Ayam Masak Lemak Kuning

Sebenarnya ayam bukanlah pilihan utama saya kalau memilih untuk dimakan bersama nasi. Saya lebih suka masakan daging.
Tetapi menu yang satu ini, saya tak mampu menolaknya. Sangat kena dengan selera saya. Saya akan makan bersama sambal belacan dan ulaman. Memang tak cukup sepinggan.
Saya dulu memang tak pandai masak ayam lemak kuning ni. Memang tak pernah masak sebelum berkahwin. Setelah berkahwin, keluarga mertua sering menghidangkan menu ini. Dari situlah saya belajar. Tak belajar secara khusus, cuma hanya tengok cara ipar sediakan resepi untuk menu ni. Jadi, saya praktiskan dirumah sendiri.
Resepinya Mudah dan sedap!
Ayam Masak Lemak Kuning
Sebenarnya ayam bukanlah pilihan utama saya kalau memilih untuk dimakan bersama nasi. Saya lebih suka masakan daging.
Tetapi menu yang satu ini, saya tak mampu menolaknya. Sangat kena dengan selera saya. Saya akan makan bersama sambal belacan dan ulaman. Memang tak cukup sepinggan.
Saya dulu memang tak pandai masak ayam lemak kuning ni. Memang tak pernah masak sebelum berkahwin. Setelah berkahwin, keluarga mertua sering menghidangkan menu ini. Dari situlah saya belajar. Tak belajar secara khusus, cuma hanya tengok cara ipar sediakan resepi untuk menu ni. Jadi, saya praktiskan dirumah sendiri.
Resepinya Mudah dan sedap!
Cara Memasak
- 1
Bersihkan paha ayam. Saya potong 3 bahagian. Terpulang ada cara anda nak potong macamana.
- 2
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
- 3
Lumurkan bahan kisar dan kunyit pada ayam. Biarkan seketika untuk bahan diserap oleh ayam.
- 4
Panaskan minyak dan masukkan ayam tadi. Tumiskan sehingga air ayam kering. Perlu kerap dibalikkan supaya ayam dimasak sekata.
- 5
Kemudian, masukkan santan, serai, asam keping dan garam. Masak sehingga kuah mendidih, perlu dikerap kacau kuahnya supaya tidak berketul dan tidak pecah minyak.
- 6
Apabila kuah mendidih, perlahankan api dan renehkan seketika. Kacau sekali sekala sahaja sehingga ayam empuk dan masak sempurna.
- 7
Sedia untuk dihidangkan panas2 bersama nasi.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ketam Masak Lemak Ketam Masak Lemak
#goldenapron2020#week10Assalammualaikum..Selalu mak-mak akan masak Ketam Masak Lemak Cili Api kan? Sedapnya lahai, lemak2 santan, pedas2 cili api dan manis2 isi ketam...meleleh pulak air liur.Tapi resepi saya ni Ketam Masak Lemak sahaja, tiada cili api sebab anak saya umur 7 tahun tak boleh makan pedas lagi.Jadinya saya akan buat sambal cili api asing dan makan bersama Ketam Masak Lemak ni. Sama juga rasanya nanti, akan jadi Ketam Masak Lemak Cili Api Taruk Asing 😂😂😂. Habis berpinggan nasi jugak nanti...😬😬Resepi saya ni cukup untuk seekor ketam sahaja, sangat sesuailah yang orang bujang nak masak untuk sorang ataupun berdua dengan anak.Macam saya, saya memang tak masak banyak sekali masak. Masak seekor untuk sekali hidangan. Sebab suami tak berapa boleh makan makanan laut, dia ada batu karang, kena jaga makan sikit. Kalau makan pun, sipi2 ja hehehe.Saya berdua dengan anak saya sahaja yang makan. Anak pun tak makan banyak mana, cukuplah seekor ketam untuk sekali hadap kami berdua. Untuk malam masak lain, ataupun masak lagi esoknya. Macamtula saya yang ada keluarga kecil 3 beranak ni. Zarns Dir -
Ayam (whole leg) Masak Lemak Cili Api Ayam (whole leg) Masak Lemak Cili Api
Saya menggunakan 'whole leg chicken'. Ambil masa sedikit untuk pastikan keseluruhan isi ayam masak dengan sempurna. Kuah tak pekat sangat, tak cair sangat, tak banyak sangat, sedang-sedang saja. Sedap! Selamat mencuba! #myfirstrecipe3 #goldenapron2020 GreenButterfly -
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron2020Saya peminat daging, tak kisahlah masak apa sekalipun. Kalau ada daging, menu tu la yang akan saya ambil dulu.Kali ni saya nak share resepi kari daging yang selalu saya buat untuk keluarga saya. Inshaallah sedap. HeheheheSaya suka letak kerisik sebab kuah akan menjadi sedikit pekat dan rasa lebih sedap.Kari daging juga lebih sedap bila air dari daging dibiarkan kering ketika proses menumis bersama daging supaya kuah kari kita nanti tidak berbau hamis.Selamat mencuba. Zarns Dir -
Tumis Asam Pedas Ayam Tumis Asam Pedas Ayam
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanMenu asam pedas antara menu kesukaan keluarga saya. Kalau tanya anak-anak nak masak apa, mesti jawapan nya asam pedas. Paling disukai asam pedas ikan. Si dara saya yang tak minat memasak pun nak belajar macam mana nak masak menu asam pedas, tak kira asam pedas tumis atau rebus. Kira nya dia nak belajar pada menu yang dia suka makan jer lah ye? 🤔😆 Yang dia tak suka makan, tak nak belajar. 🤷♀️ Si abang nya memang dah "pro" bab-bab memasak ni, kadang tu dia derhaka pada resipi sebab nak ikut tekak dia sendiri. Hidup di perantauan, dia lah harapan teman-teman serumah apabila bab memasak ni.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam keping (1) + ayam (1) + buah keras (2) + bunga kantan (2) + cili (R) + daun kesum (1) + daun kunyit (1) Dapur Yusfarisyia -
Ketam masak lemak tak pedas Ketam masak lemak tak pedas
Ketam masak lemak ni memang khas untuk kanak-kanak. Anak- anak saya suka makan masak lemak. tetapi kalau beli memang tak habis..sebab kebanyakannya memang pedas...Jadi saya sediakan masak lemak yang tidak pedas.Sesuai juga digantikan dengan udang.Saya sudah share di igtv ig saya engineerskitchen.my atau youtube engineerskitchen.my engineerskitchen.my -
Ayam Masak Bistik Ayam Masak Bistik
#goldenapron2020 #minggu10Saya belajar makan menu ni sejak tinggal di Singapura,menu ni memang sangat terkenal disini,makan bersama roti, sosnya sedikit pekat,manis dan aroma pula sangat memikat selera, oleh kerana hati sudah terpaut dengan hidangan ni, apalagi gigihlah saya belajar masak daripada Makcik suami saya, makan tak jemu, sangat sedap, ni kalau hidang untuk family memang habis licin ayam dan kuahnya,tak rugi cuba, mudah jer nak memasaknya..Jom tengok resepi ni. @Nana Sabrina Sarsan -
Asam Pedas Ayam Asam Pedas Ayam
#goldenapron2020#jekferlailer4eva#episod1Hmm.. dalam gelak ketawa melihat gelagat ahli keluarga Kampung People terutama nya Lailer, kesian juga bila mengenangkan Lailer yang baru berjinak nak belajar memasak bagi memenangi hati ibu Jekfer. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu Lailer dalam usaha nya memasak asam pedas kesukaan Jekfer. Lailer boleh sahaja gantikan ayam tu dengan ikan senangin/apa2 je jenis ikan.Di rumah saya boleh dikatakan tiap minggu mesti ada menu asam pedas tak kira la adam pedas ikan/ayam. Ini adalah satu resipi asam pedas yang paling mudah yang saya pernah ajar kepada anak-anak saya kerana ada ketika kalau anak-anak saya nak makan asam pedas tetapi pada hari itu (sebagai contoh) saya masak menu lain dan mereka nak juga makan asam pedas maka mereka akan buat mengikut resipi ini. Dapur Yusfarisyia -
Masak lemak kuning lala Masak lemak kuning lala
#goldenapron2020#bazaarramadan 2020Masak lemak kuning ni agak mudah penyediaannya serta bahan2 nya juga tidak rumit untuk disediakan. Kalau hari bekerja yang sibuk selalunya saya memilih menu yang senang agar makanan cepat dihidangkan kepada keluarga. Ana Ahmad -
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple
Resepi pertama untuk - Recook & Cooksnap Resepi Apa Dari Nama Pengguna Ada Huruf "S"?.K.ha pilih resepi dari Cookpader Natasha.Sedap resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple ini,makan nasi bertambah jadinya.K.ha olah sedikit cara memasak dan tambahan bahan di dalam resepinya..Harum aroma bau asap daging salai dengan rasa lemak dan sedikit pedas memang memikat selera,boleh masak lagi nanti,padu👌😋😍. ha.lim39 -
Ayam masak lemak Ayam masak lemak
Ayam masak lemak ni idea akk sendiri,suami akk sgt suka mkanan yg b'santan,ini ada lh salah satu mkanan kegemarannya,dlm seminggu mesti masak ayam ni utk dia..so akk share dgn kawan" semua mcm mn masak ayam ni..yg berminat selamat mencuba hokey..#goldenapron2020 MAMY NURUL -
Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Sayur Keladi
Resipi lama dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik @cook_16765119Sayur favourite saya dan suami. Selalu masak asam rebus. Jarang masak lemak kerana suami saya kurang gemar. Kalau masak lemak terpaksa buat yang kurang sikit santan nya sebab perut dia alah pada santan. Sedap nya dimakan dengan nasi putih, gandingkan bersama ikan masin goreng dan sambal belacan serta ulam-ulaman. Dapur Yusfarisyia -
🍁Masak Lemak Kluk Kluk 🍁Masak Lemak Kluk Kluk
Tertarik bila nampak peha ayam belanda/ayam turki yang telah siap dipotong-potong di sebuah pasaraya lalu memilih beberapa ketul.Biasanya orang memanggang ayam ini tetapi kerana hanya membeli bahagian peha yang dipotong-potong, terasa untuk buat masakan lain. Setelah memikirkan samada nak buat masak kari atau masak lemak, akhirnya memutuskan untuk buat masak lemak dan diberi nama Masak Lemak Kluk Kluk.#cookpad1/2021 Master Jamal
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)