Saenggang Cha (Korean Ginger Tea)

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week14

Assalammualaikum..

Dah 2 hari saya kurang sihat, selsema dan batuk sebab kena hujan renyai-renyai masa pegi Giant 3 hari lepas.

Jadi saya cuba resepi Saenggang Cha atau teh halia versi Korea ni.
Bagus diminum ketika kita batuk dan selesema. Cepat je lega. Memang betul. Dah hilang batuknya pada hari kedua saya minum. Selsema je ada sikit lagi.

Orang korea minum ni dengan madu dan kacang pine. Tapi mana nak datang kacang pine nya, so saya minum dengan madu je.

Sekali minum, tak perlu banyak, cukup secawan cina yang comel tu je macam acuan kuih nona manis tu haa. Kalau tak ada, boleh guna cawan teh, minum suku sahaja dari cawan tu.

Elok minum macamtu je dengan madu, tapi saya tambahkan air panas sedikit masa nak minum, tak adalah rasa teh halia tu kuat sangat. Hehehe.

Minum 2 kali sehari pun dah cukup, minum banyak nanti panas pula dan asyik buang angin je nanti kalau angin banyak hehehe..

Kalau musim hujan, minum teh halia ni boleh panaskan badan disamping buang angin badan 😊.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
  1. 1inci halia dibuang kulit dan dihiris nipis
  2. 1 batangkulit kayu manis (saiz kecil)
  3. 2 cawanair
  4. 1-2 sudu tehmadu untuk diminum bersama

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Sediakan bahan tadi.

  2. 2

    Sediakan periuk dan masukkan halia dan kulit kayu manis.

  3. 3

    Rebus sehingga 30minit sehingga mendapat secawan air.

  4. 4

    Saenggang Cha ini sudah cukup masak apabila warnanya bertukar sedikit keperangan.

  5. 5

    Cara saya untuk meminumnya, tuangkan 3-4 sudu besar Saenggang Cha tadi ke dalam cawan teh (bukan mug ya), kemudian tambahkan air panas hingga suku cawan dan sesudu teh madu. Kacau dan minum ketika masih suam. Jika boleh minum tanpa tambahan air, hanya tambahkan sesudu teh madu, lagi elok untuk kelegaan batuk dan selesema dengan cepat.

  6. 6

    Baki Saenggang Cha ini boleh disimpan di dalam peti sejuk. Hanya panaskan ketika ingin meminumnya semula.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya