Ketam goreng tepung bersama sos khamped

Wan Gilo
Wan Gilo @cookbygilo82
Ampang

#goldenapron2020 (minggu 26)

Saja cuba masakan gaya baru untuk lauk ketam hari ni. Asyik-asyik masak lemak cili padi, sambal dan sup sahaja. Tak sangka isteri dan anak-anak suka sangat. Jadi saya kongsikan resepinya di Cookpad Malaysia, bolehlah dicuba bersama-sama.

Ketam goreng tepung bersama sos khamped

2 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 (minggu 26)

Saja cuba masakan gaya baru untuk lauk ketam hari ni. Asyik-asyik masak lemak cili padi, sambal dan sup sahaja. Tak sangka isteri dan anak-anak suka sangat. Jadi saya kongsikan resepinya di Cookpad Malaysia, bolehlah dicuba bersama-sama.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
3 orang
  1. 3ekor ketam xl
  2. Sebiji bawang besar*
  3. 3 ulasbawang putih*
  4. 5 batangcili api*
  5. 2sudu besar pes tomyam
  6. 1sudu besar sos tiram
  7. 1sudu besar sos ikan
  8. 1sudu besar cili kisar
  9. 1sudu kecil taucu
  10. 1sudu besar madu
  11. 2biji telur
  12. Tepung goreng bestari
  13. Sebatang serai dihiris besar
  14. 2 helaidaun limau purut
  15. 1sudu kecil air limau
  16. 1sudu kecil garam
  17. 1/2sudu kecil gula
  18. 2 cubitserbuk perasa

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan, cuci dan toskan ketam. Salutkan ketam dengan telur yang telah dipukul dan gaulkan kedalam tepung, kemudian goreng.

  2. 2

    Campurkan sos-sos dan kacau sebati,kemudian tumiskan bersama bahan kisar yang bertanda *

  3. 3

    Setelah garing dan naik minyak. Masukkan daun limau dan serai,biarkan sekejap. Kemudian masukkan garam, gula, serbuk perasa, air limau dan madu. Gaul sebati.

  4. 4

    Kemudian masukkan ketam dan digaul sebati dengan kuah sos. Jika mahukan sedikit kuah bolehlah ditambahkan sedikit air. Siapppp

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Gilo
Wan Gilo @cookbygilo82
pada
Ampang

Komen

Resipi Sepertinya