Bunga Jantung Pisang Goreng Rangup Telur Masin

Terasa rugi kerana selama ni bunga pisang ni saya buang sahaja sebab tak tahu bahawa ia boleh dimakan. Biasanya bila ada jantung pisang, saya buang lapisan luarnya dan hanya makan bahagian dalamnya sahaja. Selepas direbus, sama ada saya buat masak lemak, atau buat sahaja. Suatu hari saya tonton video yang menunjukkan bunga pisang di lapisan-lapisan luar jantung pisang boleh dimakan. Jadi saya pun cuba. Hasilnya sangatlah sedap.
Untuk resepi ini, ianya rasa seperti Twisties perisa kari. Rangup, masin dan sedap. Anak-anak pun suka.
Bunga Jantung Pisang Goreng Rangup Telur Masin
Terasa rugi kerana selama ni bunga pisang ni saya buang sahaja sebab tak tahu bahawa ia boleh dimakan. Biasanya bila ada jantung pisang, saya buang lapisan luarnya dan hanya makan bahagian dalamnya sahaja. Selepas direbus, sama ada saya buat masak lemak, atau buat sahaja. Suatu hari saya tonton video yang menunjukkan bunga pisang di lapisan-lapisan luar jantung pisang boleh dimakan. Jadi saya pun cuba. Hasilnya sangatlah sedap.
Untuk resepi ini, ianya rasa seperti Twisties perisa kari. Rangup, masin dan sedap. Anak-anak pun suka.
Cara Memasak
- 1
Mula-mula kupas jantung pisang. Buang kepingan yang berwarna ungu. Ambil bunga pisang, iaitu jejari kecil berwarna putih kuning yang berada di antara setiap kepingan ungu.
- 2
Bancuh tepung beras, serbuk kari dan air. Kepekatan adalah seperti adunan pisang goreng. Jika kurang air, tambah sedikit demi sedikit. Tidak perlu garam sebab serbuk telur masin sudah masin. Tambahkan garam sekiranya tidak menggunakan serbuk telur masin.
- 3
Panaskan minyak. Celupkan bunga pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga berwarna perang.
- 4
Angkat, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan serbuk telur masin ketika masih panas. Sedia dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bunga jantung pisang crispy Bunga jantung pisang crispy
Jantung pisang memang sedap dimasak kerabu ,teresek dan lain lain lagi. Biasanya kulit dibahagian luar nya akan dikopek sehingga ke lapisan berwarna putih dan lembut untuk dimasak. Bagi mengelak pembaziran, mari kita masak bunga kulit jantung pisang menjadi menu kudapan yang sedap dan ranggup. Tidak rasa pahit pun . Jom kita cuba. Ani Delighted -
Bunga Jantung Pisang Krispi Bunga Jantung Pisang Krispi
Benda boleh makan buat apa buangSusah nak cari jantung pisang kat bandor ni, jantungnya kita masak lain, ambil bunganya buat gorengPengalaman pertama, makan goreng mcm ni..Pakat debor belaka tadi nak rasa😂jakun jap..Makanan unik bagi kita orang..Bila dah rasa terlagi-lagi..tak cukup😆Shedapppp😋😋 Julia ALeen Aireish -
Cucur Pisang Salai Cucur Pisang Salai
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeZaman nenek moyang kita dahulu makan apa yang ada je. Apa yang tumbuh di sekeliling rumah, keliling kampung, tu yang mereka kutip buat makan. Beras pun susah nak jumpa time tu, kalau ada pun mahal. Mereka hanya bergantung pada apa yang mereka tanam atau boleh jumpa di sekeliling kampung. Sebagai contoh pokok pisang, bukan setakat buah nya sahaja boleh dimakan tetapi jantung pisang dan umbut pisang juga boleh dimakan. Mereka bijak mengolah pisang yang banyak supaya pisang tu tak rosak/busuk dengan menyalai agar dapat disimpan lama. Bila nak makan boleh dimakan terus atau pun boleh dibuat cucur dengan mencelupkan pisang salai ke dalam bancuhan tepung, kemudian digoreng. Dapur Yusfarisyia -
Jantung Pisang Masak Kari Jantung Pisang Masak Kari
Selain celur dan dibuat ulam, jantung pisang juga sedap dimasak kari. Selamat mencuba! Adawiyah Mohd Sharun -
Jantung pisang masak lemak ikan masin Jantung pisang masak lemak ikan masin
Pisang tepi rumah dan mula memgeluarkan hasil, jadi jantung pisang pun banyak, harini kita buat masak lemak campur ikan masin sarawak yg jiran bagi, memang mabeles. 😋 Atie SweetChocbakeries -
Jantung Pisang Masak Lemak Jantung Pisang Masak Lemak
#goldenapron2020Abah baru potong jantung pisang pagi tadi. Abah letak dekat sinki. Alia faham, maksudnya Alia kena masak jantung pisang, hari ini.Jadi, Alia rebus dulu, baru masuk dalam kuah.Lauk lain ialah sambal ayam. Gandingan pedas dan masakan lauk bersantan, memang padan.Sedap. Alia Ali -
{Cendawan} Goreng Tepung {Cendawan} Goreng Tepung
Cendawan in bracket tu sebenarnya adalah...... Jantung pisang! Tapi sebab jantung pahit, suami kata suruh buang je tapi rasa nak cuba resepi ni. Layann pulakkkk dia kata, nasib baik tak buang! 😂🤣🤣 Nazneen Ramly -
Teresek Jantung Pisang Teresek Jantung Pisang
#goldenapron jantung pisang ni masak apa pun sedap, boleh gantikan daging bagi yang vegetarian.. Kak Wan -
Rendang jantung pisang Rendang jantung pisang
#goldenapron23week22#rendangRendang memang sinonin dengan masyarakat Melayu. Bukan sahaja rendang dagingyam, itik bahkan tendang sayuran pun ada rendang Pucuk Paku, Maman, kulat sisir dan hari ni saya masak rendang jantung pisang.Elakan pembaziran , bila pisang dah berbuah boleh kunci tarikh untuk ambil jantungnya. Begitulah situasi saya dengan pokok pisang.depan rumah.Kali ini saya masak rendang biasa sahaja tanpa rempah, cuma bahan asas bawang, cili , lengkuas, kunyit, serai, kerisik dan daun limau purut sahaja. Ani Delighted -
Pisang Goreng Rangup Pisang Goreng Rangup
#minggu1#1minggu1resepiHujan-hujan ni memang sedap kalau hidangkan pisang goreng. Sekejap sahaja licin dimakan anak-anak kat rumah ni. Jom tengok resepi mudah dan tips agar pisang yang digoreng rangup diluar. Aziela Amin -
Kerabu jantung pisang Kerabu jantung pisang
Jantung pisang lagi,asal balik dari kebun je mestia ada bawa jantung pisang,masak lemak sudah,rebus cicah budu pun sudah.kali ni encik suami mintak buatkan kerabu pula.jom kita tengok resipi. Lily Suryani Mohd Ali -
Gulai Lemak Jantung Pisang Ikan Kurau Gulai Lemak Jantung Pisang Ikan Kurau
#goldenapron #minggu22 #cookpadmalaysiaGulai ni saya masak semalam di rumah mak. Pagi sebelum mak & ayah pergi ke majlis graduasi adik. Mak pesan masak jela apa-apa pun untuk makan tengahari nanti. Masa mak cakap tu, saya haa kan jela. Waktu nak masak tengahari tu, masuk dapur dan fikir nak masak apalah? Tiba-tiba terpandang ada jantung pisang kat tepi singki dapur. Terus dapat idea nak masak gulai lemak. Buka peti sejuk nampak pulak ikan kurau masin. Ok perfect combination. Maka terjadilah "Gulai Lemak Jantung Pisang Ikan Kurau" . Menu ni ayah suka, suami saya pun suka. Alhamdulillah. Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen