Asam Pedas Ayam

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#goldenapron2020
#jekferlailer4eva
#episod1
Hmm.. dalam gelak ketawa melihat gelagat ahli keluarga Kampung People terutama nya Lailer, kesian juga bila mengenangkan Lailer yang baru berjinak nak belajar memasak bagi memenangi hati ibu Jekfer. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu Lailer dalam usaha nya memasak asam pedas kesukaan Jekfer. Lailer boleh sahaja gantikan ayam tu dengan ikan senangin/apa2 je jenis ikan.
Di rumah saya boleh dikatakan tiap minggu mesti ada menu asam pedas tak kira la adam pedas ikan/ayam. Ini adalah satu resipi asam pedas yang paling mudah yang saya pernah ajar kepada anak-anak saya kerana ada ketika kalau anak-anak saya nak makan asam pedas tetapi pada hari itu (sebagai contoh) saya masak menu lain dan mereka nak juga makan asam pedas maka mereka akan buat mengikut resipi ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1) 1/2 bahagian ayam (dipotong)
  2. 2) 1 labu bawang merah India*
  3. 3) 4 ulas bawang putih*
  4. 4) 2 batang serai*
  5. 5) 1 genggam cili kering (direbus dan dikisar halus)
  6. 6) 3/4 cawan minyak masak
  7. 7) 4 cawan air (1/2 cwn utk kisar bhn bwg dan 1/2 cwn utk kisar cili)
  8. 8) 3/4 cawan air asam jawa
  9. 9) 1 1/2 sudu kecil garam
  10. 10) 1 1/2 sudu kecil maggi cukup rasa
  11. Bahan tambahan
  12. Bunga kantan (dibelah dua)
  13. Daunkesum
  14. Buah tomato (dibelah 4)
  15. Sayur bendi
  16. Daunkunyit (diracik)

Cara Memasak

  1. 1

    Toskan ayam yg sudah dibasuh, ketepikan.

  2. 2

    Kisar bahan2 bertanda * dgn 1/2 cawan air hingga halus. Kisar cili kering dgn 1/2 cwn air hgga halus.

  3. 3

    Panaskan minyak dan tumis bhn kisar (bwg)hingga kering air nya. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga pecah minyak.

  4. 4

    Biarkan 2-3 minit, tutupkan api dan siap.

  5. 5

    Masukkan air dan ayam dan masak hingga ayam hampir masak masukkan air asam jawa, garam dan maggi cukup rasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (8)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
tengok pun tau sedap dah ni... dah cuba hehehe

Resipi Sepertinya