍😋Si Hot Stuff Air Fryer #MatchmakerMonth Q'leenalee's Kitchen -
Bingka Labu Kuning Bingka Labu Kuning
#GlobalApron2024#Kuning#LabukuningMentegaDah lama teringin nak buat bingka labu kuning..kebetulan Cookpad bagi challenge tema warna kuning..maka terjadilah minum petang saya semalam.. Saya rujuk resepi bingka jagung saya..tapi saya olah sikit tak letak tepung kastad. Alhamdulillah..sedap, lembut, cukup2 rasa.. Suka atasnya garing2.. Nor Al Fatihah -
Bingka Durian Bingka Durian
#GoldenApron23First time buat bingka durian..teringin sgt nak makan.. Saya guna resepi bingka jagung saya yg pernah saya share di Cookpad sebelum ni.. Ya Allah sedap tak terkata rupanya bingka durian ni..rasa lemak2 manis, lembut & moist je..atasnya sedikit crunchy..suami & anak2 sangat menyukainya sampai tak cukup pulak..tak sampai sehari habis licin..hihii..kalau durian ada banyak memang saya buat dua adunan dah..tapi takpe la..lain kali boleh buat banyak lagi..sedap di makan panas2 atau sejuk2 dari peti ais.. Nor Al Fatihah -
Bingka Kastard! Bingka Kastard!
Saya seorang yang agak skeptikal dan kurang gemar akan makanan yang berasaskan 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅.Oleh sebab itu, saya mencabar diri untuk menghasilkan resipi 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅.Setelah membaca dengan lebih mendalam akan apakah 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅 itu.Makanya, terhasillah Bingka Kastard, resipi saya! 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Bingka Labu Mudah Bingka Labu Mudah
#goldenapron2020#minggu25#cookpadmalaysiaBingka labu adalah makanan orang dulu² tapi saya kena buat untuk bagi pelanggan makan apabila duduk di kitchen saya sentiasa di beri arahan untuk membuat aneka pencuci mulut dan sebagainya..so terjadilah Bingka Labu hasil air tangan saya😁 Jemilah Tukimin -
Bingka Red Velvet Coklat Leleh Bingka Red Velvet Coklat Leleh
#cooksnaptepung#goldenapron2020#week22Saya tersangat jarang buat bingka selain bingka roti. Bukan tak suka, cumanya bila dirumah ni tak ada jenis peminat kuih muih, jadinya saya tak buatlah. Kalau rasa nak makan,selalu beli je. 😁😁Tapi hari ini, rasa terlebih rajin pula..hahahaha...saya teringin sangat nak mencuba resepi dari cookpadder Aza Aaj. Nampak sedap dan mudah sebab guna bekas muffin je. Senang nak buat dan makan.Tapi saya olah sikit resepinya menjadi bingka red velvet dan juga saya buat kurang manis sebab nanti nak tambah coklat leleh ke atasnya sebab nak tarik minat anak saya untuk makan. Budak-budak kan suka coklat dan warna yang ceria. Bila saya lorekkan coklat ke atas bingka red velvet ni tadi, memang anak saya teruja sangat nak makan.😍😍😍.Saya pun suka..hehehehe.. Zarns Dir -
Puding Jagung Awan Nano Puding Jagung Awan Nano
Mata tak boleh tidur, bila hubby dengan anak bujang tengok bola. Nampak pulak resepi dari @najwanik terus tertarik. Agak lama juga Aznie tak buat puding jagung. Rasa nak makan pulak😅. Kebetulan jagung ada lagi lebihan buat Apam Balik kelmarin. Terus je godek-godek kat dapur. Alhamdulillah, memang sedap resepi adik ni. Suka sangat. Terima kasih😍 Aznie Khasri -
Bubur Jagung Segera Bubur Jagung Segera
Kat dapur ada 2 tin jagung. Dah lama beli tapi tak tau nak buat apa. Bubur jagung kurang sambutan kat rumah ni. Aku pun tak minat sangat.Di sebabkan ada task bubur kena submit hari ni, so kita buat jugak la bubur jagung.Pertama kali buat dalam hidup. Sedap juga bila letak susu cair ni. Tak sedar bila makan habis semangkuk.Sekali dah masak baru perasan macam kena pulak dengan tema #merdeka2020 ni. Kuning kan salah satu warna bendera Malaysia. 🇲🇾Jom cuba! 😋#merdeka2020#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Bingka sukun Bingka sukun
Anak bawa balik sukun, sibuk dengan persiapan lockdown terlupa akan buah ni, tengok- tengok dah ranum tak boleh di goreng. Cari dalam cookpad hanya ada satu sahaja resepi bingka sukun dari Minsha. cooksnap cuma derhaka sikit. Tambah air rendaman halba untuk elak sakit sakit badan. Memandangkan sukun ni kategori buah yang sejuk. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)