Potato Chips

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#goldenapron2020
6.30ptg kelas online si kecik, santap petang dulu ye anak2 😁🥔🥔
gigih mak korang buat corak2... chegitewww😅
Tengok di dapur ada kentang, buat bergedil dah bosan.. scroll punya scroll di CP jumpa kerepek potato..ahhh jom kita cuba buat.
Ralit menyagat potato, seronok pula.
Sebelum ni tak pernah cuba langsung walau ada aje resipi lalu.. tetiba teringin nak buat sendiri.. anak-anak pun suka potato chips, buat banyak puas hati.
Lepas ni boleh buat lagi.. mula-mula buat tu rasa macam leceh sikit.. kali kedua, kali ketiga dah buat.. laju je.. jom buat..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4-5biji kentang
  2. 1 sudu makanserbuk cheese
  3. 1 sudu makansalted egg
  4. 2 sudu makancuka
  5. air secukupnya - (anggaran satu periuk)

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci bersih kentang, jika suka buang kulitnya. Saya tak buang.
    Sediakan air ais, sagat dan rendam dalam air ais.

  2. 2

    Sementara itu, didihkan air biasa secukupnya dalam periuk dan masukkan cuka pastikan kentang elok terendam nanti. Apabila air mendidih & menggelegak, tutup api masukkan kentang yang disagat tadi biarkan 3 minit.

  3. 3

    Setelah itu angkat dan lalukan pada air, toskan supaya betul-betul kering. Saya ekstra step keringkan atas tisu pula kenakan pada angin supaya air kentang kering lagi boleh hasilkan kentang rangup.

  4. 4

    Panaskan minyak goreng hingga kekuningan. Jangan goreng banyak sekali gus. Semasa menggoreng renjiskan sedikit air garam.

  5. 5

    Angkat dan toskan minyak, letak serbuk cheese & salted egg gaul sekata. Sedia dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (8)

Alisya Zulkifli
Alisya Zulkifli @Alisya_zulkifli
Kalau tak letak salted egg boleh ke🤔

Resipi Sepertinya