Kurma Daging

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak kurma tak kira lah kurma daging/kurma ayam/kurma telur adalah masakan kegemaran abang ipar saya. Kalau dia nak makan menu masak kurma ni, dia akan cakap kepada kakak saya “nanti buat masak kumak ye?” Mula-mula tu saya garu kepala juga bila dengar. Kakak saya tersenyum sambil berkata “masak kurma, tu memang kesukaan dia”. 😂 Hari ini santan pula habis tetapi saya gantikan dengan susu cair F&N (evaporated milk).

Kurma Daging

Masak kurma tak kira lah kurma daging/kurma ayam/kurma telur adalah masakan kegemaran abang ipar saya. Kalau dia nak makan menu masak kurma ni, dia akan cakap kepada kakak saya “nanti buat masak kumak ye?” Mula-mula tu saya garu kepala juga bila dengar. Kakak saya tersenyum sambil berkata “masak kurma, tu memang kesukaan dia”. 😂 Hari ini santan pula habis tetapi saya gantikan dengan susu cair F&N (evaporated milk).

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 800 gmdaging (dipotong ikut suka besar mana)
  2. 1labu bawang merah bombay (dihiris nipis)
  3. 5 ulasbawang putih (dihiris kecil)
  4. 4-5inci halia (dihiris kecil)
  5. 4biji ubi kentang (potong 4)
  6. 1 batangkulit kayu manis
  7. 1kuntum bunga lawang
  8. 3-4biji bunga cengkih
  9. 3/4 cawanminyak masak
  10. 4sudu besar membukit serbuk rempah kurma
  11. 1sudu besar serbuk kari (tak nak letak boleh skip)
  12. 3 helaidaun pandan (disimpul)
  13. 1/2 cawansusu cair F&N (evaporated milk)
  14. 2sudu kecil garam
  15. 1sudu besar gula
  16. 1/2sudu kecil Nazri ajinomoto
  17. 2 cawanair

Cara Memasak

  1. 1

    Daging dipotong dan ditoskan. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bawang bombay, bawang putih, halia dan rempah tumis. Goreng hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan daun pandan.

  2. 2

    Masukkan serbuk rempah kurma dan serbuk rempah kari. Masukkan 1/2 cawan air dan gaul rata hingga pecah minyak. Masukkan daging dan air.

  3. 3

    Masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan daging lembut. Masukkan susu cair, garam, gula dan Nazri ajinomoto. Terpulang pada citarasa masing sama ada mahu kuah nya pekat atau sedikit cair. Jika suka pekat masak lama sedikit dan jika suka sedikit cair boleh tambahkan air. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (5)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
sedap nyaa..pekat dia tu kakk..lahaiii😋😋😋😋😋

Resipi Sepertinya