Onde-Onde/Buah Melaka

#goldenapron
#saturesepisatupohon
Bulan puasa wajib buat onde2 @ buah melaka.. Teringat dulu masa kecik2 selalu tolong mak gentel onde2 ni.. Rasenye yg lembut, inti yg manis drp gula melaka & di salut pula dgn kelapa parut.. Kalau org kelantan panggil Kekoh Caa sebab bila kekoh (makan) pastu caaa (terpancut) air gulanya dlm mulut😆 Ramai yg bertanya macam mana nissan/gula melaka boleh cair sebab selalu beli & buat gula masih berketul.
Senang je..saya cincang halus nissan/gula melaka tu..baru die cepat cair..pastu rebus lama sikit walaupun dah timbul di permukaan..
Onde-Onde/Buah Melaka
#goldenapron
#saturesepisatupohon
Bulan puasa wajib buat onde2 @ buah melaka.. Teringat dulu masa kecik2 selalu tolong mak gentel onde2 ni.. Rasenye yg lembut, inti yg manis drp gula melaka & di salut pula dgn kelapa parut.. Kalau org kelantan panggil Kekoh Caa sebab bila kekoh (makan) pastu caaa (terpancut) air gulanya dlm mulut😆 Ramai yg bertanya macam mana nissan/gula melaka boleh cair sebab selalu beli & buat gula masih berketul.
Senang je..saya cincang halus nissan/gula melaka tu..baru die cepat cair..pastu rebus lama sikit walaupun dah timbul di permukaan..
Cara Memasak
- 1
Satukan tepung pulut, tepung beras & garam. Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg agak lembut.
- 2
Ambil sedikit doh, leperkan & letak gula melaka. Tutup & gentel bulat. Buat sampai habis adunan
- 3
Rebus di dlm air mendidih. Bila sudah timbul, angkat & toskan
- 4
Gaul dgn kelapa parut.
- 5
Sedia di hidang
Resipi Sepertinya
-
Som Som & Sagu Tembikai Som Som & Sagu Tembikai
#goldenapronPencuci mulut yg sgt sedap di makan sejuk2 di hari panas. Teksturnya yg lembut & lemak drp som som..tekstur kenyal drp sagu..dicampur pula dgn kemanisan drp air gula melaka..memang sedap & di sukai ramai Nor Al Fatihah -
Kuih Bom Bijan Kuih Bom Bijan
#bazaarramadan #minggu1 Kuih bom bijan ini lembut di dalam & rangup di luar. Ramai yg bertanya kpd saya bagaimana untuk mengelakkan kuih bom drp meletup ketika di goreng. Tipsnya adalah merehatkannya di dlm peti ais semalaman. Goreng dgn api sederhana & jangan goreng terlalu lama. Selain inti kelapa, saya juga suka buat inti kacang hijau. Sedap di makan panas2 utk sarapan mahupun minum petang Nor Al Fatihah -
Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis
#goldenapronRoti jala pandan yg lembut & dicicah dgn sos yg pekat & lemak manis..inspirasi daripada mak mentua saya...sungguh sedap di nikmati Nor Al Fatihah -
Buah Berendam Buah Berendam
#goldenapronPencuci mulut ini asalnya badak berendam tapi saya buat versi buah. Memang memerlukan kerajinan, kesabaran, kreativiti & ketelitian utk membentuk buah2 ini..saya tidak menggunakan sebarang acuan utk membentuk buah2 tersebut. Hanya memerlukan kreativiti & imagine utk membuatnya. Rasa manis drp inti kelapa, kenyal2 drp doh buah & lemak drp kuah, memang sedap di makan sejuk2 Nor Al Fatihah -
Kek Marble Pandan Kek Marble Pandan
#kekmarble #goldenapron2020 Bila admin beritahu tentang bonus kek marble..terus gembira sebab kebetulan hari last bonus pd hari lahir saya hari ni..jadi saya buat kek marble pandan ni yg menjadi kegemaran saya..ianya sgt sedap, lembut & wangi.. Nor Al Fatihah -
Serimuka Pandan Serimuka Pandan
#goldenapron2020 #week13 Semalam suami tiba2 cakap teringin nak makan kuih serimuka pandan. Maklum la dia tak berapa sihat baru baik demam..jadi macam2 la yg nak di makannya..Jadi saya ke kedai cari bahan2 & buat petang tadi..first time try ni..resepi olahan saya sendiri..lembut, moist & gedik2 goyang gitu..saya lebih suka lapisan hijau tu lebih tebal drp lapisan pulut & suka yg jenis goyang2..lembut je bila makan.. Alhamdulillah suami & anak2 puji sedap..saya kongsikan juga kpd jiran2 saya sebagai minum petang.. Nor Al Fatihah -
Puding Lumut Pandan Puding Lumut Pandan
Cuaca panas2 ni memang sesuai sgt lah makan penyejuk tekak ni..dah lama tak buat..ada jgk org panggil puding pandan, tapi saya lebih suka panggil puding lumut sebab lapisan atasnya seakan lumut sesuai dgn namanya..Dulu masa anak2 dara masih kecil, diorang selalu makan lapisan bawah saja, lapisan atas tak makan 😅 padahal lapisan santan tu lah yg sedap..berlemak..tapi sekarang dah besar semua barulah reti makan dua2 lapisan tu..suami pun puji sedap, tak manis sgt..cukup2 rasa je.. Nor Al Fatihah -
Pumpkin Bua Loy Pumpkin Bua Loy
Bua Loy bermaksud teratai yg terapung iaitu pencuci mulut yg berasal drp Thailand. Ia dibuat drp tepung pulut, kemudian di gentel bulat kemudian direbus & di campurkan ke dlm santan. Bila di masak ia terapung di permukaan..jadi sebab itulah ia nya di panggil teratai terapung. Saya pelbagaikan bentuknya menjadi buah labu. Utk menambahkan rasa, saya menambah puri labu ke dlm campuran tepung pulut & utk sesuaikan dgn namanya..jadilah namanya Pumpkin Bua Loy. Sewaktu saya share dlm group masakan 2 tahun lepas, ia terus menjadi viral & telah ramai yg mencubanya..walaupun agak mengambil masa utk membentuk semua labu2 ini, saya rasa puas hati setelah tengok hasilnya. Ia sedap di makan sejuk2 Nor Al Fatihah -
Buah Melaka/Onde-onde Buah Melaka/Onde-onde
Buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan.Kuih ini dipanggil sebagai buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti boleh tertelan air liur tau. Dengan tekstur kuihnya yang kenyal sedikit, digabungkan dengan rasa lemak kelapa parut yang bersalut dan ditambah pula dengan gula melaka yang cair apabila dikunyah.#merdeka2020#goldenapron2020 Nora Hj Talib -
Badak Berendam Badak Berendam
#bazaarramadan #week3 #goldenapron2020 #week2 Badak berendam di antara pencuci mulut yg di jual di bazaar ramadan, tapi ia tidak selalunya ada di sesetengah tempat. Saya buatnya sendiri sebab berbaloi dpt banyak & dapat kongsikan bersama dgn jiran2 utk berbuka puasa. Namanya badak berendam agak unik & lucu, mungkin ia diberi nama sebegitu disebabkan rupanya yg kelihatan seperti badak (bebola) yg sedang berendam di dlm lumpur (dadih santan) 😄 rasanya yg lemak manis..sedap di makan sejuk2. Anak2 pun suka makan.. Nor Al Fatihah -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
Setiap kali buat kuih ketayap ni teringat saya satu cerita 5 tahun lepas..masa tu saya ingin belinya di satu gerai. Saya cakap kat makcik tu nak kuih gulung..terus terkejut dia..dia tanya balik kuih apa? 😅 saya pun terus cakap kuih ketayap..saya cakap la kat makcik tu kalau sebelah Terengganu orang panggil kuih ketayap tu kuih gulung..oo makcik tu cakap sambil tersengih 😆 saya orang Terengganu, memang lebih suka panggil kuih gulung sebab kuihnya kan di gulung..Lain tempat lain namanya tapi tetap kuih yg sama..ade jgk yg panggil kuih dadar..yg penting ia sedap. Saya suka & puas hati sgt kalau buat kuih ketayap, kulitnya jadi elok berlubang macam ni..itu bermakna kuih ketayap yg jadi dgn elok..sedap & lembut je..selain di gulung, saya juga pernah buat kuih ketayap bentuk bunga ros & buat pelbagai corak pd kulitnya menjadikan ia lebih menarik & berselera nak makan..tapi anak bongsu saya, setiap kali makan kuih ketayap ni mesti makan kulitnya saja, inti letak tepi pinggan 😅 ma nya jgk yg tolong habiskan 😆 Nor Al Fatihah -
Onde-onde / Buah Melaka Onde-onde / Buah Melaka
Buat kuih ni mengingatkan saya pada arwah Tok Sao'dah / Tok Dah. Kalau kami datang rumah Tok, mesti buat macam-macam, kek marble, karipap, pizza, roti canai.Onde-onde ni adalah antara kenangan dengan Tok dan Mak. Cuma pakai daun pandan je, tak pakai pewarna macam orang sekarang. Bulan-bulan puasa ni, memang suka buat kuih tradisional, dan anak-anak memang suka makan onde-onde.Tepung pulut (1 point)Kelapa parut (1 point)Daun pandanGula melaka2 pointsTribute untuk Tok, Sa'odah binti Suleiman7 Oktober 1927 - 11 November 2023Mak, Azizah binti Abdullah23 April 1957 - 23 Januari 2024#GlobalApron2024 #Challenge4 #moreh Nihadriz Niha
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)