Cucur udang

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Hidangan yang sesuai mun mbak pake minum kopi petang-petang. Sekian.
#goldenapron2020

Cucur udang

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Hidangan yang sesuai mun mbak pake minum kopi petang-petang. Sekian.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-30 minit
2-3 orang
  1. 1biji telur
  2. 3 cawantepung gandum
  3. 2 batangdaun sup
  4. Sedikitikan bilis
  5. Sedikitudang
  6. sedikitserbuk kunyit
  7. sedikitgaram
  8. air
  9. secubit serbuk penaik
  10. minyak masak

Cara Memasak

20-30 minit
  1. 1

    Penyediaan : Cucikan udang. Hiriskan daun sup halus-halus.

  2. 2

    Pecahkan telur dan masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Kacaukan sehingga menjadi adunan yang sesuai. Tambah air jika terlalu kering dan tambah tepung gandum jika terlalu cair.

  3. 3

    Masukkan hirisan daun sup, ikan bilis dan serbuk kunyit. Tambahkan garam secukupnya dan rasakan dulu adunan, pastikan sedap.

  4. 4

    Panaskan minyak masak dan celupkan senduk sup besi dalam minyak panas seketika. Keluarkan senduk sup, dan masukkan adunan tepung dengan sudu ke dalam senduk dan letakkan udang. Celupkan ke dalam minyak panas. Selepas seketika, cucur boleh diasingkan dengan pisau dari senduk dengan mengikis tepinya.

  5. 5

    Goreng sehingga warna kekuningan dan ulang proses untuk mengoreng yang lain. Siap dihidang dan enak dimakan bersama sos cili.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Komen (2)

Rynie76
Rynie76 @Rynie76
maukk..marek kmk pun bercari udang tp smua balik batu x timbol 😆😂

Resipi Sepertinya