Tok aji serban kuih tradisi terengganu

Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
Kuantan Pahang

#telurantarabangsa
Tok aji serban adalah panggilan yang cukup sinonim dalam kalangan orang terengganu. Sekali dengar macam nama panggilan untuk orang. Sebaliknya, ini adalah nama panggilan salah satu kuih tradisional orang terengganu. Kelakar kan.
Kuih ni tidak jauh bezanya dari kuih sekaya telor, tetapi tetap ada perbezaannya. Haaa macam mana tu?
Sifat kuih ini yang mempunyai dua lapisan, berbeza lapisan atas dan bawah. Lapisan atasnya yang cukup lembut kerana menggunakan bahan utama iaitu hanya telur dan santan. Ini adalah resepi original untuk lapisan atas, hanya telor dan santan. Tidak di campur tepung.
Lapisan bawahnya pula menggunakan pulut dan santan, membuatkan rasanya cukup berlemak.
Cara penyediaan yang cukup mudah, dan bahannya sentiasa ada di dapur kita.
Saya memberi jaminan kepada yang baru pertama kali ingin mencuba buat kuih ini, pasti akan berjaya kerana sangat mudah.
Saya sangat berbangga sekiranya kuih tradisi ini terpilih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
6 orang
  1. Bahagian lapisan bawah (pulut)
  2. 2 cawanberas pulut
  3. 2 cawansantan
  4. Secubit garam
  5. Bahagian lapisan atas (sekaya)
  6. 10biji telor
  7. 2 cawansantan
  8. 2 kepinggula melaka/½ cawan brown sugar
  9. 1/2 cawangula putih
  10. 1/2 cawanair masak
  11. 1 helaidaun pandan
  12. Secubit garam

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan. Alaskan loyang dengan plastik. Masukkan beras pulut, ½cawan santan dan secubit garam ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit. Angkat dan kacau pulut, masukkan baki santan ke dalam pulut dan kukus sehingga pulut masak sepenuhnya. Bila dah masak, ratakan pulut dan tekan tekan supaya pulut menjadi padat.

  2. 2

    Untuk sekaya. Hiris gula melaka menjadi kecil. Satukan gula melaka/brown sugar, daun pandan yang di simpul, gula putih dan air masak ke dalam periuk. Masak sehingga larut. Bila dah larut, sejukkan kepada suhu bilik. Setelah sejuk kepada suhu bilik, campurkan bahan tersebut bersama telor, santan dan secubit garam. Kisar hingga sebati.

  3. 3

    Tapis dahulu bahan yang telah di kisar dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan balut dengan kain untuk mengelakkan terkena air menitik. Kukus kembali selama 40 minit atau sehingga sekaya masak.

  4. 4

    Bila dah masak, angkat dan biarkan seketika sehingga sejuk. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
pada
Kuantan Pahang
Saya suka memasak dan berkongsi resepi dengan rakan rakan. Selain itu, saya juga mengedit gambar masakan yang saya masak.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya