Talam Ubi Kayu

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Talam ubi kayu merupakan kuih tradional bagi org terengganu & sebelah pantai timur spt kelantan. Ia juga dikenali sebagai 'boko' iaitu talam @ loyang yg digunakan utk memasak kuih itu. Kalau di tempat luar, ia lebih dikenali sebagai talam ubi kayu. Cuma tekstur talam lebih firm/teguh & boleh dipotong, boko pula lebih lembik berbanding talam & di makan menggunakan sudu. Ubi dah hampir 2 minggu saya beli, akhirnya terbuat juga talam ubi kayu ni setelah sekian lama x buat. Saya kongsi kuih ini bersama jiran2..alhamdulillah jiran2 puji sedap sgt..gembira sgt rasa..😍😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. (Bahan2 Lapisan Bawah)
  2. ❤ 2 cawan ubi kayu yg telah di blend & ditapiskan airnya
  3. (sukatan ini termasuk pati ubi yg termendap dibwh air tapisan)
  4. ❤ 1 cawan santan pekat
  5. ❤ 1 cawan air
  6. ❤ 1 cawan gula melaka
  7. ❤ 1/2 cawan gula pasir
  8. ❤ 2 helai daun pandan-disimpul
  9. Bahan2 Lapisan Atas
  10. ❤ 2 cawan santan pekat
  11. ❤ 1 cawan air
  12. ❤ 1/2 cawan tepung beras
  13. ❤ 1 sudu teh garam halus

Cara Memasak

  1. 1

    (Lapisan Bawah) Potong ubi kayu kecil2 & blend hingga halus. Tapiskan airnya & tekan dgn senduk supaya ubi kering drp air. Boleh juga di perah dgn menggunakan kain. Biarkan seketika dlm 15 minit supaya pati terbentuk di bawah air tapisan tadi

  2. 2

    Setelah 15 minit, buang air tapisan & ambil pati ubi. Campur ke dlm ubi yg di blend tadi. Kacau sebati

  3. 3

    Masak santan bersama air, gula melaka, gula pasir & daun pandan hingga gula larut. Tapiskan & tuang ke dlm ubi. Kacau rata.

  4. 4

    Alas loyang 10 x 10 dgn plastik wrap. Tuang adunan & kukus selama 30 minit. Buka penutup pengukus setiap 10 minit utk buang air pd penutup pengukus supaya air tidak menitik di atas kuih. Boleh juga balut penutup dgn kain

  5. 5

    (Lapisan Atas) Satukan semua bahan2 di dlm kuali. Kacau di atas api kecil hingga keluar wap sahaja, jangan sampai mendidih

  6. 6

    Setelah lapisan bawah masak, tuang adunan lapisan atas perlahan2. Kukus semula 30 minit.

  7. 7

    Sejukkan di dlm peti ais dulu baru di potong. Sedap di makan sejuk2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya