Kek Nasi Kukus

Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
Kuala Lumpur

Ada lebihan nasi? Tapi tak tahu nak buat apa? Jom, buat lebihan nasi menjadi dessert sedap untuk berbuka. Mudah, ringkas dan senang sangat. Yang tak tahu Baking pun boleh jadi. ☺️

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Kek Nasi Kukus

Ada lebihan nasi? Tapi tak tahu nak buat apa? Jom, buat lebihan nasi menjadi dessert sedap untuk berbuka. Mudah, ringkas dan senang sangat. Yang tak tahu Baking pun boleh jadi. ☺️

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
6inci
  1. Kek Nasi
  2. 2cwn Nasi Sejuk
  3. 3/4cwn Gula (blend halus)
  4. 4Sudu Besar Tepung Jagung (tak perlu membukit)
  5. 2Biji Telur
  6. 3/4cwn Minyak Masak
  7. 90 mlAir Suam
  8. 1/2cwn Serbuk Koko
  9. Topping
  10. 2Sudu Besar Serbuk Koko (membukit)
  11. 5Sudu Besar Gula
  12. 3Sudu Besar Minyak Masak
  13. 1cwn Air
  14. 1 1/2Sudu Besar Tepung Jagung

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Sediakan bahan kering dan basah mengikut sukatan yang diberikan.

  2. 2

    Letak nasi, telur, minyak & air, dan blend sehingga halus.

  3. 3

    Kemudian, masukkan pula gula, serbuk koko dan blend sehingga sebati. Dan letak pula tepung jagung, boleh juga proses akhir ini dilakukan di dalam mangkuk supaya lebih sekata.

  4. 4

    Adunan sudah sekata, boleh letak di dalam pan saiz 6 inci. Letak Baking paper di bawah pan supaya mudah dikeluarkan nanti. Kukus sehingga masak. Anggaran 1 jam 15 minit. Cucuk dengan pisau atau lidi untuk lihat sudah masak atau belum.

  5. 5

    Kek sudah masak, boleh buat topping atas kek pula. Kek biarkan sejuk sementara, baru boleh terbalikkan dan letak di tray kek.

  6. 6

    Untuk topping, masak semuanya di atas api sederhana. Masukkan dahulu serbuk koko, gula, minyak, air, kacau sebatikan. Dah sebati, baru letakkan tepung jagung. Kacau sehingga topping menjadi likat.

  7. 7

    Kek dah sejuk, dah letak dalam piring, boleh letak topping pulak. Selepas itu boleh add on apa-apa lagi atasnya, seperti Choc Chips, nuts, fruits atau lain-lain. Selamat mencuba. 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
pada
Kuala Lumpur
Minat baking dan photography.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya