Kasui Mbah

Waktu PKP ini, anak-anak merindui kuih-muih Mbah (nenek) mereka. Jadi saya gunakan resepi Mbah untuk membuat kuih kasui yang digemari anak-anak. Alhamdulillah, sukatannya tepat, sekali cuba terus jadi.
Selepas adunan dimasak atas api, tetapi belum dikukus, saya rasa sedikit adunannya. Hmmm rasa macam kurang manis. Walaupun kurang yakin, namun saya teruskan juga mengukusnya. Rupanya, ia akan terasa lebih manis apabila sudah digandingkan dengan kelapa parut yang sedikit masin. Garam dalam masakan sememangnya membangkitkan lagi rasa-rasa yang lain.
Cabaran terbesar membuat kuih ini adalah ketika menunggu ianya cukup sejuk supaya dapat dipotong dengan cantik. Anak-anak asyik bertanya "sudah sejuk?", "dah boleh potong?" Masing-masing tidak sabar hendak menikmati kuih Mbah yang dirindui. Jadi, untuk mempercepatkan proses penyejukannya, saya masukkan dalam freezer selama 30 minit. Namun, sebenarnya cara terbaik ialah membiarkannya sejuk pada suhu bilik sahaja.
Kasui Mbah
Waktu PKP ini, anak-anak merindui kuih-muih Mbah (nenek) mereka. Jadi saya gunakan resepi Mbah untuk membuat kuih kasui yang digemari anak-anak. Alhamdulillah, sukatannya tepat, sekali cuba terus jadi.
Selepas adunan dimasak atas api, tetapi belum dikukus, saya rasa sedikit adunannya. Hmmm rasa macam kurang manis. Walaupun kurang yakin, namun saya teruskan juga mengukusnya. Rupanya, ia akan terasa lebih manis apabila sudah digandingkan dengan kelapa parut yang sedikit masin. Garam dalam masakan sememangnya membangkitkan lagi rasa-rasa yang lain.
Cabaran terbesar membuat kuih ini adalah ketika menunggu ianya cukup sejuk supaya dapat dipotong dengan cantik. Anak-anak asyik bertanya "sudah sejuk?", "dah boleh potong?" Masing-masing tidak sabar hendak menikmati kuih Mbah yang dirindui. Jadi, untuk mempercepatkan proses penyejukannya, saya masukkan dalam freezer selama 30 minit. Namun, sebenarnya cara terbaik ialah membiarkannya sejuk pada suhu bilik sahaja.
Cara Memasak
- 1
Masukkan gula merah, gula pasir dan 2 cawan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula cair sepenuhnya. Biarkan sejuk.
- 2
Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur ke dalam mangkuk. Masukkan air gula yang sudah sejuk dan air yang selebihnya. Kacau sehingga sebati. Tapiskan adunan ke dalam periuk. Adunan memang cair.
- 3
Panaskan adunan sehingga pekat. Sentiasa kacau terutama bahagian bawah dan tepi. Apabila sebahagian besar adunan sudah pekat dan berketul, tutup api tapi teruskan mengacau sehingga adunan menjadi tidak berketul dan sekata.
- 4
Oleskan loyang dengan sedikit minyak masak. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1 jam.
- 5
Selepas 1 jam, keluarkan kasui dan sejukkan. Untuk mendapatkan potongan yang cantik, kasui mestilah betul-betul tidak panas langsung. Suhu bilik. Sesungguhnya inilah langkah yang paling mencabar dalam resepi ini.
- 6
Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Potong kasui dan golekkan dengan kelapa parut. Siap untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kaswi Coklat Emalco (R315) Kaswi Coklat Emalco (R315)
Six For Sixth! 🎂6️⃣🎉Inilah resepi saya yang diulang semula memasaknya sebab yang lalu saya rasa kurang lembut , jadi saya tambahkan lagi airnya hari ini . Kuih Kaswi kuih kudapan petang ini. Mudah saja persiapannya. Enak rasanya. Siap saja berebut semua meratahnya hingga habis. Alhamdulillah! Cuba Ya!… Zahrah Buang -
Kuih Getas Kuih Getas
#goldenapron#minggukelapan#sarapanSetiap kali bila bulan Ramadhan tiba,saya akan mencari kuih ini untuk berbuka.Dulu saya tidak tahu apa nama kuih ni.Bila saya tanya pada penjual (berbangsa Indonesia).Dia namakan kuih “Gemblong”Setahu saya Gemblong itu bermaksud “gila” (dalam bahasa jawa).Bila saya google,memang sesetengah tempat di Indonesia menamakan kuih ini sebagai kuih Gemblong.Tak kisah la apa pun namanya,tapi untuk membuat kuih getas ini amat mudah.Dengan resipi yang saya kongsikan,hasil kuih ini sangat lembut.Tidak keras dan tidak liat seperti selipar getah.Saya lebih gemar jika tidak disira gula kerana saya kurang gemar makanan yang manis.Jom cuba resipi saya 😊 Gyna Elenna -
Wingko Babat Wingko Babat
#cppassportC.abe paling suka makan Wingko Babat ni.Seingat k.ha setiap kali ada lawatan kerja di Bandung,pasti ada kuih ini dibawa balik bersama Biasanya dibeli di Toko Kue Kartika Sari di Bandung @ pemberian rakan sekerjanya di sana.Rasanya lebih kurang Kuih Beko @ Bingka Pulut Kelantan cuma rasa lemaknya lebih ketara.Sedap,rangup di luar,lembut di dalamnya.Tahun ini suami dah pencen,ditambah lagi dengan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia,tak dapatlah ke sana lagi buat masa ini.Jadi k.ha cuba masak sendiri,rupanya taklah sesukar mana membuatnya.Percubaan kali pertama ini hampir menepati rasa kuih di Kartika Sari.Lepas ini boleh cuba buat lagi.K.ha guna resepi dari Tastemade Indonesia cuma ada derhaka sikit pada bahan-bahannya.Dalam kurungan sukatan sebenar bahannya ( ). ha.lim39 -
Kaswi Lemak Pandan (Versi Gedik) Kaswi Lemak Pandan (Versi Gedik)
#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-1, PKP-38: Salam Ramadan Al Mubarak buat semua umat Islam 😊.Petang ni, saya buat kuih kaswi pandan. Masih menggunakan resipi yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Ratio tepung ubi : tepung gandum = 1:1. Cuma kali ni, saya ada tambahkan sedikit santan.As a pandan lover, macam biasa jugak, saya cuma menggunakan jus pandan tanpa memasukkan pewarna hijau & perisa pandan. Yang ni, terpulang kepada citarasa masing-masing 😊.Tapi, ada satu step saya lupa buat & menjadikan kaswi dalam acuan lompang saya tak ada lesung pipit macam sebelum ni. Lupa pulak nak panaskan acuan tu dulu. Tak apalah. Yang penting kuih tetap menjadi 😊.Selamat berbuka puasa ❤️.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Kuih Tepung Kapur / Kasoi ~ TERENGGANU Kuih Tepung Kapur / Kasoi ~ TERENGGANU
Kuih ni adalah kuih kegemaran emak Aznie. Suka sangat dia makan kuih ni. Setiap kali kalau balik kampung mesti kuiu ni Aznie akan buat kan tuk emak sekali, Tak kisah yang gula merah @ pandan dua-dua pun mak suka. Baru tau kuih ni berasal dari terengganu.#merdekapassport Aznie Khasri -
Kuih ketayap gulung Kuih ketayap gulung
#bazaarramadan #goldenapron #kuihmuihSatu benda sebagai tukang masak kita kreatif dengan idea-idea yang guna pakai apa yang ada. Memandangkan saya tidak mempunyai ceper yang sesuai untuk membuat kuih ketayap jadi saya menggunakan kuali ajaib yang bersaiz besar dan bersegi empat. Dapatlah kuih ketayap versi gulung. Mazwin -
Inti Kelapa Manis Inti Kelapa Manis
Ini adalah hero dalam pembuatan kuih muih Melayu, kalau tak ada ini memang tak berseri kuih tradisi kita. Inti kelapa manis sangat penting buat kuih seperti kuih ketayap, badak berendam, kuih bom, kuih balung hayam, koci dan sebagainya. Jadi sebelum nak buat kuih-kuih tu semua kita kena buat ni dulu ye🥰 Aznie Khasri -
Kuih Tepung Pelita ~ versi tidak perlu dikukus Kuih Tepung Pelita ~ versi tidak perlu dikukus
#goldenapron#week14#sarapan Kuih yang ni kalau buat satu adunan memang tak sempat nak simpan..Al maklumlah anak ramai sekali hidang ja licin. Tapi takpa la kan.. Kita ibu2 ni suka ja tengok ank2 makan.. Rezeki ank2 rezeki ibubapa juga ye tak.. Alhamdulillah. Kalau saya kuih ni suka sejukkan kejap dalam peti sejuk..Bila makan sojuk yo tokak hihi. Lagi suka kuih ni sebab dia duk dalam daun pisang..tu yang buat harum ja kuih ditambah rasa kuih yang lembut tak yah susah2 nk kunyah..bawah tu dah manis secukup rasa tambah yang atas lemak masin santan kelapa tu memang ngam la rasanya. Mawar Wilsa -
Buah Melaka/Onde-onde Buah Melaka/Onde-onde
Buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan.Kuih ini dipanggil sebagai buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti boleh tertelan air liur tau. Dengan tekstur kuihnya yang kenyal sedikit, digabungkan dengan rasa lemak kelapa parut yang bersalut dan ditambah pula dengan gula melaka yang cair apabila dikunyah.#merdeka2020#goldenapron2020 Nora Hj Talib -
Coconut And Pumpkin Seeds Scones Coconut And Pumpkin Seeds Scones
#sekones#goldenapron2020Bila sebut pasal scones, memang ramai yang terbayangkan scones yang rasa kurang manis tetapi ada rasa manis daripada bahan lain yang terkandung di dalam nya. Selain itu ia nya lebih sedap jika dimakan dengan jem, mentega atau clotted cream.Kalau di rumah saya, scones yang sebegini kurang mendapat sambutan. Mereka lebih suka savoury scones. Apabila saya membuat coconut & pumpkin seeds ini, mereka boleh pula suka. Tak sedar dah makan banyak, nasib baik sempat tinggal sedikit untuk ambil gambar. Mungkin mereka suka scones yang tidak perlu dimakan dengan bahan-bahan lain agak nya? Hmm.. 🤷🏻♀️ Dapur Yusfarisyia -
Kuih Kaswi Gula Merah Kuih Kaswi Gula Merah
Kebetulan hari ini ada customer tempah kuih kaswi, Sis lebihkan satu loyang untuk makan sendiri. Suami Sis memang hantu kaswi. Aniza Bt Abu Bakar -
Kuih Kasui Sukatan Cawan Kuih Kasui Sukatan Cawan
Lama sungguh tak buat kuih ni. Asyik beli je. Cooksnap resepi Nor alfatihah. Lagi pun guna sukatan cawan sesuai benar dengan tema minggu ini. Kuih sukatan cawan. Akak guna cawan matrik.Jom @Mrs_Watermelon85 kita buat kasui untuk minum petang. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen