Ayam krup krap anak dara

Anis Liyana Nabihah Jamil
Anis Liyana Nabihah Jamil @cook_25359327

Teringinnnn nak makan ayam KFC tapi mahal. 😂 So kita guna resepi kwn sekolah nak goreng ayam krup krap yang sedap di tekak anak dara ni 😂🤪 🎉

Kongsi

Cara Memasak

1 Jam 30 minit
  1. 1

    Bismillah jangan lupa ye. Selepas basuh ayam, potong la ayam ikut suka nak kecik atau besar.

  2. 2

    Lepas tuu, keluar kan bedak bedak (tepung), garam, serbuk cili, kari, black pepper, dan lada sulah.

  3. 3

    Mix kan tepung tepung gandum, kalau takde tepung bestari, jangan la risau boleh gune tepung jagung, tapi tepung gandum kena ada tau tau. 😂 Kalau hat ni takde jangan pi letak bedak Johnson baby pula. Tiber 😂 🤪

  4. 4

    Mix kan sekali serbuk cili, garam secukup nya, serbuk cili, kari, garam etc. (Kat sini korang boleh letak perasa apa yang korang nak. Tak kisah. Kita kasi depa sehidup semati. Gitew 😍.

  5. 5

    Gaul selang seli dengan air sejuk tau. Air sejuk je. Bukan air room temperature ke air musta'mal ke air milo ke. Wajib air sejuk. Gaul sampai rasa 50/50 (tak likat / tak cair sangat) gitew. Lepas tu, masukkan lah ayam yang di potong tadi ke dalam bancuhan campuran sehidup semati tuuu 😂🤣🤪.

  6. 6

    Setelah itu, kita ambil besen ke, pinggan ke utk kita bedak kan ayam ayam tu.

  7. 7

    Okay nak buat bedak ni senang je. Mix kan tepung gandum + jagung. Tapi kalau dah ada, tepung bestari, guna yang tu aje pun dah cukup. (rujuk gambar, cara nak bedak kan ayam ayam tu)

  8. 8

    Ops! Jangan lupa panas kan minyak.🔥🔥🔥. Bila rasa minyak tu dah cukup panas nak di goreng, apa tunggu lagi, masukkan lah ayam yang dibedakkan tadiii 🤪 (rujuk gambar)

  9. 9

    Masa menggoreng ni, haa mcm biasa laaa bila dok menggoreng ni jangan la pi golek golek kan ayam tu, biar masak sebelah dulu, baru kalih. Satgi tak masak, naya pak karimmm. 😂 😱🤪

  10. 10

    Okay last, SELAMAT MENCUBAAAA. BYE! hahaha

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Anis Liyana Nabihah Jamil
pada

Komen (8)

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Nanti update sukatan..akak nak try resepi ni

Resipi Sepertinya