🍌 MUFFIN PISANG AIRFRYER

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

Idea habiskan pishangggg selain buat coqkodoq, hepi meneraiiii 😉 #goldenapron2020 #muffinpisang #bananamuffins #airfried #airfryer

Kongsi

Ramuan

1 jam
8 muffins
  1. 3biji pisang berangan / 4 biji pisang emas masak ranum - dilecek
  2. 1 1/2cup (190g) tepung gandum serbaguna
  3. 1/2cup (50g) gula perang
  4. 5 tbsp (70 g)butter, dicairkan
  5. 1 tspbaking powder (BP)
  6. 1 tspbaking soda (BS)
  7. 1/4 tspgaram
  8. 1biji telur gred A/B
  9. 1/2 tspesen pisang / vanila
  10. 2/4cup chocolate chips / chocolate rice / coklat masak dicincang

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Bahan2 muffin pisang

  2. 2

    Satukan tepung, gula perang, BP, BS & garam didlm mangkuk pengadun

  3. 3

    Didlm mangkuk lain whisk sebati butter yg dicairkan, telur, pisang yg dilecek & esen pisang hingga elok sebati

  4. 4

    Masukkn adunan pisang kedlm adunan tepung dan kacau sekadar sebati sahaja dgn menggunakan spatula atau garfu. Jangan over mix nanti muffin menjadi keras. Akhir sekali masukkn chocolate chips/rice & adun sebati

  5. 5

    Masukkn adunan muffin kedlm paper cup sebanyak 3/4 penuh

  6. 6

    Panaskan AF pada suhu 160c selama 2,3 minit. Susun paper cup kedlm bakul AF dan AF selama 15-20min hingga muffin elok masak keperangan (atau ikut kesesuaian suhu AF memasing). Guna cake tester utk memastikan muffin elok masak didlmnya. Hepi baking😉

  7. 7

    Untuk pengguna oven, panaskan oven pada suhu 180c dan bakar muffin selama 20-25min atau hingga masak keperangan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (3)

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Hihihi nk cuba la nt. Lama x buat resepi pisang ni

Resipi Sepertinya