Cookie Crunchy Cream Puff (Choux Au Craquelin) AKR

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad ***INI RESIPI CONTOH DARI ADMIN COOKPAD*****
Dah lama MinSha simpan niat nak buat resipi ni. Tapi Choux Pastry, donut & roti takmo geng dengan MinSha dari dulu lagi! Mesti fail! 😅
.
Jadi bayangkan betapa gembiranya MinSha bila berjaya buat! Terbaik sangat resipi AKR! Senang rupanya! Sedap pulak tu! MinSha siap makan kosong takde inti sebab dak kenit Qysha pi rembat semua. Patut la senyap je dia dari tadi! 😅
.
Jom bake Cookpadians! 🥚🧈🧁🍮🍰
#goldenapron2020

Cookie Crunchy Cream Puff (Choux Au Craquelin) AKR

#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad ***INI RESIPI CONTOH DARI ADMIN COOKPAD*****
Dah lama MinSha simpan niat nak buat resipi ni. Tapi Choux Pastry, donut & roti takmo geng dengan MinSha dari dulu lagi! Mesti fail! 😅
.
Jadi bayangkan betapa gembiranya MinSha bila berjaya buat! Terbaik sangat resipi AKR! Senang rupanya! Sedap pulak tu! MinSha siap makan kosong takde inti sebab dak kenit Qysha pi rembat semua. Patut la senyap je dia dari tadi! 😅
.
Jom bake Cookpadians! 🥚🧈🧁🍮🍰
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 30min
16 Mini Puffs
  1. Pastry Cream INSTANT
  2. 50 gCreamyco Instant Custard Powder
  3. 250 mlWhipping Cream / Milk / Air
  4. Craquelin (Cookie Crunchy Crust)
  5. 30 gSalted Butter
  6. 25 gCaster Sugar
  7. 30 gTepung Gandum Serbaguna
  8. Choux Pastry (Puffs)
  9. 25 gSalted Butter
  10. 65 mlAir
  11. 35 gTepung Gandum Serbaguna
  12. 1Telur
  13. Pastry Cream AKR
  14. 1Kuning Telur
  15. 30 gGula Pasir
  16. 13 gTepung Jagung
  17. 120 mlSusu Full Cream Milk
  18. 1/2sdt Vanilla Essence
  19. 90 gWhipping Cream (pukul kental)

Cara Memasak

1jam 30min
  1. 1

    PASTRY CREAM INSTANT: Whisk sebati custard powder dan cecair pilihan

  2. 2

    Masukkan dalam piping bag dan ketepikan

  3. 3

    PASTRY CREAM AKR: mix sebati kuning telur dan gula

  4. 4

    Masukkan corn flour dan sebatikan

  5. 5

    Pukul sampai warna sedikit pucat

  6. 6

    Panaskan susu sampai berbuih di tepi. JANGAN SAMPAI MENDIDIH.

  7. 7

    Masukkan sedikit sahaja susu panas dan kacau

  8. 8

    Tuang semua susu panas dan sebatikan

  9. 9

    Kembalikan adunan ke dalam periuk

  10. 10

    Kacau atas api sederhana sehingga custard kental

  11. 11

    Letak cling wrap atas permukaan custard dan letak dalam freezer selama 10-15 min

  12. 12

    Boleh letak dekat peti biasa selama 1 jam

  13. 13

    Keluarkan custard dari peti dan tambah vanilla

  14. 14

    Kacau sebati

  15. 15

    Pukul cream hingga kental (soft peak)

  16. 16

    Masukkan custard dan sebatikan

  17. 17

    Alih ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti

  18. 18

    CRAQUELIN COOKIE CRUST: Lenyekkan butter

  19. 19

    Add gula dan gaul rata

  20. 20

    Add tepung dan gaul rata

  21. 21

    TIP: JANGAN LARUTKAN GULA

  22. 22

    Letak adunan atas baking paper

  23. 23

    Letak lagi satu baking paper di atas

  24. 24

    Roll setebal 2-3mm

  25. 25

    Masukkan dalam freezer selama 15 min

  26. 26

    CHOUX PASTRY (PUFF): Masukkan air dan butter dalam periuk

  27. 27

    Apabila mendidih, tutup api

  28. 28

    Masukkan tepung dan gaul sebati

  29. 29

    Buka api paling kecil dan gaul lagi selama 90 SAAT

  30. 30

    Biarkan sejuk selama 15 Minit

  31. 31

    Masukkan telur dan sebatikan

  32. 32

    Masukkan ke dalam piping bag

  33. 33

    Potong bucu piping bag

  34. 34

    TIPS: Boleh guna plastik simpan makanan jika tiada piping bag

  35. 35

    Ambil acuan dan lukis bulatan

  36. 36

    Terbalikkan baking paper dan pipe puffs mengikut saiz lukisan

  37. 37

    Guna acuan tadi dan tekap cookie crunch

  38. 38

    Letak doh atas puff

  39. 39

    Bakar selama 20 minit pada suhu 190 celcius

  40. 40

    Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk

  41. 41

    Buat lubang di bawah puffs

  42. 42

    Fill pastry cream sampai penuh

  43. 43

    Terus ngap supaya dapat nikmati cookie top ketika masih crunchy

  44. 44

    Adunan ni sikit jadi lebihkan kalau buat untuk lebih dari 3 orang 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen (18)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Wah cantik kejadiannya!harap-harap boleh buat nanti 😍😋

Resipi Sepertinya