Apam Beras Eno

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#goldenapron2020 #week23
Resepi apam eno ini adalah perkongsian drp mak mentua saya..saya belajar & tengok sendiri mak mentua saya buat drp mula2 buat sampai la siap..dia juga beri tips mudah utk ingat resepi ni, iaitu dgn nisbah 1:2:3 (1=1 cwn gula, 2=2 cwn air, 3=3 cwn tepung beras) sudah banyak kali saya buatnya sendiri..kali ni saya buat lagi sebab kebetulan ada nasi lebih/left over dlm satu cawan..kelapa muda pun ada lagi pemberian mak mentua saya jgk..alhamdulillah apam ini sentiasa mekar/merekah dengan jayanya..saya selalu buat kelainan warna coraknya supaya ia lebih menarik & cantik lagi..Apam ini tidak terlalu manis & di makan bersama kelapa parut muda. Ianya sgt lembut & gebu. Sesuai utk makan sarapan pagi..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. Tapai Nasi
  2. ❤ 1 cawan nasi sejuk
  3. ❤ 1/4 bahagian ragi
  4. (potong ragi 4 bahagian sama rata & ambil satu je drp nya)
  5. Bahan2 Apam
  6. ❤ 1 cawan gula
  7. ❤ 2 cawan air
  8. ❤ 3 cawan tepung beras cap bunga teratai
  9. ❤ 1 paket eno biru (regular)
  10. pewarna hijau
  11. Bahan Sampingan
  12. ❤ 1 biji kelapa parut muda saiz sedang
  13. ❤ 3 sudu besar gula
  14. ❤ 1 sudu teh garam halus

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Tabur ragi ke atas nasi menggunakan penapis. Kacau rata. Tuang ke dlm tupperware/bekas bertutup. Perap selama 24 jam pada suhu bilik

  2. 2

    Blend tapai nasi, tepung beras, gula & air hingga halus. Tuang ke dlm bekas bertutup. Perap lagi semalaman pada suhu bilik

  3. 3
  4. 4

    Bila nak kukus baru campur dgn eno. Kacau sebati. Asingkan dlm satu cawan adunan & campur dgn pewarna hijau

  5. 5

    Panaskan pengukus terlebih dahulu bersama dgn acuan apam hingga betul2 mendidih. Acuan tak perlu sapu dgn minyak. Tuang adunan putih hingga 3/4 penuh acuan. Kemudian titik2kan adunan hijau di atasnya.

  6. 6

    Kukus dgn api paling besar selama 10 minit hingga apam merekah/mekar

  7. 7

    Sejukkan apam. Cungkil sedikit tepi acuan supaya mudah utk keluarkan apom. Utk kelapa, campur gula & sedikit garam halus. Kacau rata. Boleh di adjust rasanya ikut selera

  8. 8

    Siap di hidangkan bersama kelapa parut. Tengok tu..kembang mekar dgn jayanya kan 😍😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (23)

Ainmarina707383
Ainmarina707383 @cook_112359430
Nk peram tu kena peram luar peti sejuk ke dan hari kedua pun sama ke
(diedit)

Resipi Sepertinya