Masak lomak nenas udang rimau

Wan Gilo
Wan Gilo @cookbygilo82
Ampang

#goldenapron2020 (minggu 29)

Buat pertama kalinya masakkan masak lemak udang campur nenas ni. Seperti biasa, anak dan isteri tetap suka dan makan dengan berselera. Oleh kerana hidangan selauk ini untuk seluruh ahli keluarga, tidaklah saya masukkan cili padi kerana anak-anak belum boleh makan makanan yang pedas.

Masak lomak nenas udang rimau

4 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 (minggu 29)

Buat pertama kalinya masakkan masak lemak udang campur nenas ni. Seperti biasa, anak dan isteri tetap suka dan makan dengan berselera. Oleh kerana hidangan selauk ini untuk seluruh ahli keluarga, tidaklah saya masukkan cili padi kerana anak-anak belum boleh makan makanan yang pedas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
3 orang
  1. 500 gmudang harimau size xl (10ekor)
  2. 1/2biji nenas madu kecil
  3. Sebiji bawang besar*
  4. 3 ulasbawang putih*
  5. 1inci halia*
  6. 1sudu kecil cili boh/kisar
  7. 1sudu kecil serbuk kunyit
  8. Sehelai daun kunyit
  9. Sebatang serai (dititik)
  10. 1 cawansantan
  11. 1 cawanair
  12. Bahan perasa

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Sediakan bahan...kisar bahan * kemudian tumiskan bersama cili kisar dan serai...

  2. 2

    Setelah tumisan pecah minyak...masukkan santan kacau sebentar dan masukkan serbuk kunyit..

  3. 3

    Masak santan tadi sehingga masak n sentiasa kacau supaya santan tak berketul²...bile dah masak masukkan nenas dengan udang...kacau kemudian masukkan sedikit air...

  4. 4

    Masukkan hirisan daun kunyit...dan kacau sehingga masak...dah siapppp

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Gilo
Wan Gilo @cookbygilo82
pada
Ampang

Komen

Resipi Sepertinya