Kek Marble Atok

Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

#kekmarble Cerita mengenai kek marble ini adalah kek pertama saya yang pernah saya buat bersama arwah nenek di kampung, setiap kali cuti persekolahan saya akan duduk bersama nenek dan mengambil masa satu hari untuk membuat kek resepi arwah nenek ketika itu, kerana nenek akan membuatnya lebih daripada 1 biji kek untuk diberi kepada jiran tetangga.

Semasa zaman itu kami cucu nenek tidak panggil kek marble seperti sekarang, kami namakan kek Atok kerana jika kami buat kek marble ni mesti bersama Atok😌, atok akan pantau setiap apa yang disukat, apa yang dimasukkan ke dalam adunan kek, kerana semasa itu tidak memakai penimbang hanya memakai sukatan cawan kopi sahaja, kata atok kek marble ni sangat cerewet jika salah sukatan pasti tidak akan mendapat hasil yang memuaskan,ialah pada masa itu kami hanya menggunakan gula dan marjerin planta sahaja, tiada bahan pelembut seperti overlet yang digunakan seperti sekarang.

Kek Marble atok juga hanya menggunakan bahan warna asas sahaja seperti kuning, merah, hijau dan serbuk coklat. Untuk membakar pula hanya letak di atas dapur gas sahaja menggunakan pembakar kek berbentuk bulat.

Aroma planta kek Atok yang harum sangat segar dalam ingatan,sehingga kini kek Atok memang menjadi tradisi untuk semua cucu membuatnya. Al Fatihah buat Atok kesayangan Hajah Hendon bte Salleh.

Resepi saya ini telah diolah, kerana resepi atok yang ditulis tidak diperolehi, tapi cara pembuatanya tetap sama😊 #goldenapron2020

Kek Marble Atok

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmtepung kek
  2. 1sdk ovelet
  3. 220 gmbutter
  4. 150 gmgula kastor
  5. 5biji telur gred B
  6. 1sdk pewarna merah
  7. 1sdk pewarna kuning
  8. 1sdk serbuk coklat

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan yang diperlukan, putar butter, gula dan ovelet sehingga kembang bewarna putih,kemudkan masukkan telur satu persatu. Putar sekejap dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.

  2. 2

    Bahagian adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan

  3. 3

    Adunan diletakkan di dalam loyang satu persatu secara berselang seli sehingga habis, bakar dlm ketuhar selama 40 minit, suhu 150 darjah celcius.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
pada
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya