Cucur bilis

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Sarapan pagi atau minum petang dengan cucur ikan bilis memang sedap. Berebut-rebut kalau makan beramai2.Resepi ini resepi yang ummi selalu repeat buat sebab anak suka makan. WAJIB COOKSNAP tau resepi sedap ni dari @gula_apong .Tq akk resepinya 🥰

Cucur bilis

Sarapan pagi atau minum petang dengan cucur ikan bilis memang sedap. Berebut-rebut kalau makan beramai2.Resepi ini resepi yang ummi selalu repeat buat sebab anak suka makan. WAJIB COOKSNAP tau resepi sedap ni dari @gula_apong .Tq akk resepinya 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 1/2 cawanTepung gandum
  2. 3 cawanair panas
  3. 2 genggamikan bilis-cuci dan tumbuk kasar
  4. 1 ikatdaun kucai-hiris halus
  5. 1 labubawang besar-cuncang halus
  6. 2 bijicili besar merah-cincang halus
  7. 1/2 bijilobak merah-diparut
  8. 2 pokokdaun sup-hiris halus
  9. 1 kiubpati ikan bilis
  10. 1/2 sudu tehserbuk kunyit
  11. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Semua bahan sayur dihiris halus.Bilis ditumbuk atau dikisar jangan terlalu halus.

  2. 2

    Sediakan Tepung gandum yang sudah diayak.Campurkan semua bahan sayur dan ikan bilis.masukkan perasa dan serbuk kunyit.Gaul sekata.

  3. 3

    Tuangkan air panas sedikit demi sedikit dan adun menjadi adunan yang lembut.

  4. 4

    Panaskan minyak.
    Basahkan tangan, jemput sedikit adunan dan goreng dalam minyak panas.

  5. 5

    Ummi selalu pusarkan sudip atas cucur semasa menggoreng,ini membantu untuk menjadikan cucur membulat cantik.

  6. 6

    Dahpun siap!!👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sedap nya 😋 cantik bolat2 jer cucur bilis tu. Tksh @airtangan_ummirizqi 🥰

Resipi Sepertinya