Cara Memasak
- 1
Labu dikupas, dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa masing-masing. kemudian direndam air kapur seketika.masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu diatasnya.
- 2
Taburkan gula mengikut citarasa masing-masing.Kalau labu banyak lapis tabur gula setiap lapis.
- 3
Jerang atas dapur dengan api yang perlahan.Labu akan mengeluarkan air. Bila labu dan empuk dan nampak berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan,. Selamat mencuba 😘
Resipi Sepertinya
-
Labu Sira Labu Sira
#tribute2minshaPerkongsian kali ini adalah resepi dessert manis, semanis senyuman si adik manis ini. 😘😁Labu antara manisan sedap di buat begini, lebih-lebih lagi jika dijadikan hidangan sampingan waktu berbuka puasa. Ianya boleh jugak ditukar kepada keledek atau ubi kayu.Ikut kepada selera dan kehendak masing-masing ye👌Untuk perkongsian ini, saya memilih labu.Terasa pulih keletihan setelah seharian menahan dahaga bila disajikan dengan manisan sebegini.Marilah, boleh cuba membuatnya.Ianya mudah sahaja. Murni's LittleKitchenz -
Labu Sira kelantan Labu Sira kelantan
Sira labu dihidang sebagai pemanis mulut dalam hidangan kenduri di Kelantan. Selain labu juga dipelbagaikan dengan keledek. Cukup menyelerakan apa lagi bersama gulai kawah dan acar timun serta sambal belacan.Berbuka ala kelantan Ani Delighted -
Sira Labu Semanis Awk Sira Labu Semanis Awk
#goldenapron harini kami sekeluarga berpuasasunat 9 Muharram, jadi plan lah nak buat sira labu sebagai manisan berbuka puasa nti kn. So saya dan emak pergi la cari labu. Alhamdulillah dpt labu fresh n besar plak tu. Nak masak lebih lebih lah boleh kasi jiran sebelah skit. hehe rose hassan -
🌰Sira Labu 🌰Sira Labu
#cooksnapSelalu sira ni tempat kenduri khawin orang buat untuk dessert...Sedappp...bau dia dan rasa😋🥰sengaja tak nak buang biji dia & dalam dia tu manis2 jer..#goldenapron2020cooksnap akak @nuharahmat mamy_kitchen89 -
Sira Labu Kuning Sira Labu Kuning
#globalapron2024#challenge32#PumpkinpartyAlhamdulillah ,Ini adalah resepiku *KE 1000* dalam Cookpad. Banyak kebaikan yang ku perolehi dengan adanya cookpad. Tidak perlu lagi menyediakan buku masakan. Mencari- cari fail masakan. Semuanya di hujung jari. Buka App Cookpad saja. Senangkan.Ku abadikan resepi ibu mertua ku, masih segar dalam ingatan, step by step beliau mengajarku . Istemewanya, sira labu kuning merupakan menu wajib bagi keluarga kami bila ada kenduri, di hidang bersama nasi dan lauk pauk yang lain , juga boleh dihidang sebagai pencuci mulut . Gabungan 2 bahan utama sahaja, labu kuning dan manisan@ gula.Alfatihah untuk ibu mertuaku Hjh Siti EsahMagic pantryLabu kuningGula perang Ani Delighted -
Sira Labu Sira Labu
Resepi kedua untuk cabaran "Masak Apa Warna Oren?".Menggunakan Labu kuning,Sira Labu ini biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis kenduri kahwin di negeri Kelantan.Walaupun dipanggil Labu Kuning warnanya lebih kepada warna Jingga @ oren.K.ha lebih suka makan Labu Sira yang disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.Rasanya lebih sedap dan isinya lebih kental. ha.lim39 -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
#cookpadworlddessert Sira Ubi Kayu sejenis pemanis mulut yang sinonim dengan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.Gandingannya dengan gula melaka dan aroma daun pandan menghasilkan aroma yang cukup sempurna.Resipi ringkas dan cukup mudah. Mamamikael Oven -
Labu & Keledek Sira Labu & Keledek Sira
💐545💐Masak makanan kampung ajer...sebab Maa & Abah ada kat rumah nii Maa dah 2bulan duk sini,Abah sebulan duk sini...jadi mamy masak makanan tak obersea sangat laaa😂😂😂bz yak amat plak tuu...si kecik dah nak merangkaknak dokong adehh...kan dia orang tak makan...nanya..tapi mamy cuba selit jugak laananti si bujang dgn si kakak tolong makan untuk mamy😆 aci laa kan.. mamy_kitchen89 -
Sira Labu Orang Kawen Sira Labu Orang Kawen
#bazaarramadan #week5 #goldenapron2020 #week4 Ni kisah suami yang wajib mesti ada pemanis mulut atas meja nak2 lagi sekarang bulan puasa kan. Lagi la dia punye mengidam tu lain macam. Kali ni dia mntak kakak buatkan dia sira labu kegemaran dia. Ok dah banyak kali buat sira labu tapi fail but not this time. Kakak xpernah putus asa untuk cuba sehingga kakak jumpa rentak si labu ni. Nahh! Puas hati sungguh tengok encik suami makan sira labu ni oii. Dari iftar dh makan sira labu. Masa sahur pun makan lg sira labu ni adoii tahap suka dia tu lain macam sungguh. U all pun bolehla cuba buat ye. Lupa nk cerita kita org kawen. Sira labu ni kalau kat kelantan hanya dpt jumpa and makan kt tempat kenduri kawin je. Lain2 susah sangat nak jumpa. Kalau g kenduri kawin kalau dpt makan ni fuuhhh nikmat tu x terkata la jawab dia. Nuharahmat
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13248411
Komen