Sambal Tumis Udang Petai

Laili Adam
Laili Adam @lailiadam5626

Menu kegemaran saya dan suami.. Memang boleh bertambah nasi kalau dapat lauk ni.. Jom tengok resepi #goldenapron2020

Sambal Tumis Udang Petai

Menu kegemaran saya dan suami.. Memang boleh bertambah nasi kalau dapat lauk ni.. Jom tengok resepi #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
4 orang
  1. 10ekor udang size besar
  2. 2papan petai
  3. 1mangkuk kecil cili kisar
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 3biji bawang merah
  6. 1biji bawang besar
  7. 1 kepingasam keping
  8. Gula secukupnya
  9. Garam secukupnya
  10. Minyak secukupnya

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Cuci udang, kemudian potong petai dengan kulit sekali dan rebus seketika, cili di potong dan direbus kemudian kisar halus

  2. 2

    Gaul udang dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak

  3. 3

    Bawang putih dan bawang merah di tumbuk lumat kemudian panaskan minyak, tumis bawang hingga garing, selepas itu masukkan cili kisar dan asam keping.. Masak hingga pecah minyak dengan api kecil

  4. 4

    Bila dah pecah minyak masukkan garam dan sedikit gula, kemudian masukkan udang dan petai, gaul sebati

  5. 5

    Jika kuah agak pekat masukkan sedikit air.. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat.. Siapp....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Laili Adam
Laili Adam @lailiadam5626
pada

Komen

Resipi Sepertinya