Masak Lemak Ikan Bilis

Masak Lemak Ikan Bilis
Selalunya ikan bilis ni dibuat sambal tumis, goreng dengan bawang ataupun dicampur semasa masak sayur2an. Kali ini saya bawakan bilis masak lemak. Lama dah tak makan masakan ini. Teringat zaman kecik2 dulu mak selalu suap nasi dengan lauk ikan bilis masak lemak ni. Bubuh kuah banyak2. Sekali suap sekor ikan bilis masuk mulut. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Dulu ikan bilis ni lauk kamilah. Kalau tak ikan bilis, telur mata boh kicap. Kicap cap ayam. Xtahulah kicap tu ada lagi ke dah tak ade. Rindunya kat mak. Xsempat besar mak dah pergi. Tapi masakan mak tetap di hati. Alfatihah buat mak. Jom kita makan.
Sesuailah dengan tema masak apa cepat dan mudah tu...
Masak Lemak Ikan Bilis
Masak Lemak Ikan Bilis
Selalunya ikan bilis ni dibuat sambal tumis, goreng dengan bawang ataupun dicampur semasa masak sayur2an. Kali ini saya bawakan bilis masak lemak. Lama dah tak makan masakan ini. Teringat zaman kecik2 dulu mak selalu suap nasi dengan lauk ikan bilis masak lemak ni. Bubuh kuah banyak2. Sekali suap sekor ikan bilis masuk mulut. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Dulu ikan bilis ni lauk kamilah. Kalau tak ikan bilis, telur mata boh kicap. Kicap cap ayam. Xtahulah kicap tu ada lagi ke dah tak ade. Rindunya kat mak. Xsempat besar mak dah pergi. Tapi masakan mak tetap di hati. Alfatihah buat mak. Jom kita makan.
Sesuailah dengan tema masak apa cepat dan mudah tu...
Cara Memasak
- 1
Basuh bersih ikan bilis.
- 2
Masukkan ke dalam periuk.
- 3
Masukkan serbuk kunyit, asam keping, gula, garam dan ajinomoto.
- 4
Masukkan santan. Jika santan beku tambahkan sedikit air.
- 5
Buka api perlahan. Kacau hingga mendidih.
- 6
Siap...
- 7
Jom menjamu selera.
- 8
Ringkaskan?
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Masak Lemak Ikan Bilis Masak Lemak Ikan Bilis
#goldenapron2020#quickeasylunchSelalunya ikan bilis ni dibuat sambal tumis, goreng dengan bawang ataupun dicampur semasa masak sayur2an. Kali ini saya bawakan bilis masak lemak. Lama dah tak makan masakan ini. Teringat zaman kecik2 dulu mak selalu suap nasi dengan lauk ikan bilis masak lemak ni. Bubuh kuah banyak2. Sekali suap sekor ikan bilis masuk mulut. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Dulu ikan bilis ni lauk kamilah. Kalau tak ikan bilis, telur mata boh kicap. Kicap cap ayam. Xtahulah kicap tu ada lagi ke dah tak ade. Rindunya kat mak. Xsempat besar mak dah pergi. Tapi masakan mak tetap di hati. Alfatihah buat mak. Jom kita makan.Sesuailah dengan tema masak apa cepat dan mudah. Hamidah binti Mokhtar -
Masak Lemak Pecal Leleh (Ikan Belanak) Masak Lemak Pecal Leleh (Ikan Belanak)
Untuk menu hari ini, saya masak ikan belanak~ masak lemak pecal leleh.Saya gabungkan masak lemak dan pecal leleh. Masak lemak seperti biasa, cuma tambahkan cekur/kencur dalam masakan untuk jadikan ala-ala pecal leleh...Sedikit sebanyak info berkenaan cekur/kencur :👉 Cekur atau kencur adalah sejenis herba atau pokok renek. Daun kencur banyak digunakan oleh masyarakat Jawa untuk masakan pecal ikan atau pun ayam. Lauk pecal ini memang sedap dimakan dengan nasi putih pada waktu tengahari. Pedas-pedas, terasa lemak santan dan aroma kencur tu. Disamping itu, daun kencur juga boleh dijadikan bahan campuran dalam menu kerabu.Ok sambung cite tadi...Ini merupakan kali pertama saya masak ikan belanak. Sebelum ni memang tak pernah makan langsung. Ikan belanak ni mak mertua saya bagi. Masa dapat ikan ni, saya tak tahu langsung apa nama ikan ni. Terima kasih kepada sahabat-sahabat cookpaders yang bagitahu nama ikan ni.Ikan tu, saya goreng dulu. Biasanya untuk masak pecal leleh, kena bakar kan. Aroma smoke + aroma cekur/kencur. Tapi saya guna cara mudah je.Sedap juga. Kita yang masak dia kan. Rasa ikan belanak ni sama macam ikan kerisi. Noor Atika Mahamood -
Gulai Masam Ikan Tenggiri Gulai Masam Ikan Tenggiri
#goldenapron#1pose1hopeMasakan ini masakan yang selalu dimasak oleh nenek saya. Bila rindu nenek, saya masak lauk ini untuk lepas rindu dengan arwah. Mohon panjatkan doa dan alfatihah buat nenek saya. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama para solihin. Aamiin...Resepinya sangat mudah. Bahannyapun tak banyak. Tapi rasanya.... masyaAllah makan nasi tambah-tambah you.... Hamidah binti Mokhtar -
Tempoyak Ikan Bilis Padu Tempoyak Ikan Bilis Padu
#goldenapron2020Alia, daun kunyit dah nak rosak tu. Masak tempoyak dengan ikan bilis nanti. Tempoyak memang mak buat sendiri. Saya tolong jual kan. Dah ada siap garam tempoyaknya.Tapi, tempoyak masak, kami tak jual. Untuk makan sendiri.Ini pertama kali saya masak tempoyak. Selalu mak yang masak. Hehehehe. Alia Ali -
Masak Lemak Tempoyak Jantung Pisang Masak Lemak Tempoyak Jantung Pisang
#goldenapron#1post1hopeSelalunya jantung pisang ni direbus dan dimakan secara cicah sambal atau air asam ataupun budu. Tak kurang pula yang buah kerabu. Tapi arwah mak jarang buat macam tu. Dia selalu masak lemak cili api bersama tempoyak. Memang rare. Sedap sangat. Bila buat mesti ingat mak. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh. Mohon sedekahkan alfatihah ye buat mak saya.Jom tengok ramuan dan cara memasaknya. Hamidah binti Mokhtar -
Gulai Lemak Ikan Haruan Gulai Lemak Ikan Haruan
#IkanSungai #1376recipeIkan sungai memang kesukaan family Aznie. Apa-apa jenis ikan sungai pun diorang suka makan, kecuali ikan yang banyak tulang. Yang tu memang diorang tak berapa gemar sebab risau tercekik tulang. Kali ni buat masak lemak je. Selalu ikan Aznie bakar dulu tapi kali ni Aznie goreng je. Alhamdulillah kejap je habis tak dan simpan sikit lauk tuk makan malam. Aznie Khasri -
Sotong Masak Lemak Cili Api Sotong Masak Lemak Cili Api
Lama tak makan sotong.Ni resipi lama, terperam dalam fon.Sejak pkp susah dah nak dapat sotong murah n fresh.Ok laa jom layan resipi dulu.Kita terliur bersama-sama😞Nak taw tips masak sotong sekor sekor taknak melengkung?G tengok kat tip.Faa ada share 😍 Kakak Faa -
Masak Lemak Cili Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Kepala Ikan Salmon
Semasa beli kepala ikan salmon, terfikir nak masak asam pedas tapi bila dah beli tukar rancangan masak lemak cili pulak. Mungkin jarang orang masak resepi ini tapi nak juga cuba. Bila dah siap masak, tau tak? Sedap sangat-sangat rasanya. Lemak ikan salmon tu berebut anak-anak nak makan tau. Lepas nie boleh masak lagi resepi nie sebab rasanya memang walaaaa 👍👍👍 #goldenapron Noor Hassan -
Ketam Masak Lemak Ketam Masak Lemak
Cerita haritu: Berbuka makan kurma, air dan kuih sikit, Solat maghrib dulu baru makan nasi dengan ketam ni..barulah tak tergesa2 nak menikmati ketam. Biasanya pun mmg solat dulu baru makan..Arwah mak Uchu, masak ketam, mmg buang kulit dan belah dua. Sejak berumahtangga, masak ketam tak lagi buang kulit. Awal2 kawen dulu buat cara arwah mak, kena la komplen oleh juri tetap iaitu husben Uchu tu.🤣 tu belum lagi oleh juri jemputan sebelah keluarga suami..🤣🤣 Masa arwah mak masih ada, kalau husben Uchu beli ketam, Uchu akan asingkan 1-2 ekor untuk mak. Sebab mak biasanya nak ketam goreng atau masak lemak. Husben pula kerap minta masakkan masak merah. Bila dapat masak lemak ketam macam ni sekali sekala..Uchu la paling bahagia..🤣 Sesimple Loralin -
Ikan Juara Masak Lemak Ciliapi dengan Keladi Ikan Juara Masak Lemak Ciliapi dengan Keladi
Hari ni mak mertua datang ..Jadi masak lauk kegemaran nya..Ikan sungai masak lemak macamni..memang mil suka sgt...Kebetulan ada ubi keladi skit..so..kita campak skli dalam tu.. FZ Adzlin -
Rendang Ikan Kayu Rendang Ikan Kayu
Lauk ni mmg menggamit kenangan masa kecik2 en Suami.. dia cerita dulu masa kecik2 mak dia selalu masak lauk ni.. berebut2 dengan adik beradik.. ni la first time sy masak lauk ni. Macam biasa la sy mmg tak tau dulu rendang bole masuk ikan kayu 🤣 ye la kita tak pernah makan kan dan mmg dlu sy masa kecik2 tak berapa suka makan ikan.. yang sy tau rendang ayam n daging je la 🤭 sbb mmg lauk tu je la yg mak kita selalu buat. Bila mak mertua buat, jadi batak jap la sy 🤭 alhamdulillah masakan kali ni menepati citarasa en Suami.. bertambah2 la dia cedok nasi ani skmn -
Lemak Kuning Kangkung Lemak Kuning Kangkung
25K COOKSNAP MARATHONMINGGU KELIMAJumpa resipi masak lemak Kuning kangkung by @Uchu . Dia campur udang, faa ganti ikan bilis. Memang sedap rupanya. Lawan dengan ikan pelaling goreng garing, ulam dan sambal belacan. Perghhh nikmat betul dapat makan lauk kampung. Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)