Ketam Masak Lemak

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week10

Assalammualaikum..

Selalu mak-mak akan masak Ketam Masak Lemak Cili Api kan? Sedapnya lahai, lemak2 santan, pedas2 cili api dan manis2 isi ketam...meleleh pulak air liur.

Tapi resepi saya ni Ketam Masak Lemak sahaja, tiada cili api sebab anak saya umur 7 tahun tak boleh makan pedas lagi.
Jadinya saya akan buat sambal cili api asing dan makan bersama Ketam Masak Lemak ni. Sama juga rasanya nanti, akan jadi Ketam Masak Lemak Cili Api Taruk Asing 😂😂😂. Habis berpinggan nasi jugak nanti...😬😬

Resepi saya ni cukup untuk seekor ketam sahaja, sangat sesuailah yang orang bujang nak masak untuk sorang ataupun berdua dengan anak.

Macam saya, saya memang tak masak banyak sekali masak. Masak seekor untuk sekali hidangan. Sebab suami tak berapa boleh makan makanan laut, dia ada batu karang, kena jaga makan sikit. Kalau makan pun, sipi2 ja hehehe.

Saya berdua dengan anak saya sahaja yang makan. Anak pun tak makan banyak mana, cukuplah seekor ketam untuk sekali hadap kami berdua. Untuk malam masak lain, ataupun masak lagi esoknya. Macamtula saya yang ada keluarga kecil 3 beranak ni.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1-2 orang (1 hidangan)
  1. 1ekor ketam
  2. 500 mlsantan pekat (saya guna kelapa parut dan perah santannya)
  3. 2-3 ulasbawang merah
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 2 batangserai (jika serai besar, satu pun dah cukup)
  6. 1 sudu tehserbuk kunyit
  7. 1 kepingasam keping (saiz kecil)
  8. 1/4 daunkunyit di hiris kasar
  9. Garam secukupnya
  10. 2-3biji cili api jika suka (dalam resepi saya ini saya tak letak dalam kuah, saya buat sambal cili api asing)

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ketam, ikut cara anda. 😊 Kemudian ketam di belah dua. Jangan lupa, ketuk sedikit sepitnya supaya nanti senang nak makan.

  2. 2

    Sediakan periuk, masukkan semua bahan tadi kecuali daun kunyit dan garam.

  3. 3

    Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya. Supaya kuahnya nanti tidak berketul dan tidak pecah minyak.

  4. 4

    Masak hingga mendidih kemudian bolehlah masukkan daun kunyit dan garam.

  5. 5

    Renehkan seketika dalam 5 minit.

  6. 6

    Sedia untuk dihidang bersama sambal cili api kat tepi. 😊😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya