Puding Raja Pekan Pahang (Puding Raja Kayangan)

Puding Raja: Bertilamkan pisang goreng butter keemasan, berselimut jala mas dan bertakhtakan prune, ceri,walnut dan almond..akhirnya bersiram kuningnya sos kastard..
Puding Raja kegemaran anak Pahang terutamanya..dahulunya sajian istana kini menjadi juadah rakyat jelata. Uchu namakan Puding Raja Kayangan memandangkan Uchu terpaksa gantikan kacang gajus dengan walnut dan almond. Mewah gitteww..so ala-ala kayangan la orang kata..
Kelazatan puding ini sebenarnya sangat bergantung pada pisang yang digunakan..iaitu pisang raja..tapi susah untuk dapatkannya, Uchu guna pisang lemak manis sahaja..telur kuning dijadikan jala mas pula, sebaik-baiknya daripada telur itik tetapi itu pun Uchu terpaksa gantikan dengan telur ayam..
Kredit: koknu lensapekan
Leftover kuning telur? Jom buat puding raja.
Puding Raja Pekan Pahang (Puding Raja Kayangan)
Puding Raja: Bertilamkan pisang goreng butter keemasan, berselimut jala mas dan bertakhtakan prune, ceri,walnut dan almond..akhirnya bersiram kuningnya sos kastard..
Puding Raja kegemaran anak Pahang terutamanya..dahulunya sajian istana kini menjadi juadah rakyat jelata. Uchu namakan Puding Raja Kayangan memandangkan Uchu terpaksa gantikan kacang gajus dengan walnut dan almond. Mewah gitteww..so ala-ala kayangan la orang kata..
Kelazatan puding ini sebenarnya sangat bergantung pada pisang yang digunakan..iaitu pisang raja..tapi susah untuk dapatkannya, Uchu guna pisang lemak manis sahaja..telur kuning dijadikan jala mas pula, sebaik-baiknya daripada telur itik tetapi itu pun Uchu terpaksa gantikan dengan telur ayam..
Kredit: koknu lensapekan
Leftover kuning telur? Jom buat puding raja.
Cara Memasak
- 1
JALA MAS: tapis kuning telur. Kacau sebati. Masukkan kuning telur ke dalam acuan bermuncung halus. Ketepikan.
- 2
Masukkan air,gula dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
- 3
Perlahankan sedikit api. Tuang telur daripada acuan pada jarak yang tinggi untuk dapatkan urat yang halus.
- 4
Tuang secara membulat bermula dekat dengan dinding periuk ke dalam.
- 5
Biar jala mas seketika. Angkat gunakan chopstick atau senduk berlubang. Toskan air gula.
- 6
Ulang membuat jala mas ini dalam 3-4 kali bagi satu bancuhan telur 5 biji tadi.
- 7
PISANG GORENG: panaskan minyak bersama butter.
- 8
Goreng pisang sebiji-sebiji tanpa membelahnya sehingga pisang keperangan muda.
- 9
Angkat dan toskan minyak.
- 10
SOS KASTARD: Sebatikan telur, esen vanila dan susu cair
- 11
Tambahkan air, daun pandan dan gula.
- 12
Barulah dimasak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tutup api.
- 13
Tapis. Sejukkan kemudian simpan dalam peti sejuk.
- 14
CARA MENYEDIAKAN SET PUDING: susun pisang di dalam bekas. Letakkan jala mas sehingga menutup pisang. Taburkan bahan-bahan pelengkap. Curahkan sos kastard.
- 15
Siap untuk disajikan.
- 16
P/s: jika ada telur itik, lebih baik untuk jadikan jala mas.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Puding Raja Puding Raja
Puding Diraja atau Royal Pudding yg dulunya menjadi hidangan keluarga Diraja Pahang, kini boleh dinikmati oleh rakyat jelata. Warna kuning sinonim dgn istana & kena dgn tema kita minggu ni 😊#GlobalApron2024#KuningWeek24Bahan: Kuning Telur, Mentega, Pisang Adawiyah Mohd Sharun -
Puding istana Puding istana
#phopbylinimohd #batch18Puding istana/Puding raja sangat terkenal di Pahang. Ia merupakan juadah santapan istana. Kesukaran untuk mendapatkan puding istana yang telah siap memaksa saya untuk membuatnya sendiri . Ia tidaklah serumit mana. Jomlah cuba resepi ini. Sue Kecik -
Puding DiRaja Puding DiRaja
Teringin betul nak buat puding ni, bila beli rasa mahal, bila nak buat baru tahu kenapa kayangannya resepi ni. Buat puding mungkin senang cuma yang tricky pada buat jala mas. Memang kena konsentrasi tinggi kalau saya. Serupa macam buat sarang butter prawn aritu. Saya buat first time telur tak berapa menjadi emas, jadi saya tambahkan pewarna kuning agar nampak keemasannya. Tapi its all depend la kepada pemasak. Selamat Hari Kebangsaan. #merdekapassport MaRulez Arif -
Pisang Berkastad Dariku Untuk Mu Pisang Berkastad Dariku Untuk Mu
#GlobalApron2024#Madu#Pisang#Badam#Walnut#Oren#Cengkih#KulitKayuManis#Epal#Keju#MentegaPisang Berkastad dariku untuk mu ialah pencuci mulut atau manisan.Ianya seakan Puding Raja bezanya kita tidak menggunakan jala mas sebaliknya menggunakan buah-buahan dan kekacang.Sedap,lemak dan berkrim.Manisnya pula dari madu. Dunia Hanya Sementara Fy -
Puding DiRaja (Pahang) Puding DiRaja (Pahang)
Dengar orang bercerita, puding diraja yang berasal dari Pahang ni sedap. Jadi, Kak Lat pun sedaya upaya mencubanya walaupun bahan terhad. Pisang tu, mak akak tanam sendiri. 3 biji je dapat diselamatkan.Cooksnap dari resipi @marulezTerima kasih resipinya, sedap sangat sos kastard tak begitu manis, tak cair dan tak pekat sangat, sedang elok dan #WAJIBCooksnapSahut juga #secretchallengemerdeka dengan menggunakan "saka" biru yang berusia lebih100 tahun. Usianya lebih tua dari ulangtahun kemerdekaan negara kita. Itu yang diberitahu oleh mak Kak Lat . Seronok mak dapat makan puding diraja yang baru pertama kali juga mak rasa dalam cawan antik peninggalan arwah moyang. Pertama kali juga cawan antik ni berselfi.#merdekapassport#secretchallengemerdeka LATIPAH NAWAWI -
Puding Raja Puding Raja
Bila MinSha cakap pasal telur ni kan, berputarlah kepala fikir nak buat menu apa berasaskan telur.Nak buat sambal, dah ramai buat. Kira kita cari 'thrill' sikit kali ni 😂Dalam simpanan ada buat mayonis dan sos Hollandaise. Tapi kalau boleh, nak kenalkan masakan Malaysia. Buat sekaya, buat kuih tahi itik, eh macam-macamlah dalam kepala.Sekali, teringat puding raja. Dalam serba serbi tak ada, pisang habis, kugagahi juaaa. Janji masuk hantar resipi kekdahnya hehehe.#goldenapron2020 #week33 #telurantarabangsa Nihadriz Niha -
Manisan Puding DiRaja Manisan Puding DiRaja
#selangor#goldenticket #cookpadmy1stbday Makanan ini adalah makanan Santapan manisan keluarga di Raja Negeri Pahang..sekarang semua Rakyat Jelata dah bole menikmati manisan ini rasalah kenikmatan Makanan Manisan ini..arini saya share resepi special untuk 1st birthday Cookpadmalaysia untuk mendapat golden tickets😍 Jemilah Tukimin -
Pisang Sos Kastard Pisang Sos Kastard
#ResepiMudah33/2022Yummy! Rindu nak makan puding raja sebenarnya, tapi tak larat nak buat ketika tu sebab dah agak sarat mengandung. Lagipun bila buat puding raja guna kuning telur sahaja, kena pikir pulak nak buat ape dgn putih telurnya. Jadi buat versi lebih mudah macam ni je lah yang mampu.Cc: @dapoputih Sesimple Loralin -
Popia Pisang Raja Popia Pisang Raja
Pisang raja merupakan salah satu pisang yang sukar untuk didapatkan. Pisang raja tidak banyak dalam pasaran tempatan. Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca. Musa paradisiaca merupakan spesis pisang yang boleh dimakan selepas dimasak atau diproses. Selain pisang raja, antara kultivar dalam jenis ini ialah pisang awak, pisang nangka, pisang tanduk dan pisang nipah.Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.#GoldenApron23Week 11 Noor Atika Mahamood -
Puding Raja #chefzam Puding Raja #chefzam
Satu hidangan yang tampak mewah tapi boleh dirasai oleh semua tidak kira darjat mahupun pangkat..#goldenapron Nurul Fatihah -
Pengat Pisang Raja Pengat Pisang Raja
#GoldenApron23#week11#pisangrajaAda laa setandang pisang Raja masak dari kebun. Dapat laa buat macam2 kuih muih. Pengat boleh, sira boleh , goreng pon boleh. Tapi kami berdua jew yg tukang makan 😂🤣🤣Pengat pisang kegemaran bopren akk 😘👍🏼. Suka wey tengok dia makan bertambah. Sedap leteww 🤭 Netie Rose Oven -
Pengat Pisang Raja Pengat Pisang Raja
#1554recipe #Pejuang2KResepi#GoldenApron23 #Week111 #TeamPisangRajaBila cabaran ada selit pisang raja menu first yang terlintas yang ni la. Kebetulan cik abang memang ada bagitau minggu lepas, lama tak makan pengat pisang katanya. Kalau dapat makan mesti best dia cakap. Jadi untuk pisang raja Aznie buatkan Pengat je. Seronok betul tengok abang makan, puashati sangat dia dapat makan banyak. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (21)