Chapssaltteok (Korean Sytle Mochi)

#viralkoreanfood #goldenapron2020 Chapssaltteok atau korean style mochi/sweet rice cake merupakan kuih tradisi orang korea yg di buat drp tepung beras pulut. Rasanya yg kenyal2 & intinya yg manis. Biasanya inti yg di gunakan adalah kacang merah, kacang hijau, coklat @ aiskrim. Kalau di tempat kita Malaysia, rasa & rupanya seakan sama spt tepung gomak, cuma kuih mochi di salut dgn tepung jagung. Sebenarnya dah lama saya ingin mencuba resepi kuih mochi @ chapssaltteok ini..kebetulan Supermin Cookpad berikan bonus cabaran bertemakan makanan korea..bahan2 pun dah ada..jadi saya terus buatnya tengah hari tadi. Intinya saya guna peanut butter. Satu adunan ni saya dapat 10 ketul mochi. Memang sedap..anak2 pun suka makan 😍😍
Chapssaltteok (Korean Sytle Mochi)
#viralkoreanfood #goldenapron2020 Chapssaltteok atau korean style mochi/sweet rice cake merupakan kuih tradisi orang korea yg di buat drp tepung beras pulut. Rasanya yg kenyal2 & intinya yg manis. Biasanya inti yg di gunakan adalah kacang merah, kacang hijau, coklat @ aiskrim. Kalau di tempat kita Malaysia, rasa & rupanya seakan sama spt tepung gomak, cuma kuih mochi di salut dgn tepung jagung. Sebenarnya dah lama saya ingin mencuba resepi kuih mochi @ chapssaltteok ini..kebetulan Supermin Cookpad berikan bonus cabaran bertemakan makanan korea..bahan2 pun dah ada..jadi saya terus buatnya tengah hari tadi. Intinya saya guna peanut butter. Satu adunan ni saya dapat 10 ketul mochi. Memang sedap..anak2 pun suka makan 😍😍
Cara Memasak
- 1
Satukan tepung pulut, gula & garam. Tuang air & titiskan pewarna. Kacau rata. Kukus selama 15 minit. Keluarkan, kacau sekejap. Kukus semula 5-10 minit lagi hingga masak. Ia akan menjadi liat. Kacau2 hingga agak suam
- 2
Tabur tepung jagung di atas papan pencanai. Letak adunan pulut tadi & tabur dengan tepung jagung lagi di atasnya supaya bila di pegang ia tidak melekat di tangan. Bentukkan memanjang & potong kpd 10 bahagian. Ambil seketul doh, leperkan & letak 1/2 sudu teh peanut butter. Tutup kemas & bulatkan. Boleh juga di canai agak nipis & tekan dgn acuan bulat
- 3
Letak di dlm paper cup. Sedia di hidangkan
Resipi Sepertinya
-
Som Som & Sagu Tembikai Som Som & Sagu Tembikai
#goldenapronPencuci mulut yg sgt sedap di makan sejuk2 di hari panas. Teksturnya yg lembut & lemak drp som som..tekstur kenyal drp sagu..dicampur pula dgn kemanisan drp air gula melaka..memang sedap & di sukai ramai Nor Al Fatihah -
Buah Berendam Buah Berendam
#goldenapronPencuci mulut ini asalnya badak berendam tapi saya buat versi buah. Memang memerlukan kerajinan, kesabaran, kreativiti & ketelitian utk membentuk buah2 ini..saya tidak menggunakan sebarang acuan utk membentuk buah2 tersebut. Hanya memerlukan kreativiti & imagine utk membuatnya. Rasa manis drp inti kelapa, kenyal2 drp doh buah & lemak drp kuah, memang sedap di makan sejuk2 Nor Al Fatihah -
Kuih Toncang Kuih Toncang
#resipi3bahanKuih ini di panggil kuih toncang kerana ia di bentukkan seperti toncang. Ia di perbuat drp tepung pulut, telur & gula sahaja. Begitu mudah & cepat di sediakan..sedap di makan ketika panas2 ketika minum petang..ianya lembut, liat2 & sedikit rangup.. Nor Al Fatihah -
Roti Tembikai Roti Tembikai
#GGB_CookpadBila Cookpad bagi contest resepi yang menggunakan breadmaker, risau juga sebab saya tiada breadmaker.. Saya pilih utk buat roti kerana tepung roti saya dah nak expired 2 hari lagi.. Sebenarnya saya dah lama teringin buat roti bentuk tembikai ni yg menjadi corak kegemaran saya..hari ni baru menjadi..saya guna stand mixer saja..alhamdulillah rotinya lembut juga tapi tak la selembut yg orang jual kat kedai tu kan 😆 boleh la buat makan utk keluarga sendiri.. Jika ada breadmaker, ia memudahkan & mencepatkan lagi kerja kita.. Roti ini rasa just nice je..manis tu pula daripada coklat chips sebagai biji tembikai..anak2 saya teruja melihat kejadiannya 😍 Nor Al Fatihah -
Apam Susu Vantage Apam Susu Vantage
#susumanis #goldenapron2020 Sebaik saja admin Cookpad berikan bonus susu manis, saya terus ke dapur petang tadi..teruja nak buat sebab ia bahan yg senang & sentiasa ada stok di rumah. Kuih yg pertama yg terlintas di fikiran saya ialah apam susu. Jika time malas nak buat kuih/kek yg rumit2, apam susu inilah yg menjadi pilihan saya sebab ia senang & cepat di buat, bahan2 pun mudah di dapati. Sudah bermacam2 bentuk saya buat seperti belang2, buah tembikai, corak anyaman tikar, bunga dan lain2 lagi. Kali ni saya buat dlm acuan cupcake & di hiasi dgn corak bunga. Teksturnya lembut & gebu..ianya menjadi minum petang saya sekeluarga hari ni..anak2 ckp lembut je.. Nor Al Fatihah -
Kuah Kacang & Sayur Lodeh Kuah Kacang & Sayur Lodeh
#unique2u Kuah kacang merupakan antara menu raya wajib saya & keluarga..sebenarnya resepi kuah kacang ni diajar oleh suami saya mengikut resepi emaknya..menu sampingan yg wajib ada bersama kuah kacang ni ialah sayur lodeh..saya belajar dengan mak mentua saya..Memandangkan suami saya dah terbiasa makan begini, jadi saya ikut & teruskan buatnya menjadi tradisi saya sekeluarga pula..mengikut resepi mak mentua saya yg di ajarkan kpd suami saya, lada kering di sangai & di blend kering begitu saja..biasanya saya sangai saja kacang tanah & buang kulitnya..tapi kali ni saya ingin cuba tidak buang kulit sebab saya dengar org cakap kuah kacang lebih sedap kalau tak di buang kulitnya..ternyata mmg lebih sedap..warna kuah pun menjadi lebih terang & merah..suka buat kuah kacang pekat2 👍👍 Nor Al Fatihah -
Onde-Onde/Buah Melaka Onde-Onde/Buah Melaka
#goldenapron#saturesepisatupohonBulan puasa wajib buat onde2 @ buah melaka.. Teringat dulu masa kecik2 selalu tolong mak gentel onde2 ni.. Rasenye yg lembut, inti yg manis drp gula melaka & di salut pula dgn kelapa parut.. Kalau org kelantan panggil Kekoh Caa sebab bila kekoh (makan) pastu caaa (terpancut) air gulanya dlm mulut😆 Ramai yg bertanya macam mana nissan/gula melaka boleh cair sebab selalu beli & buat gula masih berketul.Senang je..saya cincang halus nissan/gula melaka tu..baru die cepat cair..pastu rebus lama sikit walaupun dah timbul di permukaan.. Nor Al Fatihah -
Apam Beras Eno Apam Beras Eno
#goldenapron2020 #week23Resepi apam eno ini adalah perkongsian drp mak mentua saya..saya belajar & tengok sendiri mak mentua saya buat drp mula2 buat sampai la siap..dia juga beri tips mudah utk ingat resepi ni, iaitu dgn nisbah 1:2:3 (1=1 cwn gula, 2=2 cwn air, 3=3 cwn tepung beras) sudah banyak kali saya buatnya sendiri..kali ni saya buat lagi sebab kebetulan ada nasi lebih/left over dlm satu cawan..kelapa muda pun ada lagi pemberian mak mentua saya jgk..alhamdulillah apam ini sentiasa mekar/merekah dengan jayanya..saya selalu buat kelainan warna coraknya supaya ia lebih menarik & cantik lagi..Apam ini tidak terlalu manis & di makan bersama kelapa parut muda. Ianya sgt lembut & gebu. Sesuai utk makan sarapan pagi.. Nor Al Fatihah -
Telaga Emas Telaga Emas
#goldenapronKuih Telaga Emas. Kulitnya yg kenyal & intinya yg lembut..sedap di makan sejuk2 Nor Al Fatihah -
Talam Ubi Kayu Talam Ubi Kayu
Talam ubi kayu merupakan kuih tradional bagi org terengganu & sebelah pantai timur spt kelantan. Ia juga dikenali sebagai 'boko' iaitu talam @ loyang yg digunakan utk memasak kuih itu. Kalau di tempat luar, ia lebih dikenali sebagai talam ubi kayu. Cuma tekstur talam lebih firm/teguh & boleh dipotong, boko pula lebih lembik berbanding talam & di makan menggunakan sudu. Ubi dah hampir 2 minggu saya beli, akhirnya terbuat juga talam ubi kayu ni setelah sekian lama x buat. Saya kongsi kuih ini bersama jiran2..alhamdulillah jiran2 puji sedap sgt..gembira sgt rasa..😍😍 Nor Al Fatihah -
Kalakatar (Bingka Kelapa Muda) Kalakatar (Bingka Kelapa Muda)
#kalakatar#goldenapron2020Kalakatar @ bingka kelapa muda..kuih tradisi orang banjar..first time dengar namanya pun dah kelakar 😆 Bila admin Cookpad beri contest bonus kalakatar, saya terus google cari resepinya..kalakatar yg bermaksud "kala" (ketika) & "katar" (panas) Ia sedap di makan panas2, di bakar menggunakan sabut kelapa & di dlm oven..ia menggunakan air & isi kelapa muda..kebetulan kelapa muda ada lagi sebiji yg mak mentua saya beri tempoh hari..jadi saya buatnya petang semalam..saya buat setengah adunan saja memandangkan air kelapa muda cukup-cukup 3 cawan saja.. Pertama kali rasa..eh2 sedap laa..lebih2 lagi bila tergigit ketulan kelapa tu..suami cakap pun sedap 😍 Nor Al Fatihah -
Churros Churros
Churros merupakan snack iaitu pastry yg di goreng yg berasal drp Sepanyol. Boleh katakan stp hujung minggu saya menyediakan churros ini yg menjadi kegemaran anak2 saya. Selalunya saya suka buat mcm2 bentuk utk menarik lagi selera anak2 utk makan spt bentuk bulat, hati, huruf2 & nombor..Bertambah seronok bila tgk mereka berebut makan 😆 di celup dgn sos coklat yg di buat sendiri..memang sedap di makan ketika panas2..ia rangup di luar & lembut di bahagian dalam.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)